Saturday, April 2, 2011

Plan Pembakaran Al-Quran Pada 11 September 2010

Dari Penulis 


Seorang paderi berpangkat Pastor di Amerika Syarikat akan menjalankan hari pembakaran Al-Quran pada 11 September 2010 sempena mengenang tragedi 11 September 2010  (link berkaitan) yang dirancang yahudi yang telah meruntuhkan menara World Trade Center. Semua sedia maklum ini hanya satu set up kerana sebelum World Trade Center rebah, Rockafella telahpun membuat polisi insuran pada jumlah yang sangat besar pada menara berkenaan. Ironiknya, wang yang diterima hasil pampasan dari tragedi terancang itu digunakan untuk membina menara baru di Ground Zero bernama Freedom Tower yang dijangka menjadi menara tertinggi di dunia apabila pembinaannya selesai, dan ia dibina oleh syarikat yang dipegang oleh kumpulan Rockafella.
Baik, jadi Pastor ini telah pun mengedarkan bernaskah-naskah Al-Quran kepada pengikutnya untuk dibakar di Gainsville. Beliau telah menerima hampir 100 ugutan bunuh dari pelbagai pihak atas tindakan yang dilakukan. Ramai yang membangkang antaranya Tony Blair, Ban Ki-Moon, White House, Vatican dan Angelina Jolie. Ana rasa ini hanyalah bangkangan di media saja. White House dan Vatican terutamanya risau kerana hal ini pasti akan meledakkan apa yang pernah berlaku selepas peristiwa 11 September iaitu “SEMAKIN RAMAI MEMBACA AL-QURAN KERANA INGIN TAHU” hinggakan Al-Quran menjadi jualan buku paling laris di kedai-kedai terutama di Eropah dan Amerika.
Walhal, penambahan mendadak umat Islam di Eropah dan Amerika meningkat hinggakan ada spekulasi mengatakan Amerika dan Eropah akan menjadi sebuah negara bermajoriti Islam tidak lama lagi. Tapi bagus juga kenyataan Tony Blair, bila dia mengatakan “Saya lebih menggalakkan mereka membacanya (Al-Quran) daripada membakarnya…”.  Sudah pasti mereka semua ini mempunyai muslihat tersendiri tetapi tiada yang lebih hebat dari muslihat Allah.
Sedikit informasi tambahan, sila betulkan ana jika salah. Pada zaman Saidina Uthman, Al-Quran yang telah ditulis di pelbagai lembaran dan buku oleh individu terasing telah dihimpunkan dan dibukukan semula. Maka lima salinan telah dibuat dan dihantar ke lima tempat antaranya Baghdad dan Madinah (jika ana tidak silap). Lima salinan Al-Quran ini menjadi “master copy” bagi Al-Quran yang dicetak selepasnya. Oleh sebab itulah, sekiranya kita ke muzium yang menempatkan salah satu Al-Quran ini, kita dapat lima “TIADA” yang berbeza antara Al-Quran yang ditulis pada zaman itu dan sekarang. Masya-Allah.
Baki cebisan Al-Quran yang dihimpun dari lembaran itu dibakar supaya mengelakkan kekeliruan dan kekacauan akibat perbezaan yang kadang-kala kita sendiri tidak terfikir. Antara sebab lain sudah pastilah kerana berlaku peperangan dan terlalu ramai tahfiz dijemput Allah maka khalifah pada zaman itu perlu berbuat sesuatu. Rasulullah s.a.w mengharamkan pembukuan Al-Quran pada zaman baginda kerana baginda masih ada dan mengelakkan kekeliruan. Maka, apa yang berlaku pada zaman Uthman adalah satu ilham yang Allah berikan kepada khalifah di zaman itu, bersesuaian dengan keadaan.
Oleh sebab ini jugalah Imam Hassan Al-Basri yang mengatakan bahawa Khulafa Ur-Rasyidin kelima adalah Khalifah Umar Abdul Aziz, cucu Khulafa Ur-Rasyidin kedua iaitu Khalifah Umar Al-Khattab kerana pemerintahan beliau sangat adil dan saksama, meskipun hanya bertahan selama dua tahun sebelum beliau diracuni oleh ahli keluarga terdekat. Khalifah Umar Abdul Aziz telah diberi ilham oleh Allah untuk menghimpunkan dan membukukan hadith dan usaha murninya telah disambung oleh khalifah seterusnya hinggalah kini kita mampu membaca dan menghafal hadith yang dihimpun contohnya oleh Imam Bukhari dan Imam Tarmizi.
Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada Pastor Terry Jones, serta pengikutnya yang menerima senaskah Al-Quran yang tergerak hati membacanya dan mengetahui dengan sendiri keajaiban Kalam Allah yang merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita, umat Islam, untuk kembali kepada Al-Quran dan hadith kerana Rasulullah S.A.W telah berpesan bahawa sekiranya kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita tidak akan sesat.
Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

No comments:

Post a Comment