Friday, December 31, 2010

Untuk Daerah Semporna


Umat Islam harus berpandangan jauh
dan melihat masa depan serta lebih ke hadapan

PERANCANGAN penting bagi semua manusia yang hidup di muka bumi namun, ada juga yang menganggap perancangan sebagai ilmu baru yang tidak pernah wujud sebelum zaman ini. Agak keterlaluan apabila ada pendapat yang mengatakan dalam kehidupan umat Islam tidak ada soal yang memerlukan kepada perancangan dan hal ini sedikit sebanyak menjadi faktor penyebab kemunduran umat Islam. Sebenarnya mereka bagaikan ingin umat Islam menolak sama sekali prinsip perancangan, asalkan bekerja dan membuat sesuatu tanpa berfikir. Akibatnya umat Islam akan terus berada dalam keadaan lemah, tidak berdaya dan hidup tidak tenteram. Anggapan dan pandangan sedemikian adalah tidak benar kerana al-Quran sejak berabad menggalakkan umat manusia bekerja menurut perancangan. Contohnya, al-Quran menceritakan ketika utusan Raja Mesir datang kepada Nabi Yusuf di dalam penjara meminta beliau mentakwilkan mimpi, ia berkata,

“Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkanlah kepada kami (mimpi) tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus; dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya.” (Surah Yusuf, ayat 46)

Berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf ternyata tidak hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda memberi petunjuk supaya membuat perancangan untuk mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa Mesir. Baginda mencadangkan beberapa langkah positif yang perlu diambil bagi menghadapi kesukaran itu. Al-Sayyid Qutb dalam kitabnya 'Tafsir Fi Zilal al-Quran mengatakan, Raja (Mesir) itu meminta huraian erti mimpinya tetapi pegawai kerajaan dan ahli nujum tidak sanggup menghuraikan erti mimpi itu kerana menganggap ia petanda akan berlaku kejadian buruk. Sebaliknya, untuk menunaikan kehendak raja, mereka memperlihatkan apa saja yang dapat menyenangkan raja dan menyembunyikan sesuatu yang menyedihkan. Untuk itu, mereka menghindari dari berbincang mengenai mimpi itu dengan mengatakan mimpi itu kosong dan tidak mempunyai apa-apa erti.
Sikap Nabi Yusuf berlainan, baginda mentakwilkan mimpi raja dan menasihatkannya supaya berusaha mengatasi akibat yang ditunjukkan dalam mimpi itu dengan mencadangkan langkah yang sesuai. Langkah-langkah yang perlu dirancangkan ialah pertama, perlu menggiatkan lagi pekerjaan yang sedang dilakukan serta menetapkan jangka waktu diperlukan. Kedua, perlu bersungguh-sungguh melakukan kegiatan pertanian dalam jangka masa tertentu, ketiga ialah berusaha meningkatkan pengeluaran dan keempat, perlu bekerja keras secara terus menerus serta bersungguh-sungguh. Berdasarkan cadangan itu, jelas menampakkan betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil bumi dan kepentingan menyimpan, cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak berlebih-lebihan. Ini kerana Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk hal-hal yang tidak bermanfaat. Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi Yusuf itu, terdapat dua perkara perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran. Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti dikatakan Nabi Yusuf, “Kecuali sedikit untuk kamu makan.” (Surah Yusuf, ayat 47)

Baginda juga memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama pada masa kesulitan. Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf yang berdasarkan petunjuk Allah SWT kepadanya, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan dapat mengatasi satu malapetaka besar. Demikianlah ilmu perancangan yang tercatat di dalam al-Quran untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya. Oleh itu, jelaslah bahawa Islam bukan agama yang mengajar orang berfikir secara membuta tuli atau bertawakal tanpa alasan (bukan bertawakal dalam erti kata sebenar).
Islam adalah agama yang mengajar manusia supaya memerhatikan dan mempelajari dengan teliti terutama perkara berkaitan soal pengeluaran, penggunaan dan keperluan material lain dalam kehidupan. Perlu ditegaskan, sesuatu pekerjaan atau projek, sama ada besar ataupun kecil tidak akan berjaya dilaksanakan dan tidak akan terjamin pencapaiannya jika dilakukan tanpa perancangan rapi. Semua undang-undang Islam sama ada yang bersifat ibadat mahupun muamalat, masing-masing mempunyai dasar dan kaedah serta mempunyai maksud serta tujuan yang hendak dipraktikkan dalam kehidupan. Rasulullah SAW dalam segala hal amat mementingkan perancangan. Misalnya, sebaik saja tiba di Madinah, Baginda segera meletakkan dasar bagi membentuk pemerintahan Islam pertama di dunia. Baginda membangunkan masjid sebagai tempat ibadat, bermesyuarat, mempersaudara kaum Muhajirin dan Ansar khususnya dan untuk memperkukuh persaudaraan semua umat Islam pada umumnya.
Selepas itu Baginda mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi, meletakkan dasar perundangan Kota Madinah supaya setiap orang dapat mengetahui kedudukan dalam masyarakat serta mengetahui apa yang menjadi hak dan kewajipannya. Samalah juga apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAw pada malam hijrah, malam Aqabah dan peristiwa yang berlaku di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua ini membuktikan Islam amat mementingkan perancangan yang teratur dan kemas. Oleh itu, jelaslah suara yang mengatakan Islam tidak mementingkan perancangan sama sekali berlawanan dengan gesaan al-Quran dan tindakan yang dilakukan Rasulullah SAW.

Daerah Semporna


Dari Pulau Omadal 
ke Kampung Ayer,
terbentuk 'Tong Talun'
(Asal-usul Sejarah Semporna)
Oleh: al-Hindi 


Asal-usulnya dari Pulau Omadal ke Nama Tong Talun Ke Nama Semporna
Bermula Dari Pulau Omadal ke Tong Talun(Hujung Hutan) 



Pada umumnya, Semporna yang dahulunya dikenali sebagai “Tong Talun” dalam bahasa Bajau yang membawa maksud “hujung hutan”, merupakan sebuah daerah dalam bahagian Tawau yang cukup sinonim dengan petempatan suku kaum Bajau di Sabah. Berdasarkan kepada lagenda Bajau, gelaran “Tong Talun” ini telah diberikan oleh tiga orang pembesar Bajau Kubang, iaitu Panglima Uddang, Panglima Sallehangni, dan Panglima Sakti, disebabkan persekitaran Semporna pada masa itu ditumbuhi oleh hutan belantara. Sebelum ditabdir oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1881, Semporna merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Sulu yang diletakkan dalam wilayah pentadbiran Magindanao setelah berjaya membantu Kesultanan Brunei menumpaskan musuhnya di Pulau Chermin. Selepas tahun 1881, Semporna dan lain-lain wilayah Kesultanan Sulu di Borneo Utara telah diserahkan kepada BNBCC “untuk selamanya dan berkekalan”, dan nama “Tong Talun” telah ditukar kepada “Semporna” yang membawa maksud “tempat yang aman dan damai”, iaitu selepas British Berjaya menumpaskan penentangan kaum Bajau Omadal pada pertengahan 1880-an dan dibuka secara rasminya pada 10 Mei 1887 oleh Gabenor Crocker. Berdasarkan kepada teori-teori asal-usul suku kaum Bajau di Semporna dan Sabah nampaknya cenderung untuk mengaitkannya berasal dari Johor, tetapi diceritakan dalam pelbagai versi dan lagenda. Contohnya, menurut Imam Malang Imam Jamlang (temubual di Pulau Omadal, Sabah, 15/3/2009) dan Haji Bokara (temubual di Pulau Bum-Bum, Sabah, 14/3/2009), suku kaum Bajau di Sabah adalah berasal dari Johor. Sultan Mahalikul Alam yang memerintah Johor mempunyai seorang puteri bernama Siti Zairan Kebaran yang cukup terkenal dengan kejelitaannya dan telah menarik minat dua orang adik-beradik dari Sulu, iaitu Haklum Nuzum dan adiknya, Seliangaya Bungsu. Untuk berlaku adil, maka Sultan Mahalikul Alam telah mengadakan pertandingan lumba perahu antara dua adik-beradik ini, yakni belayar ke Pulau Angsa yang terletak di perairan Johor dan sesiapa yang memenanginya akan dikahwinkan dengan Puteri Siti Zairan Kebaran.
Dalam perlumbaan tersebut, layar perahu milik Seliangaya Bungsu telah patah dan tewas dalam pertandingan. Disebabkan kegagalan tersebut, beliau telah bertekad untuk tidak pulang ke Johor dan meneruskan pelayarannya sehingga tiba di Pulau Sambuanga, di selatan Filipina. Menurut lagenda tersebut, Seliangaya Bungsu telah menetap dan berkahwin dengan seorang wanita di Pulau Sambuanga dan dianugerahkan dua orang cahaya mata, iaitu lelaki dan perempuan. Adalah dipercayai kedua-dua orang anak tersebut telah melakukan hubungan sumbang dan perkaratersebut diketahui oleh Saliangaya Bungsu. Seliangaya Bungsu berasa malu lalu membawa diri belayar mencari ketenangan dan singgah di Pulau Omadal (Omaral) dan dipercayai keturunannya berkembang di Pulau Omadal dan seterusnya berpindah di kawasan persekitaran, terutamanya ke Pulau Bum-Bum, terletak berhadapan dengan tanah besar Semporna dan tempat mereka berhimpun itu dinamakan Kampung Kubang, yang bermaksud berhimpun atau berkumpul, yang akhirnya mewujudkan satu etnik Bajau pertama di Semporna yang menetap di darat yang dikenali sebagai Bajau Kubang, Bajau Sampulna (Semporna), dan Bajau Darat (Land Bajau). Sebagai kaum yang bersejarahkan dan berlatarkan laut, maka adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa perahu merupakan simbol dan lambang keagungan survival dan warisan budaya bangsa Bajau yang tidak boleh dipisahkan dengan suku kaum Bajau. Sejak pemerintahan Kesultanan Sulu hingga kini, perahu – atau dalam bahasa Bajau disebut sebagai lepa dan bayanan–bukan sahaja berperanan sebagai alat untuk tujuan berdagang, menangkap hasil-hasil laut, dan perhubungan (pengangkutan) tetapi juga sebagai tempat kediaman, terutamanya suku Bajau Laut (Palauh), lambang, status, dan identity suku kaum Bajau di Semporna.

Menurut penulis barat iaitu David E. Sopher(1965:50, 157) di asia Tenggara ada empat kawasan utama yang menjadi tumpuan pengembara-pengembara laut(sea nomads) iaitu di daerah Pantai Barat Semenunjung Tanah Melayu termasuk Tenasserim dan kepulauan Mergui. Daerah Laut China Selatan termasuk Kepulauan Riau Linggi, Pulau-Pulau Tujuh, Pulau-Pulau Bangka dan Billiton. Indonesia Timur, Kepulauan Sulu dan Sabah. Pada pendapat Sopher, walaupun terdapat perbezaan budaya di antara di antara kumpulan-kumpulan pengembara laut yang berlainan ini, namun mereka semua berasal dari budaya yang sama iaitu they belong to one original cultural stock(1965:47), kenampakan perbezaan di antara mereka wujud kerana mereka terdedah pada unsur-unsur budaya asing yang berbeza-beza. Antara mereka ada banyak cirri persamaan misalnya kecenderungan untuk menjadi penghuni perahu (boat dwellers) mungkin kerana corak pekerjaan mereka sebagai nelayan, rupa mereka yang mempunyai cirri-ciri kemelayuan atau Palaeomongoloid dan cirri-ciri veddid, kemahiran membuat dan mengendalikan perahu, penggunaan cara-cara penangkapan ikan yang agak ringkas, kemiskinan dari segi kebendaan, kurangnya penglihatan dalam bidang pertanian.
Orang Bajau yang juga digolongkan ke dalam kategori ‘sea nomads’ (Penggolongan orang bajau ke dalam kategori ‘sea nomads’ ini memang tepat pada masa dahulu bila orang Bajau, hamper semuanya, menduduki perahu-perahu yang dijadikan empat kediaman mereka seumur hidup dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan ‘Bajau’ sebenarnya berasal dari perkataan ‘Berjauhan’ kerana orang Bajau sentiasa berada di laut, iaitu ‘Berjauh’ dari darat. Tidak dapat dipastikan kenapa mereka suka tinggal di dalam perahu. Mungkin corak kediaman itu dianggap sesuai dengan corak pekerjaan mereka sebagai nelayan yang perlu sentiasa berdamping dengan laut. Lagipun dengan cara menduduki perahu mereka tidak terikat pada mana-mana tempat dan jika timbul apa-apa masalah di satu-satu tempat, mereka dengan mudahnya dapat berpindah ke tempat lama. Misalnya menurur Sixto Y.Orosa(1970:62-63), orang Bajau Sulu bersifat penakut dan jika perasaan mereka tersinggung, mereka akan terus berpindah ke tempat lain. Lagipun, katanya orang bajau menerangkan bahawa mereka berasa lebih selamat dalam perahu dan akan jatuh sakit jika mereka berada didarat. Tetapi pada masa ini, ramai juga orang Bajau yang mendirikan rumah sendiri dan duduk menetap di satu-satu tempat dan perahu tidak lagi dianggap tempat kediaman sepanjang masa kecuali pada masa mereka di laut menangkap ikan. Mungkin dalam sedikit masa lagi orang Bajau yang lainnya akan turut membung sikap lama mereka dan menjadi penghuni rumah seperti orang lain). Oleh Sopher boleh dikesan di Indonesia Timur, Kepulauan Sulu dan Sabah. Di Indonesia Timur, orang Bajau kebanyakannya terdapat di sebelah Timur khususnya di daerah pantai timur Celebes sementara di Kepulauan Sulu mereka boleh didapati Zamboanga dan lain-lain pulau di selatannya misalnya Basilan, Jolo, Siasi, Tawi-Tawi dan Sibutu. Orang Bajau Kepulauan Sulu, menurut H.A Nimmo(1963:37-38) terbahagi dalam dua kumpulan utama iaitu bajau Selatan yang terdapat di Pulau Tawi-Tawi dan Sibutu dan mempunyai kaitan dengan orang Bajau daerah Semporna, Sabah dan Bajau Utaralah yang kuat mengembara. Mereka sering belayar jauh misalnya ke daerah-daerah Pulau Palawan, Cagayan de Sulu, Borneo, Celebes dan juga Manila untuk mencari hasil laut. Orang Bajau Selatan, sebaliknya bergerak di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka sahaja.
Menurut Ben J.Wallace(1971:43), di Kepulauan Sulu, orang Bajau dikenali dengan beberapa nama antaranya Badjau dikenali dengan beberapa nama iaitu Badjau, sama, samal, Palau, Kaliaggeh dan Luwaan tetapi sebenarnya mereka memanggil diri mereka ‘Sama’ atau ‘Samal.’ Nama-nama seperti Palau, Kaaliaggeh dan luwaan membawa pengertian yang buruk dan menggambarkan sikap orang lain, khususnya orang Teosug, terhadap orang Bajau yang umumnya dianggap amat rendah tarafnya. Ada orang yang berpendapat bahawa perkataan ‘Palau’ mungkin berasal dari perkataan ‘Perahu’ atau ‘Pelaut’ dan ianya menggambarkan pendirian prang Bajau sebagai pengembara laut yang tinggal sepanjang masa dalam perahu-perahu mereka. Istilah ‘Kaliaggeh’ pula menurut Ben J.Wallace(1974:44) bererti ‘people who rude and dirty’(orang yang kasar dan kotor) sementara istilah ‘Luwaan’ bererti outcasts yang sama maksudnya dengan ‘sampah masyarakat.’
Menurut Wilfredo F.Arce(1963:244) pula, dikalangan penduduk Kepulauan Sulu terdapat kecenderungan untuk membezakan dua jenis orang Bajau: golongan pertama yang beragama Islam dan mendiami rumah-rumah dikenali sebagai ‘Samal’ sementara golongan kedua yang tidak beragama Islam mendiami perahu-perahu dikenali sebagai ‘Pala-u’(yang juga dikenali dengan nama Lutaw dan Luwa-an). Antara dua jenis Bajau ini, orang samallah yang dipandang lebih tinggi kedudukannya. Walaubagaimanapun, di kepulauan Sulu, kedudukan mereka masih dianggap jauh lebih rendah daripada kedudukan orang Taosug yang merupakan penduduk asal kepulauan Sulu. Bagi orang Taosug, orang samal dan lebih-lebih lagi orang Bajau atau Palau merupakan orang-orang yang hina seperti yang diterangkan oleh Wilfredo F. Arce(1963:264):..The Taosug’s regard for the samal is one of slight contempt, while he sees the Badjau as a fit partner only for street-level barter. Pembahagian kepada Samal dan Bajau di Kepulauan Sulu, menurut H.A Nimmo(1968:35) perlu dielakkan kerana ianya amat mengelirukan. Menurutnya adalah lebih tepat jika kita menganggap orang Bajau sebagai anggota Samal juga kerana mereka terdapat ciri persamaan. Pertalian mereka dengan orang-orang Samal yang lainnya dapat dilihat pada bahasa mereka yang merupakan dialek-dialek dari bahasa Samal. Mereka menganggap diri mereka sebagai anggota-anggota golongan Samal dan run on orang Sulu juga mempunyai anggapan yang sama terhadap mereka. Mungkin perbezaan yang amat ketara antara mereka dengan orang-orang samal yang lainnya ialah ada di antara mereka yang belum memeluk agama Islam.
Di Sabah khususnya, orang Bajau (yang sebenarnya menggunakan nama ‘Sama’ bagi diri mereka) terdapat di kedua-dua pantai barat dan timur. Di Pantai barat mereka berpusat di daerah-daerah Tempasuk(Kota Belud), Tuaran, Kudat dan Papar sementara di pantai timur mereka berpusat di daerah Teluk Darvel khususnya di Lahad datu dan Daerah Semporna. Jika lihat orang-orang Bajau boleh dibahagikan dua bahagian iaitu orang Bajau Pantai Barat dan orang Bajau Pantai Timur. Orang Bajau Pantai Barat dan Orang Bajau Pantai Timur  terdapat banyak perbezaan dari segi bahasa, cara hidup dan adapt istiadat. Orang Bajau Pantai Barat yang berpusat di kota Belud, tuaran, Kudat dan Papar dikenali sebagai Bajau Darat kerana mereka telah lama menetap di darat dan memang ramai di antara mereka yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan laut. Walaubagaimanapun, menurut N.B Hardaker(1974:18), orang Bajau Pantai Barat, Sabah seperti juga orang-orang Samal yang lainnya, pada suatu masa dahulu juga merupakan pelaut-pelaut yang telah menetap dikawasan-kawasan darat di mana melaui perhubungan mereka dengan orang-orang darat yang lainnya mereka mempelajari cara-cara menanam padi. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa orang Bajau Darat mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi daripada orang Bajau Pantai Timur. Orang Bajau Pantai Timur hamper semuanya melibatkan diri dalam bidang perikanan walaupun ada juga di antara mereka yang mempunyai kebun-kebun ubi kayu, pisang, jagung dan lain-lain tanaman, kegiatan bercucuk tanam ini lebih bercorak sambilan saja. Keadaan ini, berbeza dengan orang Bajau Pantai Barat yang lebih banyak memperlihatkan pelbagai kerja. Di samping nelayan, di kalangan mereka terdapat juga petani, penternak lembu dan kuda (khususnya di daerah Kota Belud), pemandu kenderaan, pegawai kerajaan, guru, sekolah, peniaga dan lain-lain lagi. Di antara orang Bajau Pantai Timur Negeri Sabah pun terdapat perbezaan yang nyata. Di daerah Semporna misalnya orang Bajau sekurang-kurangnya terbahagi kepada dua golongan iaitu pertama orang Bajau Laut yang berpusat di Kampung Bangao-Bangao dan kedua, orang Bajau yang bertempat di Pulau Omadal, Pulau Bum-Bum, Pulau Danawan, Kampung Kabogan dan beberapa tempat yang lain. Pada zahirnya kedua-dua golongan Bajau itu memperlihatkan persamaan yang banyak banyak misalnya dari segi rupa bentuk, corak pekerjaan, bahasa dan lain-lain lagi, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan-perbezaan juga dapat dikesan. Bagi setengah-setengah kumpulan Bajau misalnya orang Bajau Omadal, orang Bajau Laut dianggap lebih rendah tarafnya dan kerana itu mereka tidak suka dikaitkan dengan orang bajau Laut. Sikap orang Bajau Omadal terhadap orang Bajau Laut mungkin didasarkan pada dua faktor utama:
a.       Agama: Orang bajau Omadal semuanya adalah penganut agama Islam sejak dahulu lagi, sementara orang Bajau Islam dan masih ramai lagi dikalangan mereka yang belum memeluk agama itu dan kerana itu, disifatkan sebagai ‘kafir’ bagi orang Bajau Omadal penganutan agama dipandang penting kerana ianya sering dikaitkan dengan tingkat peradaban yang tinggi dan melalui agama Islam juga mereka dapat mencapai kesatuan dengan umat-umat Islam yang lainnya, tanpa mengira bangsa dan tempat.
b.      Corak Kediaman: Orang bajau Omadal telah lama menjadi penghuni rumah berbanding dengan orang bajau Laut yang baharu saja sedar tentang faedah menetap dirumah dan masih ramai lagi di antara mereka yang lebih suka tinggal di dalam perahu. Jadi di kampong Bangao-Bangao pada masa ini, terdapat dua corak kediaman yang wujud bersampingan. Mereka yang duduk di rumah mula mengalami perubahan-perubahan yang nyata dalam kehidupan mereka. Kerana kampong Bangao-Bangao terletak berdekatan dengan bandar Semporna orang Bajau Laut yang duduk menetap di sana telah mula terdedah kepada pengaruh-pengaruh dan kemudahan-kemudahan Bandar. Oleh itu, taraf hidup mereka adalah lebih baik daripada mereka yang masih mendiami perahu-perahu dan merupakan pengembara-pengenbara laut yang sebenarnya.
c.       Corak pemikiran dan pendidikan: Orang Bajau Omadal kalau dilihat perkembangan hidupnya, mereka amat menentingkan pendidikan khasnya dalam pendidikan agama ataupun pendidikan yang lahir daripada alam persekolahan berbanding orang bajau Laut yang buta huruf dan tidak tahu menulis dan membaca. Ini jelas sekali, bagaimana mereka mengatur setiap perancangan yang dilakukan samaada daripada hal kekeluargaan dan majlis kahwinan ataupun kenduri, mereka sering membuat perbincangan dan dalam kumupualan yang mahir mengatur dalam segala yang dirancangkan biasanya mereka merujuk ketua kampong ataupun ketua agama berbanding dengan orang Bajau Laut pula yang mana mereka hanya melakukan perbincangan hanya keluarga dekat, ini kerana terdapat hal yang berlaku diantara tidaklah dianggota beberapa keluarga yang besar dan ditambah pula kedudukan mereka kurang mendapat ilmu pengetahuan, menyebabkan mereka dianggap tak tahu membaca dan menulis.
d.      Komunikasi: Masyarakat orang Bajau Omadal amat menentingkan keeratan ataupun perhubungan antara kaum sekeliling samaada sekaum dengannya ataupun kaum yang lain, keadaan ini memudahkan masyarakat ini terus berkembang melalui ikatan kekeluarga, dalam falsafah masyakat orang Bajau Omadal ini perhubungan antara keluarga dekat dan jauh sering dijadikan budaya utama dan luas termasuklah dengan perhubungan dengan diluar masyarakatnya berbanding dengan orang Bajau Laut perhubungan dengan masyarakat agak terhad menyebabkan mereka terasing dalam dunia luar.
Sejak berada dibawah di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, saya banyak melihat, menghayati, mengamati dan dapat menilai satu-satu masyarakat itu dengan kemajuannya dan kemundurannya khasnya di Dareah Semporna dimana ia salah sebuah tempat yang mempunyai bilangan orang bajau yang ramai ialah Pulau Omadal sebuah pulau kecil yang berukuran kira-kira 1.22 kilometer persegi dan terletak di sebelah timur daerah Semporna. Jauhnya Pulau Omadal dari Bandar Semporna ialah kira-kira 17.6 kilometer dan perjalanan dari Pulau Omadal ke Bandar itu mengambil masa kira-kira tiga jam dengan motobot atau perahu berenjin. Sejarah itu sentiasa berubah kerana generasi kemanusiaan suka mencari benda yang baru. Inilah berlaku zaman modern ini, kehidupan perlu diisi dengan maklumat dan ilmu dan kemajuan terus dikejar. Dalam masyarakat orang Bajau Omadal, penghijrahan tempat terus berlaku hinggakan mereka sentiasa berada dalam keadaan menerima perubahan setelah berada Bandar Semporna. Jadi kehidupan ala-kampung terus ditinggalkan menyebabkan kehidupan Pulau Omadal selama ini dianggap satu persinggahan yang menguntungkan dalam perkembangan hidup khasnya dalam tangkapan ikan laut, kini segala berubah kehidupan orang-orang Bajau Omadal kini sudah mengubah corak kehidupan dan corak pemikiran. Kita tahu, banyak sungguh kajian dilakukan oleh para pengkaji khususnya yang melibatkan kajian berkaitan dengan Masyarakat Bajau. 

Sejarah Ringkas Sebelum Dan Selepas - Masyarakat Pulau Omadal

Pada umumnya, ramai yang keliru dan bingung tentang dari mana asalnya kaum Bajau yang sebenarnya. Kita melihat di laman-laman web pelancongan di negara kita tidak menyebut secara tepat sejarah asal-usul orang-orang Bajau ini. Kekeliruan demi kekeliruan berlaku tanpa ada sesiapa yang membetulkannya. Dengan saya menyimpulkan bahawasanya setelah saya membuat beberapa kajian tentang usulnya secara jujurnya asal-usul orang Bajau ini. Bukan kurang diketahui oleh masyarakat di Malaysia itu sendiri malah orang Sulu dan orang Bajau sendiri tidak mengetahuinya. Bila saya melihat kedudukan kependudukan kaum Bajau di Sabah adalah kedua terbesar di kepulauan Sulu yang juga terdapat di persisiran pantai Mindanano. Bajau juga terdapat di Boreno Utara (Sabah), ini bukanlah perkara pelik sekiranya kaum Bajau turut berada di Sabah kerana pada masa lalu Sabah adalah dibawah kekuasaan Kesultanan Sulu. Begitu jelas, berlakunya kekeliruan tentang asal-usul kaum Bajau ini terutamanya kepada orang-orang Sulu dan masyarakat Malaysia sendiri. Sekiranya kita meneliti sejarah maka adalah jelas kaum Bajau ini datang dari Sumatera atau dari kepulauan Riau – Johor (Johor Lama) kaum Bajau ini disebut juga dalam ‘Sejarah Melayu’ sebagai ‘Orang Laut’ atau ‘Orang Selat.’
Orang Selat atau Orang Laut yang kita kenali sebagai Orang Bajau hari ini bukanlah penduduk asal kepulauan Sulu melainkan berasal dari kepulauan Riau. Johor Lama(Temasek). Sejarah telah mencatatkan bagaimana kaum bajau ini datang ke Sulu kerana menjadi pengiring kepada pendakwah Ahlu Bait iaitu Sayyid Abu Bakar. Beliau merupkan pengasas Kesultanan Sulu yang pertama (kemungkinan juga datang bersama Syeikh Karimul Makhdum). Kaum Bajau juga datang bersama Sayyid Muhammad Kabongsuan ke Mindanao (Pengasas Kesultanan Maguindanao 1515 M). Jasa kaum Bajau kepada Ahlu Bait sangatlah besar sehinggalah ada kerabat kesultanan ini berkahwin campur dengan para pemimpin kaum Bajau selepas itu. Sebab itulah kaum Bajau yang ada di Sulu telah terbahagi kepada beberapa kumpulan yang terpisah antara pulau-pulau di kepulauan Sulu hingga ke Borneo Utara (Sabah).  Gaya hidup mereka telah berubah dari cara hidup asal yang berumah dalam perahu (Lepa-lepa) kepada hidup di darat bersama orang-orang Tausug bergantung sejauhmana dekatnya hubungan mereka dengan para Datu-Datu atau kerabat Diraja Sulu itu. Maka wujudlah Suku Bajau Balangingi, Bajau Kaulungan, Bajau Jama Mapun, Bajau Simunul, Bajau Tanduh Bas, Bajau Umos Matata, Bajau Tabawan, bajau Balimbing, Bajau Sibutu, bajau Pala’o(dikenali sebagai ‘Orang Laut’ yang tinggal dalam perahu lepa-lepa) dan beberapa suku bajau lagi. Kalau di Malaysia terutamanya  Sabah pula dienali Bajau Kota Belud(suku kaum Bajau – Bajau, Badjao, Bajaw, Sama dan Samal, - yang tinggal di pantai barat Sabah yang handal menunggang kuda. Ketika era penentangan Mat Salleh melawan Inggeris 1890-an, kemungkinan suku kaum Bajau ini adalah antara penyokong kuat perjuangan Datu Paduka Mat Salleh) dan Bajau Semporna. Perlu dijelaskan di sini, pada peringkat awal bukan semua orang Laut ini menganut Islam sekalipun mereka datang ke Kesultanan Sulu mengiringi ulama Ahlu Bait itu tadi, tetapi setelah mereka (orang Laut) bergaul rapat dengan orang Tausug. Maka sedikit demi sedikit mereka dapat diislamkan. Walau bagaimanapun sebahagian besar Bajau Pala’o( Bajau laut) masih tiada agama dianggap sebagai Ateis atau Menganut animism sehingga kini tetapi serba modern ini, mereka sedar kepentingan ada pegangan dalam hidup mereka ada yang beragama Islam khasnya di Pantai Timur Sabah iaitu kampong Bangau-Bangau di Semporna. Mungkin para Pala’o yang sentiasa dalam perahu (lepa-lepa) mereka. Sebab itulah mereka enggan duduk di darat sebagaimana suku Bajau lain.                
Bila saya baca sebuah yang bertajuk ‘Tausug & Kesultanan Sulu’ ditulis oleh Asreemoro dan ia berasal dari Sandakan, Sabah. Sepertimana catatan sejarah Eropah seperti Alexander Dalrymple (1737-1808 M) seorang ahli geografi Scotland dan Daniel E. Sopher yang dinukil oleh Prof. Cesar Adib majul dalam bukunya yang terkenal Muslim In The Philipines.  Juga penyelidikan yang dibuat oleh Cynthia Chou: ‘Research Trends on Southeast Asian Sea Nomads. Yang menariknya, kedatangan bersaudara Ahlu-bait itu ke sulu dan Mindanao adalah tidak dapat dipisahkan bersama kedatangan orang-orang bajau inisekalipun kedatangan saudara Ahlu-bait itu adalah selang beberapa puluh tahun lamanya antara antara satu sama lain. Prof Cesar Adib Majul menukilkan: ‘…Terdapat dalam laporan Alexander Dalrymaple tentang legenda perpecahan orang Bajau dari Johor…perkahwinan Raja baginda dengan Puteri Bajau dalam lagenda tersebut….’ Prof Cesar menyatakan bahawa terdapat satu versi memperkatakan tentang seorang puteri Bajdao yang datang dari Semenanjung Tanah Melayu sementara versi-versi lain menyebut bahawa puteri itu adalah puteri Sultan Johor yang diiringi oleh orang Bajao ke Sulu(Islam di Filipina – DBP:1988, Nota kaki ms 3. Dalam hal perkahwinan ini orang yang dimaksudkan menengahwini puteri Johor itu ialah Sayyid Ali Zainal Abidin dari Makkah yang mengahwini puteri Nurul Ashikin Binti Sultan Iskandar (Johor). Hasil perkahwinan ini lahirah Syarif Muhammad Kabongsuan yang belajar ke Mindanao (menjadi Sultan Maduidanao 1515)- mengikut jejak abang kandungnya Sayyid Abu Bakar yang juga diiringi orang Bajau ke Sulu atau kemungkinan adalah Sultan Brunei (pertama) yang mengahwini puteri Johor pada tahu 1368.

Organisasi Sosial dan Ekonomi di Pulau Omadal

Mengikut banci bulan Mei pada tahun 1975, bilangan penduduk Pulau Omadal ialah kira-kira 421 orang, kesemuanya Bajau. Menurut keterangan penduduk, penduduk Pulau Omadal pada masa dahulu lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah sekarang. Tetapi dari masa ke semasa, beberapa keluarga telah berpindah ke tempat-tempat lain. Perpindahan mereka didorong oleh beberapa factor antaranya ketidaksuburan dan kekurangan tanah akibat pertambahan penduduk serta keinginan untuk mencari peluang-peluang hidup yang lebih baik, masalah air dan masalah keselamatan kerana Pulau Omadal yang duduk terpencil di Laut Celebes sentiasa terdedah pada ancaman-ancaman musuh khususnya lanunlanun Filipina. hasil daripada oergerakan mereka itu, beberapa tempat yanglain di daerah Semporna mula diduduki oleh orang Bajau. Antaranya ialah Pulau Bum-Bum, Pulau Danawan, Kampung Kabogan, Kampung Mentertib, Pulau Menempilik dan lain-lain lagi. Walaupun mereka telah berpindah ke tempat-tempat lain hubungan mereka dengan Pulau Omadal masih kuat lagi hingga ke hari ini kerana pulau itu dianggap sebagai tanah pusaka mereka dan adalah dianggap berdosa jika mereka melupakan pulau itu sama sekali. Jika ada apa-apa keramaian atau perayaan di Pulau Omadal seperti hari Raya, kenduri, perkahwinan dan sebagainya, mereka akan berkumpul di pulau itu. tetapi pada masa sekarang tradisi itu sudah kurang pentingnya walaupun masih tetap diamalkan oleh setengah-setengah orang. pada masa dahulu juga, bila ada satu-satu kematian, simati harus dihantar biar berapa jauh pun untuk dikebumikan di Pulau Omadal. ini adalah kerana mengikut adapt Bajau seseorang  itu harus dikebumikan di kuburan nenek moyangnya dan kerana dahulunya hanya Pulau Omadal saja yang diduduki maka semua orang Bajau yang meninggal juga dikebumikan di sana. jika si mati tidak dikebumikan mengikut adapt itu, kaum kerabatnya yang bertanggungjawab dipercayai akan mendapat tulah(iaitu kemalangan atau kecelakaan yang menimpa diri seseorang kerana melanggar peraturan adat). mereka terbahagi tiga bahagian iaitu kampong yang dinamakan Kampung Omadal Utara, Kampung Omadal Selatan dan Kampung Omadal Barat berdasarkan kedudukan mereka di pulau itu. tetapi walaupun terdapat pembahagian kepada tiga kampong yang ditadbir sebagai unit-unit berasingan namun ketiga-tiganya tergolong dalam satu struktur social yang sama. Antara ketiga kampong itu terdapat keseragaman bangsa, bahasa, agama serta cara hidup. Tambahan pula penduduk ketiga-tiga kampong itu mempunyai ikatan kekerabatan yang teguh dan ini mengeratkan lagi hubungan mereka.
Saya melihat kampong-kampung yang terletak di tepi laut itu mempunyai pola perkampungan yang bercorak linear dimana keadaannya tiap-tiap kampong mempunyai deretan yang semuanya dibina atas tiang-tiang kecil dipinggir laut. Bahagian depan rumah-rumah itu mengadap pulau itu sementara bahagian belakang rumah-rumah pula mengadap laut. Ada beberapa sebab kenapa rumah-rumah semuanya dibina di tepi laut dan bukan di darat.
Antaranya ialah:
i)                    Pulau Omadal menghadapi masalah air kerana di sana tidak ada sebarang perigi dan jika adapun airnya pasti masin seperti yang telah banyak dibuktikan dengan galian-galian perigi pada masa dahulu. keadaan ini sungguh aneh kerana di beberapa pulau yanglain seperti Pulau Bum-Bum dan Pulau Danawan, ada perigi yang berair-tawar. Menurut penduduk, pada masa dahulu ada perigi yang berair tawar di Pulau Omadal tetapi akibat sumpahan seorang syarif, air tawar dalam perigi-perigi terus digantikan dengan air masin. Sumpahan ini telah dijatuhkan pada penduduk Pulau Omadal sebagai balasan terhadap perbuatan nenek moyang mereka yang tidak baik pada syarif itu. Mengikut satu cerita pada masa dahulu, syarif itu telah meminta air minuman tetapi dia diberikan air masin oleh penduduk pulau itu. jadi kerana marah, dia terus bermohon pada Tuhan agar penduduk pulau itu dikenakan hukuman dan akibatnya hingga hari ini pulau itu tidak mendapat air tawar melainkan daripada hujan yang dapat ditadah itu tidak mencukupi dan kerana itu mereka terpaksa mengambil air tawar dari Pulau Bum-Bum dengan menggunakan perahu. Sekiranya, rumah-rumah mereka terletak di pedalaman pulau itu, pengangkutan air ke rumah-rumah mereka terletak di pedalaman pulau itu, pengangkutan air ke rumah-rumah itu akan bertambah susah lagi. Masalah air ini banyak mempengaruhi keadaan hidup penduduk. kebanyakan mereka jarang-jarang mandi dan keadaan inilah hamper semua kanak-kanak dan setengahh-setengah orang dewasa diserangi penyakit kudis yang kadang-kadang merebak ke  seluruh badan. selain dari serangan penyakit kudis ini, terdapat juga serangan kudis kepala, khususnya di kalangan kaum wanita yang hamper semuanya mempunyai rambut panjang yang payah dicuci kerana kesulitan air.
ii)                  Rumah-rumah yang dibina di pinggir laut mudah dibersihkan. Jika tidak ada air lain, air laut boleh juga diambil untuk membasuh lantai rumah. kekotoran-kekotoran yang disapu ke bawah rumah mudah dihanyutkan oleh arus laut. lagi pun, semua rumah tidak mempunyai bilik air atau tandas.untuk memudahkan pembuangan sampah-sarap ke bawah rumah, kebanyakan lantai rumah direnggangkan. tetapi, arus laut yang menghanyutkan kekotoran itu atau membawa kekotoran lain ke pantai dari masa ke masa, kerana itulah pantai Pulau Omadal sentiasa ditaburi dengan pelbagai jenis sampah.
iii)                Pembinaan rumah di tepi laut memudahkan para nelayan berulang-alik ke laut mencari ikan, di samping itu perahu-perahu yang ditambat di tepi laut mudah dijaga.
Pada umumnya, keadaan dan pembinaan rumah-rumah yang terdapat disini, boleh katakan amat sederhana dan mudah dibina ataupun diikuti oleh sesiapa pun. Biasanya rumah-rumah yang terdapat Pulau Omadal dibuat daripada papan, berpaku kayu bulian(sejenis kayu yang keras) dan beratap zink atau daun-daun rumbia itu dibina dan dihias secara ringkas dan mudah saja, kebanyakan rumah-rumah disini tidak bercat, dan bentuk dan saiz rumah-rumah itu berbeza-beza mengikut kemampuan dan pilihan tuan rumahnya. Ada yang hanya sebesar 3.65 meter x 5.49 meter, bila seseorang datang ke Pulau Omadal pasti akan terlihat semua rumah kelihatan kosong jika seseorang memasuki rumah-rumah mereka, ini kerana tidak mempunyai apa-apa perabot atau perhiasaan. Hanya yang ada berapa buah rumah saja yang mempunyai sedikit-sedikit perabot seperti meja, kerusi, almari dan mesin jahit. Bagi mereka, perabot yang agak banyak dirumah dan agak membebankan khasnya bila diangkat ke pulau tersebut tetapi dua benda yang dianggap penting dan pasti dijumpai dalam tiap-tiap rumah ialah tikar dan bantal yang digunakan untuk berbaring. Apabila ada tetamu kedua benda itu akan dkeluarkan untuk menyambutnya, iaitu tikar sebagai alas duduk dan bantal sebagai tempat bersandar. kecuali tiga buah rumah, semua rumah di Pulau Omadal tidak mempunyai bilik. Ruang rumah yang hanya satu itu digunakan untuk aneka tujuan iaitu sebagai tempat tidur, tempat menyambut tetamu, tempat untuk melakukan kegiatan harian dan juga sebagai tempat makan jika bilik dapaur terlalu sempit. ketiadaan bilik itu disebabkan oleh beberapa faktor dapat kita lihat detail antaranya:
i)                    Kebanyakan keluarga Bajau Semporna khasnya Pulau Omadal amat suka dengan keluarga ramai iaitu purata 13 orang dalam sesebuah rumah, walaupun ruang rumah umumnya sempit saja. daripada jumlah 33 buah rumah yang diduduki itu Pulau Omadal, hanya 11 buah saja yang mempunyai kurang daripada 10 orang. Rumah-rumah yang lainnya mempunyai antara 10 dan 30 orang. Bilangan anggota yang ramai ini sering disebabkan oleh tumpangan saudara-mara yang sama ada tidak mampu mendirikan rumah sendiri atau kerana ikatan kekeraban. Tumpang-menumpang ini selalunya tidak dikenakan apa-apa bayaran. Lebih kurang 63.6 peratus daripada jumlah rumah yang diduduki, mempunyai lebih daripada sebuah keluarga. Ada setengah rumah mempunyai enam keluarga. Walaupun ramai bilangan keluarga dan rumah itu kelihatan sesak namun dari segi ekonomi, keadaan ini tidak membebankan ketua rumahnya. Tiap-tiap ketua keluarga bertanggungjawab atas hal-ehwalnya sendiri seperti mencari nafkah hidup sendiri, mendapatkan barang-barang keperluannya sendiri dan sebagainya. Di samping anggota-anggota tetap, adakalanya terdapat juga anggota-anggota sementara pada ketika-ketika tertentu misalnya pada waktu Hari Raya, perkahwinan, Kenduri dan sebagainya. Jadi, jika diadakan bilik, ruang rumah akan bertambah sempit lagi.
ii)                  Kenduri-kenduri atau jamuan-jamuan yang perlu diadakan dari masa ke semasa memerlukan ruang rumah yang lapang. Jadi, jika ruang itu disekat dengan bilik-bilik, kenduri atau jamuan rumah payah dilaksanakan.
iii)                Keadaan anggota-anggota rumah senang dijaga jika tidak ada sekatan-sekatan bilik dan apa-apa penyakit atau kesusahan yang menimpa diri seseorang mudah diketahui olen anggota-anggota rumah yang lainnya. Jika ada bilik, orang yang mengalami kesusahan dalam biliknya mungkin tidak akan diketahui orang lain.
iv)                Keinginan untuk menjimatkan belanja pembinaan rumah kerana rumah yang tidak berbilik lebih mudah dan murah dibina.
Dalam kajian saya melihat suasana rumah-rumah terdapat di Pulau Omadal, saya dapati bahawasanya keadaan rumah-rumah yang tidak berbilik itu ada kebaikan dan keburukannya. Jika dipandang dari satu lagi, ketiadaan bilik itu merapatkan lagi hubungan antara anggota-anggota rumah dengan ertikata mereka tidak mahu berpisah-pisah oleh sebarang penutup dinding dan sentiasa bersemuka. Tetapi dari segi yang lain, keadaan rumah yang tidak berbilik itu tidak memberi anggota-anggota rumah itu sebarang privacy, segala kegiatan mereka dalam rumah dapat dilihat oleh anggota-anggota lain. Adakalanya jika privacy dikehendaki mereka terapksa menggantungkan tirai sementara untuk melindungi diri daripada pandangan orang. Keburukkan yang lain ialah bila ada sesiapa dalam rumah itu diserangi penyakit, anggota-anggota rumah yang lain juga terdedah pada penyakit itu, khususnya jika penyakit itu mudah berjangkit misalnya penyakit kudis, selsema dan batuk yang memang tidak asing lagi bagi penduduk Omadal. Kalau bilik tidur dab bilik air tidak dipentingkan, bilik dapur pula merupakan sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan, tiap-tiap rumah mempunyai bilik dapurnya sendiri. Bilik dapur selalunya dibina secara berasingan di belakang atau di tepi rumah dan disambung dengan bahagian rumah melalui pembinaan sebuah pelantaran. Pelantaran ini amat penting kerana di tempat yang lapang ini banyak kerja dapat dilakukan dan di sini juga selalunya pakaian, kelapa, ikan masin dan sotong dijemur.
Istilah perkataan ‘Kerapatan,’ dalam bahasa tempatan ‘Ma’papoag,’ ‘Danakan,’ ‘Saga Sehe,’ ‘Sehe-sehe’ dan  budaya ini amat penting dalam masyarakat Bajau Pulau Omadal khasnya masyarakat Semporna. Dalam hal ini, khususnya di perkampungan Omadal dan kebanyakan Bajau Semporna yang lainnya, terlihat dalam suasana pembinaan rumah-rumah disini amat berdekatan dengan anatara satu sama yang lain. Bila seseorang yang ingin membina rumah baru lazimnya akan mencari satu tempat yang hamper dengan rumah-rumah kerabat yang terdekat. Ini menampakan corak kediaman yang demikian disamping memudah dan merapatkan hubungannya dengan kaum kerabat, ia juga dapat menjamin keselamatan rumahtangga. Keprinsipan inilah dapatlah kaum kerabat yang tinggal berdekatan dengan mudah dapat menjenguk-jenguk keadaan rumahtangganya dan jika ada apa-apa kecemasan mereka  boleh memberi bantuan segera. Pada umumnya, kehidupan orang-orang Bajau Semporna amat menentingkan kehidupan kejiran dan kekeluarga yang amat kuat samaada keluarga jauh ataupun keluarga selain dari mereka, budaya ini satu amalan bagi orang Bajau Omadal, kaum kerabat menduduki tempat yang penting dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan dalam semua peringkat hidup seseorang, kerjasama dan pengaruh kaum kerabat dapat dirasakan. Bagi kebanyakan penduduk yang tidak mempunyai sahabat kerana itu, kaum kerabat bukan saja dikenali sebagai ‘danakan’(Kerabat) tetapi juga sebagai ‘Saga Sehe’ atau ‘Sehe-sehe.’ Hanya pada kaum kerabatlah mereka dapat bergantung jika berhadapan dengan apa-apa masalah. Begitu juga kalau ada peristiwaatau upacara yang menggembirakan seperti kelahiran, perkahwinan, Khatam Quran dan sebagainya, kaum kerabat pasti dijemput untuk sama-sama menolong dan merayakan majlis itu. Kehadiran kerabat pada masa-masa duka dan suka memberikan seseorang itu sokongan batin yang besar ertinya. Bagi orang Bajau kaum kerabat yang ideal ialah kaum kerabat yang murah hati dan sanggup memberi pertolongan dan kerjasama kepada kerabat yang lainnya. Kaum kerabat beginilah yang harus diberi penghormatan yang setinggi-tingginya, tidak kira sama ada mereka kaya atau miskin.    Dalam soal perkahwinan masyarakat orang Bajau Semporna, khasnya orang bajau Omadal mementingkan ikatan kekerabatan. Perkahwinan yang paling digemari ialah antara kerabat-kerabat pupu khususnya antara spupu-sepupu sekali dan sepupu-sepupu dua kali. Pada anggapan ibubapa, anak-anak yang dikahwinkan dengan kaum kerabat sendiri akan diperlakukan dengan baik dan tidak mudah dianiayakan. Perselisihan faham antara suami isteri lebih mudah diselesaikan kerana, pada fikiran mereka, antara kaum kerabat tetap ada perasaan belas kasihan. Tambahan lagi, perkahwinan antara kerabat dapat mengeratkan lagi ikatan kekerabatan yang sedia ada di antara mereka, di samping itu harta benda keluarga tidak jatuh ke tangan oang lain. Dalam kehidupan masyarakat Bajau Omadal, tugas mencari nafkah hidup terserah kepada kerabat lelaki. Kaum kerabat perempuan dianggap lemah dari segi fizikal. Jadi, mereka hanya perlu bekerja didalam rumah sebagai rumahtangga. Pembahagian tugas dari segi jantina ini memang tealh tetap secara tradisi dan hingga kini masih kuat diamalkan oleh masyarakat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa seorang perempuan sepanjang hidupnya terapksa bergantung kepada pencarian kerabat lelakinya. Semasa kecil ia ditanggung oleh bapanya, bila sudah bersuami, ditanggung oleh suami dan jika bercerai hidup atau mati dengan suami, ditanggung pula oleh anak-anak, menantu atau adik-beradik lelakinya. Seseorang perempuan yang keluar mencari nafkah hidup akan menjadi sumber buah mulut orang kampung. Mungkin juga, kaum dianggap tidak mampu atau tidak sanggup menanggung dirinya. Kerana nilai masyarakat yang demikian, maka di Pulau Omadal tidak ada seorang perempuan pun yang keluar mencari nafkah dalam erti yang sebenarnya. Namun, demikian dirumah kaum tersebut, perempuan sering juga membantu kaum kerabat lelaki mereka dalam kerja yang lebih ringan misalnya meneringkan ikan dan kelapa, menmganyam dan membaiki jala dan lain-lain lagi.
Kegiatan ekonomi yang utama di kalangan penduduk Omadal ialah penangkapan ikan. Kerja menangkap ikan ini bukan saja merupakan pekerjaan utama orang Bajau Pulau Omadal bahkan merupakan pekerjaan utama bagi kebanyakan orang Bajau Daerah Semporan dan menurut Clifford Sather(1966:42), lebih daripada separauh nelayan di Sabah terdiri daripada orang Bajau yang kebanyakan terdapat didaerah di daerah Lahat Datu dan Semporna. Kerja menangkap ikan ini merupakan pekerjaan tradisi yang turun-temurun dikerjakan oleh penduduk Pulau Omadal dan dengan itu, tidak syak lagi bahawa orang Bajau itu merupakan nelayan dan pelaut yang tidak takut mengharungi laut dalam apa keadaan pun. Walaupun pekerjaan menangkap ikan ini bergantung juga pada keadaan iklim. Pada masa rebut atau angina kencang para nelayan tidak dapat turun ke laut untuk untuk menangkap ikan. Pada hari-hari biasa pun waktu menangkap ikan tidak tetap, adakalanya tangkapan itu dilakukan mengikut kecenderungan nelayan sama ada waktu siang ataupun malam. Untuk mendapat tangkapan ikan yang banyak, setengah-setengah nelayan sanggup belayar jauh, kadang-kadang sehingga ke daerah Pulau Bohey Dulang dan Pulau Danawan yang terletak kira-kira sepuluh batu dari Pulau Omadal. Tetapi, bilangan nelayan yang terlibat di sini tidak ramai. Kebanyakan nelayan Omadal, walaupun mempunyai motobot atau perahu berenjin untuk belayar jauh, lebih suka menangkap ikan di kawasan-kawasan yang berhampiran saja iaitu antara 1.6 kilometer dan 8 kilometer jauhnya dari pulau mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai motobot atau perahu berenjin ataupun terlalu tua untuk belajar jauh, penangkapan ikan boleh juga dilakukan di tepi-tepi laut tetapi hasilnya ternyata kurang memuaskan.
Ada beberapa cara penankapan ikan yang digunakan oleh orang Bajau iaitu penggunaan pukat, jala, pancing, bom, racun, bubu, kelong, sahapang(serampang) dan panak(panah), kebanyakannya boleh dikatakan amat ringkas. Penggunan bom dan racun dilakukan secara sulit kerana telah diharamkan oleh pihak kerajaan dan boleh merosakkan alam lautan yang terdapat dipersekitarannya. Biasanya cara ini, digunakan bila terdapat banyak ikan  di satu-satu tempat itu. Bom dibuat daripada bahan-bahan kimia seperti baja, dammar(buttik) dan belerang (mailing) dan boleh digunakan baik di air dalam ataupun cetek. Racun yang digunakan baik di air dalam ataupun cetek. Racun yang digunakan oleh nelayan Omadal pula terdiri daripada dua jenis iaitu ‘tua’ (tuba) dan lantang (sejenis buah yang ditumbuk halus dan dicampur dengan ikan-ikan kecil yang juga dicincang halus). Walaupun ikan mudah ditangkap dengan cara ini kesannya ternyata buruk kerana ikan-ikan kecil yang belum ada gunanya pun turut terbunuh. Ikan-ikan yang ditangkap terdiri daripada banyak jenis antaranya ikan putih, ikan merah, kembung, tenggiri, kuaru, pari, ketambak, tamban, lahusuk, kuhapu, tulai, lepeh, mengilap dan embo-embo. Ikan-ikan ini tidak hanya ditangkap untuk penggunaan sendiri tetapi sebahagian besarnya dijual, sama ada dalam bentuk tetapi basah atau kering, di bandar-bandar Semporna, Tawau dan Lahad Datu. Ikan kering atau ikan masin selalunya dijual kepada saudagar-saudagar Cina mengikut pikul (sepikul ikan masin adalah di antara $40 dan $200, bergantung pada jenis ikannya). Kebanyakan nelayan pergi sendiri ke bandar untuk menjual ikan mereka. Mereka yang tidak dapat pergi sendiri ke bandar akan menjual ikan mereka kepada nelayan-nelayan lain atau berpesan pada nelayan-nelayan itu supaya menjualkan ikan itu bagi pihak mereka.
Selain dari ikan, nelayan-nelayan Omadal juga menangkap tripang(bat), Bulu babi(Tayum), sotong dan agar-agar tetapi secara kecil-kecilan saja. Antara tangkapan itu hanya tripang dan sotang saja yang dijual sementara agar-agar dan ‘tayum’ (sejenis tripang yang kulitnya berduri) hanya ditangkap untuk makanan sendiri. Pada suatu masa dahulu apabila harga tripang di pasaran luar tinggi iaitu lebih daripada $50 sepikul, para nelayan menunjukkan minat yang banyak terhadap penangkapan tripang tetapi pada masa ini minat itu sudah berkurangan kerana harga tripang sangat rendah, kadang-kadang hanya $15.00 atau $20.00 sepikul. Tripang lebih mudah ditangkap antaranya ‘bat duluan,’ ‘takdik,’ ‘gamat,’ ‘timpu,’ ‘petagukan,’ ‘lagitam,’ ‘kulirau,’ ‘kumbatan,’ dan ‘gadung-gadung.’ Setelah ditangkap tripang itu akan direbus sehingga lembut dan jika tripang itu jenis putih ianya akan ditanam dalam pasir untuk sehari semalam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Selepas sehari semalam ditanam, tripang itu akan akan diambil semula serta dicuci dan kemudian dipanggang sehingga keras, sama halnya dengan tripang hitam. Setelah dipanggang, tripang itu akan dijemur dua atau tiga hari sebelum dijual kepada saudagar-saudagar Cina di Bandar-bandar Semporna, tawau dan Lahad Datu. Orang Bajau sendiri tidak berapa suka makan tripang(bat) dan hanya setengah-setengah orang Bajau sja yang makan tripang, lazimnya jenis tripang(bat) putih. Tripang itu dihiris kecil-kecil dan dimakan mentah, kadang-kadang bersama isi perutnya sekali dan untuk mengenakan rasanya tripang itu biasanya dimakan bersama limau, ‘tayum’ dan ‘lato’ (sejenis agar-agar yang berwarna hijau).
Kegiatan ekonomi yang kedua pentingnya di Pulau Omadal ialah perusahaan kopra. Jika dilihat ke pulauan yang terdapat disekitar daerah Semporna begitu banyak penanaman kelapa, tidak dinafikan penanaman kelapa menjadi tanaman utama dan penamanan kelapa di pulau itu telah dimulakan oleh nenek-moyang mereka mungkin pada masa penjajahan British. Kelapa dipetik tiga bulan sekali dan sebahagian besar hasil kelapa itu dijual, lazimnya dalam bentuk kopra. Untuk membuat kopra, buah-buah kelapa dibelah tiga dan dijemur selama satu hari. Setelah itu isinya dikeluarkan dan dijemur selama selama tiga hari atau sehingga kering. Apabila sudah kering, isi kering itu ditetak kecil-kecil dan dikarungkan sebelum dijual. Kopra lazimnya dijual kepada saudagar-saudagar Cina di bandar-bandar Semporna, Tawau dan Lahad Datu. Harganya tidak ditentukan oleh penduduk tetapi didasarkan pada harga pasaran dunia yang tidak tetap. Pada masa kajian dibuat (pada tahun 1975) harga sepikul kopra adalah kira-kira $12.00 saja. Namun, begitu perusahaan kopra ini masih giat dikerjakan kerana ianya tidak memerlukan masa, tenaga atau modal yang banyak. Menurut seorang informan, perdagangan kopra ini telah lama dilakukan oleh setengah-setengah penduduk Pulau Omadal iaitu sebelum mereka ada kelapa sendiri di pulau itu, mereka sering membeli kopra dari Celebes untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi di tempat-tempat lain seperti Tawau dan Filipina.
Di samping merupakan suatu sumber pendapatan yang penting, ada banyak guna kelapa bagi penduduk misalnya daripada isi buah kelapa mereka boleh buat kuih-muih dan minyak masak, daripada lidi daun kelapa, mereka buat penyapu dan daripada sabut buah kelapa, mereka boleh buat berus. Tetapi sayangnya, benda-benda ini hanya dibuat untuk kegunaan sendiri dan tidak dijual. Di samping kelapa, kebanyakan pekebun juga menanam ubi kayu yang juga merupakan makanan utama penduduk Omadal. Ubi kayu dimakan sebagai ganti nasi dan cara begini memang banyak menjimatkan belanja kerana kebanyakan penduduk menanam ubi kayu dan jika perlu dibeli pun, harganya adalah jauh lebih rendah daripada harga beras. Walaubagaimanapun, sekali sekala nasi dimakan juga. Ubi kayu dimakan dalam bentuk kuih-muih seperti ‘bam-ban’ dan ‘putu’ atau lebih sering lagi dalam bentuk ‘agung’ yang dimakan seperti nasi. Selain dari kelapa, ubi kayu dan sedikit pisang, tidak ada benda-benda lain yang ditanam. Menurut penduduk, tanah  yang berpasir dan berbatu karang di Pulau Omadal tidak subur atau tidak sesuai untuk tanaman-tanaman lain. Di samping keadaan tanah yang tidak subur itu, pekebun-pekebun juga menghadapi masalah-masalah lain antaranya kekurangan air, modal dan alat, serangan semut dan tikus terhadap tanaman mereka dan kejahilan dalam hal bercucuk-tanam. Pekebun-pekebun tidak pernah menggunakan baja untuk menyuburkan tanah dan tidak pernah menggunakan ubat serangga untuk menghalang serangan tikus dan semut. Alat-alat yang digunakan juga amat ringkas dan ini menybabkan kerja-kerja bercucuk tanam itu susah dan lambat disempurnakan.
Dua jenis kegiatan lain yang dilakukan oleh setengah-setengah penduduk ialah membuat perahu dan tikar tetapi dilakukan sambilan saja. Pembuatan perahu agak sukar kerana kayunya terpaksa diambil dari tempat-tempat lain. Sebuah perahu mengambil masa antara empat bulan dan stahun untuk disiapkan dan boleh dijual sehingga $900.00 berdasarkan saiz dan bentuknya. Antara perahu-perahu yang biasa dibuat oleh penduduk ialah motobot (kira-kira 9.1 meter panjang dan 1.8 meter lebar), dan bogog-bogog (kira-kira 1.8 meter panjang dan 0.9 meter lebar). Tikar pula selalunya dibuat oleh kaum perempuan dengan menggunakan daun pandan yang boleh didapati di perahu itu sendiri. Cara membuat tikar agak mudah tetapi memakan masa yang lama kerana ianya dibuat dengan tangan saja. Sebidang tikar yang sederhana besarnya mengambil masa kira-kira sebukan untuk disiapkan. Lazimnya tikar dibuat untuk kegunaan sendiri tetapi adakalanya dijual jika ada orang-orang kampung yang ingin membelinya.
Memandangkan jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Omadal, maka tidak syak lagi bahawa pendapatan yang diperolehi mereka agak rendah dan tidak tetap. Kebanyakan mereka mendapat antara $50 dan $100.00 sebulan. Walaupun kerja-kerja  menangkap ikan dan berkebun kelapa itu tidak mendatangkan pendapatan yang banyak namun, bagi kebanyakan penduduk kerja-kerja itulah yang paling sesuai. Tingkat pelajaran yang amat rendah di kalangan mereka menyebabkan peluang untuk mencari kerja lain amat terhad dan pendedahan yang kurang. Kalaupun mereka mencari pekerjaan di bandar-bandar, paling banyak mungkin mereka diterima sebagai buruh kasar atau pekerja tidak mahir dengan pendapatan yang tidak banyak bezanya dengan pendapatan yang boleh didapati daripada perikanan dan perkebunan. Lagipun, kebanyakan penduduk lebih suka menjalankan kerja-kerja sendiri yang bebas daripada arahan atau aturan luar. Namun begitu dari masa ke semasa ada juga beberapa orang penduduk, khususnya pemuda-pemuda, yang berhijrah ke bandar-bandar yang berhampiran untuk mencari kerja lain, tetapi bilangannya tidak ramai. Dengan pendapatan yang begitu rendah, penduduk umumnya mempunyai taraf hidup yang sangat rendah. Tambahan pula, oleh kerana mereka tidak menghasilkan apa-apa benda melainkan kopra, hasil-hasil lautdansedikit ubi kayu, mereka perlu berbelanja banyak kerana terapksa membeli hamper semua barang yang diperlukan. Antara barang-barang yang perlu sekali dibeli oleh mereka ialah pakaian, beras, garam, gula, kopi, tepung, biskut dan minyak tanah. Pembelian barang-barang ini biasanya dilakukan oleh kaum lelaki kerana kaum wanita jarang-jarang pergi ke Bandar, lazimnya sebulan  sekali saja. Kaum lelakinya pun tidak kerap pergi ke bandar. Lazimnya mereka pergi ke bandar hanya bila ada urusan, misalnya untuk menjual kopra atau hasil laut yang banyak. Dalam sebulan mungkin empat atau lima kali saja, mereka pergi ke bandar. Ini adalah kerana antara Pulau Omadal dan tempat-tempat lain terpaksa menggunakan pengangkutan sendiri atau mendapatkan tumpangan daripada kerabat-kerabat atau kawan-kawan yang ingin ke tempat yang sama. Semua barang yang diperlukan itu hanya dapat dibeli di bandar kerana di Pulau Omadal sendiri tidak ada kedai yang lengkap. Oleh kerana kedudukannya yang agak terpencil, tidak ada penjual barang yang mengunjungi pulau itu melainkan beberapa orang Filipina yang menjual buah-buahan seperti mangga dan langsat. Ketiadaan kedai ini, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, seperti kejahilan penduduk dalam hal-hal perniagaan, kekurangan modal, kesukaran mendapat bekalan dan kesusahan berniaga dengan kerabat-kerabat sendiri. Walau bagaimanapun ada juga seorang penduduk yang cuba berniaga. Perniagaannya dilakukan secara kecil-kecilan saja dan barang-barang jualanya adalah khas untuk kanak-kanak seperti gula-gula, kacang, keropok dan lain-lain lagi. Pada tahun-tahun 1950-an, kesulitan membli-belah tidak dirasai kerana pada ketika itu ada juga sebuah kedai runcit di Pulau Omadal sendiri. Kedai itu telah dibuka oleh satu keluarga Cina, kira-kira pada tahun 1950. Hubungan antara keluarga cina itu dengan penduduk tempatan dikatakan baik sekali. Penduduk yang tidak mempunyai wang juga dibenarkan membeli barang kedai itu secara berhutang dengan menggunakan emas sebagai jaminan. Semua barang keperluan penduduk seperti garam, gula, kain, ubat dan lain-lain, dibekalkan oleh peniaga Cina itu. Di samping menjual barang, peniaga Cina itu juga bertindak sebagai orang tengah bagi penduduk itu. Barang-barang penduduk seperti ikan, sotong, tiram dan lain-lain, dibeli oleh pekedai Cina itu dan kemudian dijualkan pula kepada pemborong-pemborong di tempat lain.
Orang-orang Cina itu sanggup membuka kedai di pulau yang terpencil itu adalah kerana pada tahun-tahun 1950-an Bandar Semporna belum begitu maju dan perniagaan di sana belum tentu dapat mencapai kejayaan seperti yang dapat dicapai di Pulau Omadal itu sendiri. Perniagaan di Pulau Omadal benar-benar membawa keuntungan yang banyak bagi keluarga Cina itu kerana mereka tidak menghadapi apa-apa persaingan baik daripada penduduk tempatan mahupun daripada orang asing. Tetapi malangnya kira-kira pada tahun 1962, kedai itu telah diserang oleh lanun-lanun Filipina. Akibat rompakan itu ketua keluarga Cina itu bersama dengan pembantunya, seorang penduduk tempatan telah dibunuh oleh lanun-lanun itu. Kejadian itu menamatkan riwayat kedai itu kerana isteri dan anak-anak orang Cina itu tidak sanggup menunggu di Pulau Omadal kerana takut kejadian itu berlaku lagi. Dengan tertutupnya kedai itu, penduduk bukan saja menghadapi masalah membeli-belah tetapi juga masalah menjual hasil-hasil tangkapan mereka yang kini terapksa mereka uruskan sendiri. 
 
Sistem organisasi dalam kepemimpinan di Pulau Omadal
Setelah saya banyak membuat kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Bajau Semporna terutama dalam asal-usul kemunculan Bajau di Pulau Omadal. Menurut pendapat-pendapat yang saya temuduga dari penduduk Pulau Omadal dan daerah semporna itu sendiri, bila mereka mula-mula menetap di sini terdapat orang ketua dilantik sebagai penglima mereka merupakan Panglima sebelumnya dan Panglima selepasnya iaitu:

i. Panglima sebelumnya(semasa di Pulau omadal)
- Panglima Abdul Haman
- Panglima Lauhari   
- Orang Kaya Angalon   
- Orang Kaya Apang                     
                        - Melanti
ii. Panglima selepas(semasa di Semporna)
- Panglima Uddang  
- Penglima Jaji
- Penglima Laja Hindi Bin Imam Basarani
- Penglima Abdullah
- Penglima Tun Sakaran Bin Penglima Abdullah
- Penglima Jakarullah Bin Baruddin
- Panglima Sallehangni   
- Panglima Sakti 



                                                Semporna 1952




                                                           Semporna 1970 - 2000

Sejarah Awal Semporna 

Tong Talun' adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Ini kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi/diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah sekarang. Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa politik yang dominan pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada 1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat 'British North Borneo Chartered Company' yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara "untuk selamanya dan berkekalan" kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka. Kuasa lain yang pernah cuba menakluk Semporna termasuklah Belanda, namun mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British disini. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia. Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam. Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad (orang-asli) laut yang dikenali dengan 'Palauh'. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang moden.

Penduduk
Daerah Semporna mempunyai bilangan penduduk seramai 114,989 orang iaitu mengikut banci (banci penduduk dan perumahan Malaysia 2000). Suku kaum Bajau merupakan suku kaum yang terbesar iaitu 63,008 diikuti oleh suku kaum Melayu 3,562, Cina 1,049, Kadazan 604, Murut 43, Bumiputera lain 7,237, Bukan Bumiputera 2,725 dan lain-lain 35,761. 

Pentadbiran
Daerah Semporna mempunyai 11 kasawan mukim dan 117 buah kampung, 118 badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Dua orang Ketua Daerah, 11 orang Ketua Anak Negeri, 13 orang Wakil Ketua Anak Negeri, 108 Ketua Kampung dan 2 orang Ketua Masyarakat Cina. Daerah  Semporna mempunyai pusat pentadbiran yang ditempatkan di Bangunan Urusetia Daerah Pekan Semporna dan diketuai oleh pegawai Daerah Encik Suhali Riman yang merupakan Pegawai Daerah yang ke-36 di samping ketua-ketua jabatan lain seperti Kuasa-Kuasa Tempatan, Jabatan Negeri Persekutuan dan Badab-Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan.
Kawasan Pilihan Raya
Daerah Semporna mempunyai 2 kawasan Pilihan Raya iaitu N.43 Sulabayan yang diwakili oleh Y.B Encik Mohd. Lan Allani dan N.44 Senallang yang diwakili oleh Y.B Datuk Hj Nasir Tun Hj Sakaran selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah. Kedua-dua kawasan Pilihan RayaNegeri iaitu n.43 Sulabayan dan N.44 Senallang adalah termasuk dalam kawasan Pilihan Raya Parlimen P.164 Semporna yang diwakili oleh Y.B Datuk Hj Mohd Shafie Hj Apdal yang juga Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan pilihan raya N.43 Sulabayan ialah 10,832 orang dan kawasan N.44 Senallang mempunyai 15,575 orang. Jumlah pemilih bagi kawasan Parlimen P.164 Semporna ialah 41,604 orang yang juga melibatkan jumlah pemilih bagi kawasan N.45 Balung yang termasuk dalam pentadbiran Daerah Tawau. 

Pulau Omadal sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik amat penting dalam membina persejarahan Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut dan nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran dan tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam. Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad(orang asli) laut yang dikenali dengan ‘Palauh.’ Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum ‘Palauh’ hanya akan singgah ke sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang modern. Daerah Semporna, Sabah dikenali dengan air laut jernih, cahaya matahari yang muncul disebalik horizon dan keputihan pepasiran yang mengelilingi pulau-pulaunya. Terumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohonan kelapa menyerikan lagi panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak terusik dan asli bagaikan masa tidak pernah berdetik walau sesaat tatkala kebanykan tempat sudahpun membangun pesat. 
            ‘Selamat Datang ke Semporna’ standing maksudnya dalam bahasa Melayu dan Bajau ianya ‘sungguh sempurna’ sekali. Daerah Semporna berada pada kedudukan pantai timur Sabah, perjalanan udara daripada bandaraya Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Tawau mengambil masa 45 minit. Dari situ (lapangan Terbang Tawau) mengambil masa 2 jam untuk sampai ke daerah Semporna. Pada umumnya, Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 13,412 hektar (282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Daerah Semporna umpama mutiara di Negeri Sabah dibawah bayu, begitu istimewa dikalangan pencinta alam dan photographer samaada orang tempatan ataupun orang yang mengunjunginya. Keadaan itu, menjadi pertanyaan dan persoalan ini bagaikan terjawab sebaik sahaja bila seseorang menjejak kaki ke sini. Dari jauh kelihatan pulau-pulau peranginan yangberbalam seolah-olah terapung dipermukaan laut. Terdapat 49 pulau keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung orang-orang tempatan. Apabila seseorang mengalihkan pandangan ke arah samudera, ia bagaikan lukisan, kelihatan air laut sejernih Kristal yang bertukar dari hijau zamrud ke hijau tua, dari biru muda ke biru tua. Dasar lautnya jelas kelihatan dengan terumbu karang, ikan-ikan berwarna-warni dan pasir halus memutih bagai melambai-lambai perasaan bila dilawati untuk sama-sama terjun menikmati keindahan alam semulajadinya. Dsini terdapat sebuah pekan yang juga dikenali dengan Semporna. Pekan Semporna menyediakan segala kemudahan dari jabatan kerajaan ke syarikat swasta, dari kedai kecil ke gedung perniagaan besar.
Di Pekan Semporna, anda akan terlihat satu kehidupan masyarakat yang bercampur budaya, bahasa dan bangsa – Bajau, Suluk, Melayu, Cina, kadazan dan ‘Palauh’ hidup harmoni sejak dahulu lagi. Deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar dan perahu-perahu layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya. Memang tidak dapat dinafikan keindahan di Daerah Semporna banyak dianugerah alam semulajadi samaada di dasar laut ataupun didaratan cukup mengagumkan. Ini jelas Daerah Semporna menempatkan pulau-pulau yang indah misalnya Pulau Sipadan yang terkenal kepada penyelam dalam dan luar negeri. Ramai ahli samudera dan penyelam professional datang saban tahun untuk meneroka keindahan lantai lautnya. Kehidupan marin di sini adalah pelbagai dari hidupan mikro ke kerang gergasi, dari ikan buran ke jerung harimau dan dari udang geragau ke ‘lobster’ menjadi sebab mengapa penyelam ini datang ke mari. Tarikan lain seperti dinding dan gua melangkapkan lagi penerokaan bawah laut, kini menjadi sunjungan pelawat dalam negeri ataupun luar Negara ke pulau-pulau di daerah Semporna adalah Pulau Mabul, Pulau Mataking, Pulau Kapalai, Pulau Pom-Pom dan Pulau Sibuan sebagainya, namun terdapat banyak beberapa pulau yang masih belum dimajukan lagi oleh Taman-Taman Sabah memainkan peranan penting untuk menjaga keindahan kepulauan yang ada di Semporna. Termasuklah Pulau bukti Tiga, Pulau Sebangkat, Pulau Bulut Sirunong dan banyak lagi yang ada dipersekitaran di Dearah Semporna.
Tidak dinafikan, era sebelum dan selepas kemajuan yang berlaku di daerah Semporna, boleh dikatakan kemajuannya agak perlahan dan dikatakan daerah Semporna khasnya kampong air di Semporna begitu ramai melahirkan beberapa pemimpin dan ulama hingga kini, walaupun penjajah ketika itu terdiri British, Inggeris dan Jepun. Yang mula-mula terbina bangunan asasnya adalah Balai Raya yang berbuat daripada kayu kini sudah tiada dan kini tempatnya adalah taman untuk berehat yang berhampiran dengan bangunan lama iaitu bangunan USIA merupakan bangunan tertua di Daerah Semporna, dan seterusnya pembinan masjid ar-Rahman merupakan masjid yang pertama dan dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman dimana masjid ini berhampiran dengan kampong air yang pertama dibuka di daerah Semporna dan Perdana Menteri yang pertama sejak kemerdekaan Tanah Melayu dari British, Sekolah Pekan Semporna merupakan sekolah pertama yang berdekatan dengan Balai Polis lama kini penempatan itu diganti dengan perpustakaan dan mahkamah yang mana ia berdekatan dengan Telekomunikasi, Pejabat Daerah Semporna yang berdekatan dengan ‘Tugu Peringatan’ dan khemah askar serta perumahan kerajaan, Hospital Semporna yang berhampiran dengan penempatan perkampungan iaitu kampung Bangau-Bangau dan kampung Panji, Dewan Masyarakat Datuk Haris terbina semasa pemerintahan dibawah kepemimpinan Dato’Haris dibawah Parti BERJAYA, walaupun di daerah Semporna dikuasai oleh suku kaum Bajau, namun mereka tidak mampu melahirkan ahli perniagaan hanya segelintir kecil sahaja, akui sejak kedatangan cina khas di Pulau Omadal dimana perniagaan cina itu telah membuka ruang untuk berniaga di pulau tersebut tetapi ahli perniagaan cinta telah terbunuh dalam satu tragis iaitu satu rompakan dari lanun-lanun dari Filipina yang menyerang Pulau Omadal ketika itu termasuk pembantunya orang tempatan terbunuh. Keadaan itu, terus berubah kedudukan perniagaan cina itu beralih ke Pekan Semporna, menyebabkan perniagaan cina tersebut, warisnya terus menempat di Pekan Semporna hingga kini. Namun, keturunannya ahli perniagaan itu masih mengunjungi Pulau Omadal sebagai peringatan kepada nenek moyang mereka. Keturunan ahli perniagaan itu, dapat kita sendiri, apabila kita mengunjungi Daerah Semporna, mereka menjadi pembuka perniagaan yang sungguh aktif dan bertahan lama sebagai perniagaan pewaris bangsa China di Pantai Timur, Sabah khasnya di Semporna. 

‘Kampung Ayer’ Semporna Pusat Kelahiran Pemimpin Daerah Semporna Yang Berstatus Sultan Dan Menteri Ahli-ahli Yang Berhormat, Ulama dan Penghulu serta penglima Tetapi Bertarap Setinggan. 
 
                                                      Penglima Dato' Tun Sakaran Dandai  


YB Dato' Shafie Afdal

YB Dato' Nasir Bin Tun Sakaran Dandai

Penglima Laja N.C Hindi Bin Imam Hj Basarani
dan isteri Hajjah Zaleha Binti Imam Hj Palah

Imam Hj Palah

YB Basalie Bin Hj Andul Hamid

YB Dato' Samsu Baharun Bin Hj A.Rahman

Sejarah Sabah atau North Borneo banyak dipengaruhi oleh masyarakat Kampung Ayer baik dari sudut sosial, ekonomi, agama. Perniagaan dan politik, parti kemerdekaan Sabah sendiri wujud di Kampung Ayer Kudat setelah perbincangan diadakan oleh masyarakat Kampung Ayer dalam satu majlis kenduri disana bagi membentuk Pertubuhan Kebangsaan Sabah(U.S.N.O) yang diketuai oleh bapa kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Datuk Haji Mustapha. Dalam rancangan menghidupkan Parti Kemerdekaan Sabah Semula dimulakan juga dari Kampung Ayer Semporna di rumah Allahharham Haji Abdul Salleh Khatib Ali@Khatib Gururani oleh Anak Allahyarham Tun Datuk Haji Mustapha iaitu Datu Haji Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha pada 26hb. September 2007 yang hamper terbakar baru ini salam satu kebakaran besar yang mengorbankan 4 nyawa pada 15hb.Disember 2009. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penduduk dan peneroka asal kampong Ayer iaitu Abdullah Sani Hj Abdul Salleh, dia melihat perkembangan keadaan sebenarnya apa yang berlaku terhadap Kampong Ayer yang mana dianggap satu penempatan banyak melahirkan ramai pemimpin, ulama dan ahli fikir serta ilmuwan.
Tetapi daripada lebih 100 perkampungan dan penempatan awal atau perkampungan yang mempunyai tuan yang bergelar KETUA KAMPUNG dan mempunyai P.JKKK tiada satu pun berstatus sah mengikut undang-undang atau akta Tanah Kerajaan Negeri Sabah, ini bererti semua kampong ini terus berstatus ‘STATUS SUATTER’ atau ‘SETINGGAN’(Penempatan haram) mengikut pandangan BANGSA PENYEWA dan pihak Kerajaan Negeri Sabah. Bukan ke ini, amat mengejutkan kita, bagi DAERAH SEMPORNA yang diwakili oleh dua orang MENTERI KABINET di Peringkat Negeri (Datuk Nasir Tun Sakaran) dan Peringkat Nasional (Datuk Seri Shafie Apdal) kedua-duanya juga berasal dari KAMPUNG AYER SEMPORNA, namun kawasan yang mereka wakili adalah kawasan ‘Squatters’ atau ‘Setinggan’ sejak 46 tahun 46 kita mencapai KEMERDEKAN.’ Datuk Shafie dan Datuk Nasir perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini supaya masyarakat persisiran yang mereka wakili terus terbelah masa depanya, pemberian bantuan beribu-ribu dan berjuta-juta pun tidak memberi makna kepada bangsa dan masyarakat ini jika ‘Dignity’ mereka masih masih dianggap HARAM dan SETINGGAN oleh pihak luar atau bangsa lain dan lebih sedih serta amat memalukan jika mereka dianggap P.T.I (Penempatan Tanpa Izin) di Tanah Air sendiri.
‘Ramai tidak mengetahui istimewanya ‘Kampung Ayer Semporna’ berbanding Perkampung Ayer  di Kampung Sembulan, Kampung Petagas, Kampung Air Tuaran, Kampung Kota Belud, Kampung Air Kudat, Kampung Air Beluran, Kampung Air Sandakan, Kampung Air Lahad Datu, Kampung Air Kunak dan Kampung Ait Tawau, dimana Kampung ayer Semporna dikatakan pusat ramai melahirkan Pemimpin Daerah Semporna yang berstatus sulitan dan menteri ahli-ahli yang berhormat tetapi bertarap setinggan.’  
Kampung Air dianggap sebagai penempatan kedua selepas Pulau Omadal kerana penempatan ke tanah besar dalam perpindahan beramai-ramai yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di Pulau Omadal ke Tanag Besar telah membawa perubahan amat besar khasnya kaum suku kaum Bajau  itu seniri  hinggakan kampung Air dianggap kampung ramai melahirkan tokoh pemimpin berwibawa dan Imam. Tidak semua tahu sejarah sebenarnya Kampung Air misalnya Tun T.Y.T Sakarani, Datuk Sapie Hj Apal, Datuk Nasir anak kepada Tun Sakarani, Tuan Hj Wahab Ibnu Said, YB Abdillah Abdul Hamid,  YB Hj. Salleh Kalbi, YB Dato Samsu baharun Hj Abdul Rahman, Hj Abdul Razak Bin Hj Palah, YB Basri Bin Hj Tarrai, Noraidah Hj Abdul Salleh, Hj Ispal Hj Addok, Imam Jayari, Imam Penghulu Hindi, Penglima Uddang, Penglima Jaji. Kini Kampung air telah dianggap penempatan warisan bangsa dan negara di Pantai Timur Sabah khasnya Semporna.
Disinilah saya dilahirkan iaitu Kampung Ayer Semporna, kampong ini penuh dengan sejarah yang tersendiri dan mulanya tapak kedudukan Pekan Semporna disini. Memang diakui keindahan alam semulajadinya  Semporna khasnya Kampung Ayer cukup indah alamnya ketika subuh dan ketika senja dimana hadapannya kedudukan Kampung Ayer terus dianugerah sumber alam cukup tinggi nilainya. Lautannya yang membiru dan menghjiau serta dasar-dasar lautan yang bersih sampaikan dasar pasir boleh dilihat begitu jelas ketika mentari ditengahari, ini ditambahkan dengan kepulauan yang terkenal keunikan dan  perkampungan yang berkedudukannya di atas pasir cukup mempesonakan. Jika seseorang datang ke Semporna sudah pasti ia akan terasa ruangnya untuk berfikir tentang Semporna pasti ia menilainya Semporna. Pada umumnya, Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar(282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu ‘Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Keindahan alam semulajadinya yang sebahagian dari pulau-pulaunya dikelilingi oleh terumbu karang telah menjadikannya yang terunggul di rantau ini dan sebagai tempat tarikan pelancong yang digemari. ‘Tong Talun’ adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti ‘Hujung Hutan’ dalam istilah suku kaum Bajau Semporna. Orang yang betanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Penglima Uddang, Penglima Sallehangni dan Penglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Oleh kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi dan diselubungi oleh hutan belantara diawal penemuannya, maka nama Tong Talun telah ditukar dengan nama Semporna yang membawa pengertian ‘tempat yang aman atau damai sehinggalah sekarang.
Ibu pejabat Bahagian Parti Kemerdekaan Sabah USNO bagi daerah Semporna pada tahun 1960-an terletak di Kampong Air Semporna di tapak Madrasah kampong ini yang telah melahirkan pemimpin hebat dan ternama serta termasyur di negeri ini dan juga negara ini. Di mana kedudukan kampong Ayer ini dapat kita bahagikan beberapa loronng-lorong utama iaitu Tun Sakaran Bin Dandai Mantan TYT Negerai Sabah yang tinggal di Kampung ayer ‘Lorong 4’ (USNO-UMNO), Dato’ Nasir Tun Sakaran Menteri di Jabatan Ketua Menteri dari Kampong Air Lorong 4’ (USNO-UMNO) Dato’ Shafie Hj Apdal Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari kampong Air. ‘Lorong 4’ (UMNO), manta YB Bugaya Dato’ Basalie Hj. Abdul Hamid Setiausaha Kerja Barisan Nasional Sabah dari Kampung Air Lorong 5 (UMNO), mantan Timbalan Menteri Luar Bandar YB Abdillah Abdul Hamid dari Kampung Air Lorong 2 atau Kampung Air Look Wanni(Parti BERJAYA dan PKR) dan beberapa pemimpin lain yang yang pernah berkhidmat terhadap masyarakat daerah ini seperti mantan YB. Marasal KK Lais dari Kampung Air Lorong 8 atau Kampung Air Rest House(PBS), YB Dato Samsu baharun Hj Abdul Rahman Mantan MP Lahad Datu dari Kampung Air Lorong 6 atau Kampung Air Sumil(UMNO) dan YB Hj. Salleh Kalbi Ahli Parlimen Lahad datu dari Kampung Look 10 (UMNO) mereka semua berasal dari kampong ini dan pernah menjadi remaja serta belia kampong ini satu ketika dulu walaupun mereka telah berhijrah dari kampong ini namun rumah asal mereka masih kekal di kampong ini bagi mengekalkan identity asal mereka terhadap satu perkampungan yang dianggap mempunyai ‘sentimental value.’
            Tidak kurang juga beberapa ahli politik terkenal daerah ini yang lahir dari kampong ini seperti Tuan Hj Wahab Ibnu Said(Parti BERSIH) dari Kampung Air Lorong 4, Hj Abdul Razak Bin Hj Palah (Parti PRS) dari Kampung Air Lorong 4, haji Mahmud Hj. Manusur (Parti BERJAYA) dari Kampung Air Lorong 1, Noraidah Hj Abdul Salleh (BARISAN SABAH) dari Kampung Air Lorong 3 atau (calun dari golongan Wanita Pertama daerah Semporna bagi Parlimen Semporna 2004), Hj Ispal Hj Addok (AMT Parti PBS) dari Kampung Air Lorong 2, Abdul Aziz Hj Abdul Hamid(Parti Keadilan) dari Kampung Air Lorong 2 dan Abdullah Sani Hj Abdul Salleh dari Kampung Air Lorong 3, Semporna. Pencapaian mereka ke tahap yang amat tinggi sehingga ada yang menjadi TYT (Tuan Yang Terutama Negeri Sabah) atau Sultan Sabah, menjadi Menteri Kabinet dan mencipta sejarah Negara khasnya Negeri Sabah untuk menjadi orang No.3 orang menteri penuh yang masih memegang jawatan serta berkuasa menentukan masa depan Kampung Ayer, Semporna.

Pengwartaan Kampung Air, Semporna    
Bila saya melihat dan mengkaji kertas kerja yang dilakukan oleh Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh salah seorang anak kampong ini, memperjuangkan hak asal-usul ‘Perkampungan Air Semporna’ yang berkaitan dengan ‘Laporan Khas Dan Cadangan’ – Kampung Ayer Semporna. Di mana saya dapati tindakannya ini amat saya setuju kerana ini adalah mengekalkan satu tempat pernah menempatkan semua pemimpin, para ulama dan ilmuwan yang berjaya mengangkat diri anak watan ke peringkat yang lebih tinggi. Seharusnya pihak tertentu yang lebih tahu haruslah memberi ruang untuk berfikir supaya kedudukan ini dijadikan ‘Perkampungan Kekal atau Kampung Warisan’ harus dipertahankan kita semua yang masih berada diperkampungan tersebut. Apa yang disampaikannya adalah dokumen itu berulang-ulang say abaca dan begitu jelas ia samapikan apa permasalahan masyarakat Persisir Pandai di Negeri Sabah dan masa deapannya bagi penyelesaian menyeluruh, walaubagaimanapun ianya bukanlahkajian ilmiah yang dibuat secara terperinci tetapi boleh digunapakai sebagai bahan rujukan generasi akan datang, mengkaji sejarah, social, ekonomi, politik perkampungan ini yang telah diterokai oleh masyarakatnya bagi mengekalkan budaya warisan bangsa. Keadaan ini, saya mula memasuki hal yang diperjuangkan oleh beliau yang masih bermustautin di kampong ini sehingga tarikh peristiwa kebakaran besar 15hb, Disember 2009 yang mendorong beliau untuk mengabadikan sejarah dan profile Kampung Air sebagai tetapan generasi akan datang.  
            Usul ini telah diterima oleh pihak Majlis daerah Semporna (local Government) secara sebulat suara tanpa bantahan dan telah meluluskannya dalam satu resolusi bagi pengwartaan ‘Kampung Air Semporna.’ Pada tahu 1996, perlantikan beliau sebagai Ahli Council Daerah Semporna telah ditamatkan uang menyebabkan pihak saya gagal untuk menyuarahkan masalah Kampung Ayer bagi maksud ‘Pengwartaan’ rancangan itu tertanggu selama 12 tahun. Pada tahun 2008-2009 rancangan mewartakan Kampung Ayer Semporna timbul semula dan saya difahamkan pihak pentadbiran daerah telah membuat keputusan bahawa Kampung Ayer harus dikekalkan sebagai Kampung Warisan. Kampung Ayer telah menjadi warisan masyarakat pesisir pantai sekian lama, menurut rekod pengujudan Kampung Air boleh dilihat melalaui pengujudan masjid lama Kampung Ayer iaitu  Masjidul al-Rahman Bertarikh 1937 menunjukan perkampungan ini lebih awal dari tarik berkenaan dan terbahagi kepada 10 lorong penempatan berpusat yang wujud secara berperingkat-peringkat antara 1887-1980an. 9 lorong jambatan atau wharf dan 1 look atau teluk di Kampung Ayer Semporna telah wujud secara berperingkat mengikut peneroka masing-masing yang majoritinya dari Pulau Bum-Bum Semporna dan masyarakat Simunul, Sibutu dan Brunei. Peneroka awal penempatan Kampung Ayer adalah penduduk asal Daerah Semporna yang datang dari Kampung Tangal Pulau Bum-Bum majoritinya adalah keturunan Legasi Magindora atau keturunan Khatib Sarahari Bin Imam Salamat di lorong 3,4,5,6,7,9 berkongsi penempatan bersama masyarakat Brunei lorong 1, China Lannang Lorong 6, Simunul dan Sibutu di lorong look 10 dan sebahagian kecilnya suku-suku keturunan Philippines. Penghijraan besar-besaran kumpulan ‘Islander’ masyarakat pulau berhijrah ke ‘Mainland’ tanah besar adalah disebabkan negara ini telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 semata-mata untuk menyahut pembangunan negara. 
________________________________
Rujukan:
Dalrymple, Alexander. (1808). Oriental Repertory. London: n.p.
Forrest, Thomas. (1792). A Voyage from Calcutta to the Mergui Archipelago Lying on the East Side of the Bay of Bengal. London: G. Scott.
Gunsi Saat. (2008). Suku Etnik Bajau: Urbanisasi, Perubahan, dan Pembangunan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://pkkmsabah.blogspot.com/2010/01/lepa-motif-struktur-dan-ragam-bentuk_15.html [diakses
di Kota Kinabalu, Sabah: 9 Oktober 2009].
http://www.royalpanji.net/sulu_sultanate_flags_-_4.html [diakses di Kota Kinabalu, Sabah: 9
Oktober 2009].
Lawrence, Kintau. (2010). Lepa, Motif, Struktur dan Ragam Bentuk”. Wujud dalam talian http://
pkkmsabah.blogspot.com/2010/01/lepa-motif-struktur-dan-ragam-bentuk_15.html [diakses
di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia: 9/10/2010].
Sather, Clifford. (1997). The Bajau Laut: Adaptation, History and Fate in a Maritime Fishing Society of South Eastern Sabah. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Sopher, D.E. (1965). The Sea Nomads: A Study of the Maritime Boats People of Southeast Asia. Singapore: National Muzeum Singapore.
Tembual bersama Haji Bokara Maharaja Onong, mengenai sejarah dan asal-usul lepa dan sambulayang, di Semporna, Sabah, Malaysia, bertarikh 14 Mac 2009.
Temubual bersama Haji Musari Eddeh, mengenai pembuatan lepa dan sambulayang, di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum, Sabah, Malaysia, bertarikh 14 Mac 2009.
Temubual bersama Imam Malang Imam Jamlang, mengenai susur-galur suku kaum Bajau di
Sabah, di Pulau Omadal, Sabah, Malaysia, bertarikh 15 Mac 2009.
Temubual bersama Haji Bokara, mengenai susur-galur suku kaum Bajau di Sabah, di Pulau Bum-Bum, Sabah, Malaysia, bertarikh 14 Mac 2009.
Warren, Carol. (1983). Ideology, Identity, and Change: The Experience of the Bajau Laut of East Malaysia, 1969-1975. Townsville, Queensland: James Cook University of North Queensland, Southeast Asian Monograph Series 14.
Warren, Francis James. (1972). “The North Borneo Chartered Company’s Administration of the
Bajau, 1878-1909” dalam Sabah Society Journal, Vol.5.
Warren, Francis James. (1981). The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamic of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of A Southeast Asian Maritime State. Singapore: Singapore University Press.
Warren, James Francis. (2000). The Global Economy and the Sulu Zone: Connections, Commodities, and Culture. Quezon City: New Day Publishers.
Warren, James Francis. (2002). Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding, and the Birth of Ethnicity. Quezon City: New Day Publishers.
Yap Beng Liang. (1993). Orang Bajau Pulau Omadal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alister, Mathison & Geoferry Wall. (1991). Pelancongan: Impak Ekonomi, Fizikal, dan Sosial.       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buckley, R. (2000). A Framework of Ecotourism. Griffth, Australia: Griffth University.
Cooper, C. & S. Wanhill. (1996). Tourism. London: Pitman.
De Kadt, E. (1979). Tourism: Passport to Development. Oxford: Oxford University Press.
Din, K.D. (1982). “Tourism in Malaysia: Competing Needs in a Plural Society” dalam Annal of
Tourism Research, 9, ms.453-480.
Din, K.D. (1984). “Tourist Regions and Development Problems in Malaysia” dalam Ilmu Alam,
12 & 13, ms.65-82.
Din, K.D. (1986). “Differential Ethnic Involment in the Penang Tourist Industry: Some Policy
Implications” dalam Akademika, 29, ms.3-20.
DS [Discovering Sabah]. (2001). Natural History Publications: Borneo. Kota Kinabalu: t.p.
Emma binti Tingkas. (2007). “Komunikasi Pengurusan: Gaya Komunikasi di Kalangan Pengurus
Wanita, Satu Kajian Kes PERKESO”. Tesis Master Tidak Diterbitkan. Kota Kinabalu: Sekolah
Sains Sosial UMS [Universiti Malaysia Sabah].
Franz, J.C. (1985). “Pattaya, Penang, Bali: Asia’s Leading Beach Resorts” dalam Tourism Recreation Research, 16, ms.542-563.
Gossling, S. (2003). Tourism and Development in Tropical Islands: Political Ecology Perspectives. Bodmin, Cornwall: MPGI Books Ltd.
Hoffmann, N. (1979). A Survey of Tourism in West Malaysia and Some Socio-Economic Implications. Singapore: Research Notes and Discussion Series ISEAS [Institute of South East Asian Studies].
Jafar Jafari. (2000). Encyclopedia of Tourism. London and New York: t.p.
Jennifer Kim Lian Chan & Balvinder Kaur Kler. (2001-2002). “Working in the Tourist Sector: The Case of Women Employees of Hotel Kinabalu, Sabah” dalam Jurnal Kinabalu, Bil.7 & 8.
Kedit, P.M. (1980). A Survey on the Effects of Tourism on Iban Longhouse Communities in the Skrang
District, Second Division, Sarawak. Kuching, Sarawak: Sarawak Museum Field Report, No.2.
Michael Patrick Wong. (1996). “Sipadan Borneo’s Underwater Parade” dalam Sabah: Natural History.Kota Kinabalu, Sabah: Publication (Borneo) Snd. Bhd.
Mohd Shahwald et al. (1991). ”Tourism Travel and Expenditure Profil in Malaysia: An Overview”dalam Akademika, 39, ms.151-169.
NEPM [National Ecotourism Plan Malaysia]. (2000). Current Status of Ecotourism in Malaysia, Part 4. Kuala Lumpur: NEPM.
NPWO [National Parks and Wildlife Office]. (1984). “A Proposal to Constitute Batang Ai National
Park in the Second Division of Sarawak”. Unpublished Report. Kuching, Sarawak, Malaysia: National Parks and Wildlife Office.
Oppermann, M. (1991). “Tourism in Malaysia: The Spatial Difference” dalam Ilmu Alam, 20,
ms.67-80.
Pearce, D.G. (1987). Tourism Today: A Geographical Analysis. London: Longman.
Peter Chay. (1988). Sabah Below the Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd.
Pirjevic, B. (1989). “Manpower as a Tourism Development Factor” dalam Acta Turista, 1(1),
ms.108-114.
Reed, R.R. (1979). “The Colonial Genesis of Hill Stations: The Genting Exception” dalam Geographical Review, 69, ms.463-468.
Rodrigo, J. (2000). The Beautiful Malaysia. Leiden, Netherlands: New Holland (Publishers) Ltd.
Rogayah Anak Lian. (2007). “Persepsi Pelawat Terhadap Taman Bukit Tawau sebagai Lokasi
Ekopelancongan”. Tesis Master Tidak Diterbitkan. Kota Kinabalu: Sekolah Sains Sosial UMS
[Universiti Malaysia Sabah].
Sabah Borneo. (1993). Insight Pocket Guides. Kota Kinabalu: APA Publication (HK) Ltd.
SGS [State Government of Sabah]. (1995). Outline Perspective Plan Sabah, 1995-2000. Kota Kinabalu: SGS. SGS [State Government of Sabah]. (1996). Sabah Tourism Masterplan. Kota Kinabalu: SGS.
Spencer, J.E. & W.L. Thomas. (1948). “The Hill Stations and Summer Resorts of the Orient” dalam Geographical Review, 38, ms.637-651.
STB [Sabah Tourism Board]. (2008). “Visit Sabah Malaysian Borneo: Malaysia’ First World Heritage Site and Sorrounding Attractions” dalam Risalah.
Suraya binti Sood. (2007). “Pelancongan Tanah Tinggi Kundasang dan Impilikasinya Terhadap
Sosioekonomi Komuniti Tempatan: Kajian Kes Kampung Mesilau”. Tesis Master Tidak
Diterbitkan. Kota Kinabalu: Sekolah Sains Sosial UMS [Universiti Malaysia Sabah].
TDC [Tourist Development Corporation]. (1989a). Hotel Guest Statistics 1989. Kuala Lumpur: TDC.
TDC [Tourist Development Corporation]. (1989b). Supply of Rooms in Malaysia as at 31 December 1989. Kuala Lumpur: TDC.
Weaver, D.B. (2001). The Encyclopedia of Ecotourism. New York: CABI Publishing.
Williams, A. & G. Shaw. (1988). “Tourism: Candyfloss Industry or Job Generator?” dalam Town
Planning Review, 59, ms.81-103.
Win Dankers. (1991). “Spatial Distribution of the Organized and Non-Ogranized Tourism in
Malaysia: Some Policy Implication” dalam Ilmu Alam, 20, ms.21-23.