Wednesday, February 26, 2014

Majid mulakan misi jalan kaki

KUALA LIPIS 1 Jan. - Seorang pengawal keselamatan, Abdul Majid Abdul Hamid, 57, memulakan misi berjalanan kaki selama dua minggu bermula di bandar ini sehingga ke Stadium Darul Makmur, Kuantan hari ini.

Pelepasan misi pengawal keselamatan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad di pekarangan Wisma UMNO Bahagian Lipis pukul 10 pagi.

Menurut Abdul Majid, hasrat itu dilakukan sebagai sokongan kepada Skuad Pahang yang akan menentang pasukan Lion XII dalam perlawanan Piala Sumbangsih di stadium tersebut pada 17 Januari ini.

"Saya akan berjalan kaki selama 17 hari dan akan singgah bermalam di Benta, Raub, Bentong, Temerloh, Maran sebelum tiba di bandar Kuantan melibatkan jarak keseluruhan sejauh 380 kilometer.

"Kali ini, saya meminta lebih ramai peminat Pahang dan belia di semua daerah untuk turut serta berjalan kaki bersama saya sehingga termakbul cita-cita iaitu tiba di bandar Kuantan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, hasrat kali kedua itu dilakukan kerana memberi perangsang kepada pemain serta peminat sukan bola sepak negeri ini untuk memastikan Pahang memenangi piala tersebut.

Katanya, kejayaan menempuh pelbagai dugaan ketika berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, Selangor pada November lalu memberi banyak pengalaman sekali gus menyuntik hasratnya untuk melakukannya buat kali kedua.

"Pembabitan ramai belia berjalan kaki bersama saya bukan sahaja untuk meraikan skuad Tok Gajah, malah menyahut aspirasi Program Malaysia Cergas yang menitikberatkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140102/dn_17/Majid-mulakan-misi-jalan-kaki#ixzz2uVEOrOcx
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.

Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.

Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.