Kenapa kita tidak dapat melahirkan orang-orang ilmuwan – Daerah Semporna
Dari Penulis
Kita bersyukur kepada Allah SWT, anak-anak Semporna sudah meningkat naik dalam kejayaan yang dicapai oleh mereka melalui usaha sendiri hinggakan ada diantara mereka berjaya pelbagai bidang. Saya cukup kagum dengan keadaan itu? Sebenarnya ada perkara yang harus kita fikirkan lebih kehadapan? kemana keadaan kejayan-kejayaan itu harus dikembangkan dan bagaimana kejayaan itu diterjemahkan kepada kemajuan Daerah Bernama Semporna? Sungguh luas andai ini? Saya sering melakukan kajian bila berada di sekitar daerah Semporna?
Saya melihat kerenah orang-orang Semporna di mana-mana sahaja berada, kadang-kadang saya bersama keluarga saya sambil melayan mereka dan sambil memikirkan perihal corak budaya orang-orang Semporna. Mereka rajin menyentuh pelbagai kejayaan hinggakan gerakan hidup mereka membuatkan saya ingin belajar kepada mereka. Secara umumnya, kehidupan orang-orang Semporna ada diantara tidak berpendidikan dan ada diantara berpendidikan. Pecahan itu dapat kita lihat dalam pandangan kita sendiri jika kita berada disekitarnya.
Dari pagi hingga ke petang mereka sudah sedia mencari hidup pelbagai semangat yang tinggi tapi ada juga diantara mereka yang lemah dan malas melakukan perubahan sentiasa terenung dan terenung seolah harapannya sudah tiada, hidup susah dan senang sentiasa berada didaerahnya tersisir dan meminta-minta dimana-mana ada, ini jelas terlihat di KFC, Pasar Ikan, Supermarket Meilimewa, Supermarket Giant, Supermarket D’Mart, Supermarket Perima dan Tengah-tengah Bulan Gaji terhimpun perminta sedekah berpelusuk-pelusuk datang. Inilah kerenah mereka tidak mampu mencari hidup disebabkan tekanan hidup ataupun mereka tidak diberi ilmu kepada mereka sudah berjaya..sungguh sedihkan! Tapi mereka mampu tersenyum dan gembira serta ceria setiap hari mereka tidak pernah sakit hati, dengki kepada sesiapa pun, mereka tiada tempat hidup seperti kita, seolah hidup mereka bagaikan lukisan yang bergerak didepan mata kita…..agak seronok juga kan jika ditengok kerenah mereka ini…..mereka penuh semangat!
Kehidupan orang-orang Semporna cukup unik dan menggembirakan keadaannya bila seseorang itu kali pertama datang terasa dirinya berada di zaman perkampungan melayu lama, masih menjaga adat dan tradisional, corak hidup mereka sentiasa dikembangkan melalui pelbagai sudut dan tempat ada yang mencari hidup. Kejayan dan kemajuan yang dicapai di daerah Semporna berperingkat-peringkat kedudukannya bukanlah diukur melalui kejayaan daripada pangkat, kedudukan, gelaran, PhD dan pemimpin, tetapi apa yang penting adalah melahirkan tokoh ilmuwan begitu payah untuk kita lahirkan. Kenapa berlaku? Saya suka melihat masa kini anak-anak baru ramai berjaya dengan penampilan diri cukup dibangga dengan bersama kejayaan dicapai dan ditambah pula dengan pelbagai kelulusan yang berbeza dari universiti tempat. Mereka pulang penuh semangat tinggi dan riak wajah mereka penuh yakin hinggakan mereka dihormati dan menjadi rujukan serta menjadi idola. Saya cukup kagum keadaan itu?
Tapi kita tidak terfikir ke semua itu? jika dihimpunkan akan melahirkan seorang tokoh, tapi tak seorang berani bertindak berani malah kebanyakan kita banyak membuang masa menampilkan diri dengan kejayaan kita capai selama ini, saya tidak mengatakan untuk sesiapa tetapi untuk menyedarkan kepada orang-orang Semporna. Kita akui, ramai dikalangan pemimpin lahir di Daerah Semporna termasuklah Panglima, Panghulu serta ulama yang bertaraf sultan. Tetapi wajah Daerah Semporna masih tidak merasa arus pembangunan dan kejayaan setiap pemimpin yang dilahirkan ada pun hanya segolongan sahaja. Susah untuk dihuraikan kenapa ini berlaku? Ini janji, itu janji dan di mana-mana ada janji?.....janji tiada kesudahannya
Kata orang; ‘Orang berilmu mesti banyak pendapat, orang ilmu banyak cadangan hanya golongan yang berusaha mengubah keadaan tapi segolongan pandai cakap tapi tak tidak dibuat, inilah kehebatan manusia…’
Sebenarnya orang-orang Semporna boleh diubah dengan melalui ilmu dan agama? Saya petikan kata-kata Ibnu Khaldun,
‘Sebenarnya bila kita menjadi hamba yang dianugerahkan pelbagai kemahiran, gunakanlah kemahiran itu dengan berdamping pelbagai masyarakat disekitarmu, dengan akan timbul satu perkara kepada kita sendiri bagaimana kita haruslah fikirkan bagaimana kita untuk mengubah suasana hidup orang-orang sekeliling kita, sudah pasti dengan ilmu dan agama, dua ikatan ini sering berkait.’
Keadaan ini harus difikirkan oleh pemimpin-pemimpin Semporna, tidak salah kumpul harta dan cari pengaruh mesti ke jalan benar kerana Allah……..
Sikap ada kepentingan didalam diri kita sudah pasti keadaan itu sukar tercapai......ini jelas sekali apa yang sedang berlaku sekarang ini?.........
No comments:
Post a Comment