Tuesday, June 2, 2015


Catatan Dari Seorang Penulis.........


'Aku melihat awan biru di rumah di presit 11, sebelum bertolak ke Airport nak ke Sarawak, saya terasa sepi melihat perjalanan ini, angin begitu sayu datang bertiup hinggakan saya merasai keadaan ini, bagaikan ada sesuatu yang baik untukku. berulang-ulang saya membuka buka catatanku, ingin melembar satu catatan yang pasti saya tulis kisah sebuah perjalanan yang saya lalui......



duduk sendiri mengapa diri terpaksa menjernihkan dengan yang sabar untuk menguasai persekitaran yang saya lihat. duduk setengah jam menunggu bas ke Center Putrjaya, tak lama kemudian pun dalam beberapa minit bas Nadi Putra L07 ke Center Putrjaya. dengan membawa beg selengkap bagaikan pengembara dibawa. Sepanjang perjalanan saya cuba menghayati perjalananku terlihatlah 'Rangkaian hidup bertaburan disana-sini yang sering tersisi dengan tabiat manusia dan tabiat alam lahirlah hubungan manusia dengan Maha Pencipta........

kulihat rumah yang berpaut mengikut bahagian dengan nama presint bertabur disana-sini, diruang jalan melintas ada di presint 9, ada sekolah, ada klinlik dan kedai makanan dan banyak lagi, apa yang menarik sesak dijalanraya ini terdapat banyak Traffic light, sentiasa menekat perjalananku, pembinaan bangunan rumah dan pejabat masih berjalan lancar. dengan pancaran mentari yang terang dengan awan bertumpuk-tumpuk seolah saya mengims melakukan satu catatan yang belum saya selesaikan......

Terlihat station Center Putrjaya mendekati sebuah perjalanan yang pasti saya akan tinggalkan kerana tugasan akan saya lalui, dengan ini, Suasana di Center Purtjaya begitu sibuk dengan pelanggan yang pergi dan yang datang ada tujuan masing-masing. saya fahami sedalam-dalam kata-kataku sebaiknya saya berada di Center Putrajaya........

'......Pergilah aku dengan kosong tiada apa-apa pun, risau pun ada menghantui jiwa seolah tertinggal rahmat dalam penerimaan rezeki yang aku cari, Aku bukan seorang pengembaraan pengemis diri tapi minat mendalam jiwa diri yang inginkan ilmu yang kucari dan kerdilnya aku menyentuh khazanah Tuhan kerana saya tak pernah merasai sebuah Pengajian Tinggi seperti orang lain, aku hanya mampu mencari harga diri dengan perjalananku yang kulalui dan aku belajar apa yang kualami walaupun ia lemah untuk aku tapi aku bersyukur memahami keadaan ini secara menyeluruh bersama buku-buku catatan dan disinilah aku menabur keadaanku menjadi yang terbaik untukku apa yang ada itulah didikan Tuhan sebaiknya adalah untukku....'

      

inilah perjalananku, harus aku tinggalkan dengan harapan memberikan kepuasan yang kosong kerusinya dan tiada penumpang menungguku setelah aku pergi, terasa jauh menumpang dirantau orang. ku percayai takdir menerimaku sebagai pengembaraan yang suka menempatkan diri dalam ruang gelap ingin merasai kesusahan diri sebelum aku mendapat hidayah dari kesusahan itu, aku berada tren KLIA Express......


Merenung diri ke mana lagi Tuhan membawa aku pergi seolah ada rahmat menungguku?......





Dari Station Putrajaya ke KLIA meneruskan sebauah perjalanan pasti saya lengkapi cara hidup yang aku lalui,..........



sampai Airport kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki MH2564 form KLIA to Kuching.....





Saya bersama KRU penyelidik rakan.....



kami berlepas dari KLIA pada pukul 10.05 pagi yang ambil masa 2 jam...sampai ke Kuching, Sarawak......

Berada diudara bagaikan burung terbang diudara......



Meninggalkan Semenunjung.....beberapa jam terlihat satu kehidupan yang jauh dari udara,...setelah lama berjalan di atas daratan bumi kini merasai perjalanan hidup pula di udara pula ...melayang tinggi sambil mengungkap diri penuh keasyikan hati terasa ceria terang melihat persembahan Tuhan yang memberikan hiburan yang terpaut dimana-mana aku lihat kebaikannya....





















   

























      

Wednesday, February 26, 2014

Majid mulakan misi jalan kaki

KUALA LIPIS 1 Jan. - Seorang pengawal keselamatan, Abdul Majid Abdul Hamid, 57, memulakan misi berjalanan kaki selama dua minggu bermula di bandar ini sehingga ke Stadium Darul Makmur, Kuantan hari ini.

Pelepasan misi pengawal keselamatan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad di pekarangan Wisma UMNO Bahagian Lipis pukul 10 pagi.

Menurut Abdul Majid, hasrat itu dilakukan sebagai sokongan kepada Skuad Pahang yang akan menentang pasukan Lion XII dalam perlawanan Piala Sumbangsih di stadium tersebut pada 17 Januari ini.

"Saya akan berjalan kaki selama 17 hari dan akan singgah bermalam di Benta, Raub, Bentong, Temerloh, Maran sebelum tiba di bandar Kuantan melibatkan jarak keseluruhan sejauh 380 kilometer.

"Kali ini, saya meminta lebih ramai peminat Pahang dan belia di semua daerah untuk turut serta berjalan kaki bersama saya sehingga termakbul cita-cita iaitu tiba di bandar Kuantan," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, hasrat kali kedua itu dilakukan kerana memberi perangsang kepada pemain serta peminat sukan bola sepak negeri ini untuk memastikan Pahang memenangi piala tersebut.

Katanya, kejayaan menempuh pelbagai dugaan ketika berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, Selangor pada November lalu memberi banyak pengalaman sekali gus menyuntik hasratnya untuk melakukannya buat kali kedua.

"Pembabitan ramai belia berjalan kaki bersama saya bukan sahaja untuk meraikan skuad Tok Gajah, malah menyahut aspirasi Program Malaysia Cergas yang menitikberatkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri ini," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140102/dn_17/Majid-mulakan-misi-jalan-kaki#ixzz2uVEOrOcx
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.

Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.

Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

Monday, November 18, 2013

Melihat Wajah Kerana Pensil
Tangan Peganganya

Aku cuba angkat papan sebuah lukisan begitu kosong agak putih keadaannya seolah suci dari kotoran, aku cuba fikirkan apa yang papar di kertas putih ini, mencari pensil yang hilang ketajamannya dari semalam aku cuba melakarnya dengan kemampuanku.

Aku cuba angkat keadaan itu ke alam nyata berlakar seolah aku berdiri tanpa tujuan hanya melukis kerana ketenangan mula datang memahat sentuhan dalam kedukaan dan mula ketabahan hidup membentukku terus menghasilkan lukisan ini sepanjang malam walaupun temanku dulu meninggirkan dalam hidupku kini aku lakarkan dengan buah pemikiranku yang realiti dan nyata. 
Lukisan Kanan
bermula satu renungan akan berlaku masa ketika gelisah,
tiada teman yang bersuara,
aku cuba membayangkan wajahku,
pada sepi tiada cermin,
membentuknya kecualilah hati,
melakarnya,
mungkin aku hanya membayangnya,
dihujung pensila berlakar,

Mencari Tuhan

Mencari Tujuan Itu Tersimpan Makna
Dari-Nya Allah SWT



Satu kehidupan yang dibiarkan dari Allah SWT
telah memberikan jalan kepada manusia,
indahnya itu adalah akhlak pada-Mu
tiada bandingnya

Sedaun itu tak bersuara
Angin itu layu terbang bersama irama sadu yang terpaut dengan kecintaan pada Maha Pencipta, 
Terlihat cahaya datang memancar merata ke pantai walapun ombak menusuk ke pantai bagaikan berenang-renang. tersandar renungan luas yang menanti yang mungkin bakat berlaku mengungkap kerana rahmat Tuhan yang datang tanpa jemu mengikat jiwa manusia terluka kerana ingin mencari ubat pada perindu yang terbair jauh yang terduduk dalam kelayuan tanpa tujuan. 
Suara alam itu diam kerana ia bersopan kerana man usia suka menyentuhnya tanpa jemu-jemu kemana perginya awan pasti hujan berada dipinggiran waktu. mengikat jiwa yang risau yang mungkin tersuku-suku bahagian perasaan dan hati membelah kerinduan pada Tuhan mungkin mati dalam hati yang sukar diubati. manusia amat agung bila ia berilmu, dari ilmu ilmu manusia akan dirajakan sebagai petunjuk jalan yang lurus hidupnya. tiada hidup sesat hidupnya, dari satu ke satu jutaan hidupnya akan manusia berilmu. 

Catatan Perjalanan