Monday, February 15, 2016


MEMBELAH SATU PERJALANAN SEJARAH KITA

“sea gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”

Dunia Photografic - Dokumentari

"Sebenarnya perjalanan yang saya lalui amat memerlukan jiwa penuh sabar dan tabah dalam merakam bekas-bekas mereka lalui selama ini, kerana bagiku mereka mula dilupai kerana mereka tiada nilai,"
itulah catatanku.....
    

Satu perjalanan indah perlu saya didik dalam hatiku........



Sifat alam itu amat melembutkan perasaan kita?



Bila aku melihat suasana alam Semporna bagaikan menyimpan seribu makna? 


Membelah Satu Perjalanan Sejarah Kita

“sea gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”



Perlu kita tahu?....

(1)
BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar PutatanTuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar ΚudatЅandakanLahad DatuΚunakSemporna dan Tawau.
Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
(2)
Bajau Kudat adalah kumpulan beberapa sub-etnik bajau yang bergabung dan menuturkan bahasa yang sama serta mengongsi budaya dan adat resam yang sama. Bajau Kudat yang asli adalah gabungan daripada sub etnik bajau iaitu etnik suku Banadan, Danauan serta Κagayan dengan etnik suku orang Suluk . 
Lahirnya
Bajau Kudat = gabungan daripada Sub etnik Bajau 
iaitu suku Banadan, Danauan dan kagayan

Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Dalam lagenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di tanah melayu, Pahlawan-pahlawan hebat dan bijaksana pada masa itu akan membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri kayangan menjaga gunung. Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" adalah merupakan salah seorang dari keturunan Bajau Suluk dan Menetap di Kawasan Pergunungan Sabah sebelum mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok-kelompok Bajau yang lain.Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, 

Suku Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana mengongsi bangsa,bahasa,budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan dari etnik Bajau yang lain. Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi antara dua suku bangsa ini yang akhirnya menghasilkan Bajau Kudat / Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbading sub-ethik bajau lain biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran.

(3)
Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini ialah di Kampung Limau-Limauan ( pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan adalah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat dibawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahimmoyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga ( Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan ), Kampung Parapat Laut ( Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan ), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain.
Bajau Kudat adalah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus peratus (100%) istilah dan bahasa Banarran-Ѕuluk dalam kebudayaan, adat resam dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan bajau dan Suluk. Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan,gaya lagu bacaan dan kaedah pengajian al Quran adalah menggunakan bahasa Аrab dan jawi Вajau-Suluk kuno. Semua istilah Nikah Kahwin dan pertunangan adalah menggunakan bahasa Βajau dan Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama. Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"( Istilah yang seerti dengan "JAWAPAN PENERIMAAN LAMARAN" ) dan "Muka Laung"( BUKA MULUT dalam bahasa Melayu Sabah ) adalah contoh istilah Bahasa Suluk Kuno yang digunakan dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah dari bahasa Bajau yang bererti "Meminang". Istilah "Tampan Maru" pula adalah istilah bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti "Denda akibat pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan.Istilah seperti Akat Nika, Mas Kawin dan Tunang adalah berasal dari Bahasa Melayu.Pasangan pengantin Bajau-Suluk atau Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan USUNGAN seperti seorang raja dan permaisuri.Keberangkatan dan ketibaan pengantin selalunya diiringi dengan irama TITIK PALANG NGAN dan irama TITIK SAMBUTAN.Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang selalunya tujuh das atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga pengantin.Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialu-alukan dengan syair tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai KALANGAN dan panji-panji berwarna Merah yang dikenali sebagai PANJI dan SAMBULAYANG dengan kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin.
Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa bahawa nenek moyang meraka adalah berasal daripada keturunan manusia yang lahir dari ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan".Berdasarkan kajian, satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila Kesultanan Sulu sebagai keluar dari ruas bambu ialah TUAN MASAIK iaitu Raja Islam Sulu yang pertama ( memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam pada tahun 1280 Masehi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masehi ) yang berasal dari Tanah Besar Borneo Utara ( Sabah ) yang telah berkahwin dengan PUTERI RAJA SIPAD dari Suku Kaum Dayak Buranun ( nenek moyang suku kaum Tausug atau Suk).
Antara tokoh-tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya dari Bajau Kudat ialah Datu Paduka Mat Salleh ( anak-anaknya seperti Halipan @ Ungkung dari isterinya Dayang Bandang dan anak-anaknya dari isteri kedua Dayang Shariffah masih terdapat keturunannya di kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang dan Kampung Talaga Kudat),Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim, Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung ( Digadung ), Datu Khalil Jamalul dan ramai lagi.
Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah ( Bajau Kota Belud ) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus.
Pekerjaan utama golongan tua dari suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani padi bukit. Walau bagaimana pun, generasi Bajau Kudat pada hari ini majoritinya bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
Pada masa sekarang Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat MAG GUNTING atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat MAG DUAAH iaitu kenduri arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidl Fitri dan Aidil Adha. Budaya MAG GUNTING agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali masa hari raya atau dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersama-sama dengan sebuah REPLIKA JONG atau Kapal Layar yang dihias manakala anak perempuan pula akan diarak disertai dengan sebuah REPLIKA MAHLIGAI.Kedua-dua replika ini iaitu JONG dan MAHLIGAI adalah melambangkan seorang Putera Raja dan seorang Puteri Raja. JONG adalah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai tempat tinggal seorang Puteri Raja.
Senjata tradisi Bajau Kudat ialah BARUNG dan BAKUKU serta KALIS. Barung,Bakuku dan Kalis adalah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggan bagi orang-orang Bajau Kudat.
Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya seawal abad ke-13 lagi.Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam ke Palawan dan Balabak( sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu ( Kudat ) dan Teluk Darvel ( Segama-Lahad Datu).

(4)
Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah MARUDO dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu adalah berasal dari Bahasa Bajau Kudat iaitu kata MA ILU DU ATAU MARU DU yang bererti "DI SITU-SITU JUGA".Daerah Marudu adalah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh sarjana Barat selain daerah Kinabatangan.Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula, nama wilayah Marudo dan Api-Api ( Kota Kinabalu pada masa ini )telahpun dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub etnik orang Bajo atau Bajau. Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat adalah Kulintangan, gong, tambul ( Tambur), gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan, gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai JINIS TITIK yang selalu dimainkan ialah TITIK SAMAH, TITIK MANGKABUNG, TITIK KAGAYAN, TITIK SUK (Irama peperangan atau Silat), TITIK TA (KITA), TADDOH HABAH (irama percintaan),TITIK KABLITAN (irama muzik yang diiringi tarian IGAL) dan TITIK PALANGNGAN ( irama pengantin berangkat dan tiba). Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain PIS iaitu kain dastar ikat kepala. Kain Pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus yang selalunya bertaraf sekurang-kurangnya Ketua Kaum. Ini disebabkan kain PIS ini harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang sama ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur ataupun dengan kerbau.Kadang kala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga (paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau Κudat. 
Di Kudat juga terdapat suku Bajau Samah yang merupakan penghijarah dari daerah Kota belud dan Daerah Tuaran. Mereka telah datang ke daerah Kudat semasa dan selepas pendudukan Jepun untuk mencari perlindungan.Kecuali Bajau Samah di perkampungan Sebayan mereka adalah penduduk awal bajau samah di daerah Kudat.

Rujukan:
"Bahasa dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau"
"Warisan Budaya Sabah Etnisiti Dan Masyarakat"