Monday, December 27, 2010

Bersama Majlis Profesor Negara -Pemikir Negara



Bersama Dengan Pemikir-Pemikir Negara

                                        Photo: tokoh-tokoh yang membincangkan
                                                    "Persidangan Nasional Paradigma Baru
                                                      Perpaduan Bangsa"  

 
Assalamualaikum wbt, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Tuan,

JEMPUTAN PENYERTAAN PERSIDANGAN NASIONAL PARADIGMA BARU
PERPADUAN BANGSA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN) akan menganjurkan persidangan tersebut di atas pada 11 dan 12 Disember 2010 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

3. Sehubungan dengan itu, ahli akademik daripada seluruh IPTA yang berminat dijemput menyertai persidangan ini. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Kos pengangkutan, penginapan serta makan minum adalah tanggungan sendiri oleh peserta yang berminat menyertai.

4. Maklum balas penyertaan bolehlah dibuat dengan melengkapkan boring di lampiran serta dikembalikan kepada urusetia persidangan di talian faksimili 05-4596678. (Borang penyertaan boleh diperbanyakkan).

Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi talian
05-4506394 atau 019-5722541 (En. Mohd Halim b. Mat Zaki).

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

”Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan”

Yang benar,
(PROFESOR DATUK DR. ZAINAL KLING)

Ketua Kluster (Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya)
Majlis Profesor Negara (MPN)

Diariku
9.00 pagi
Ketibaan YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Nyanyian Lagu Negara

Alu-aluan Pengacara Majlis

Ucapan alu-aluan oleh:
Y.Bhg. Prof Datuk Dr Zainal Kling
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya  

Ucapan Perasmian oleh:
YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Penyampaian Cenderamata

10.00 pagi
minun pagi

Huraian catatanku

Sabtu 1 Disember 2010
8.00-8.45 pagi -                 Pendaftaran peserta
9.00-10.00 pagi -               Perasmian Persidangan oleh:
                                           YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
                                           Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
10.00-11.00 -                      Minum pagi
11.00-12.30 -                      Sessi Pleno 1 - Pembentangan kertas kerja
                                           1. Kerangka Konsep Untuk Paragima Baru Perapduan Nasional
                                           2. From Segregation to Multiculturalism : The Malaysian Journey.            
                                           3. Penyelesaian Masalah Hubungan Stnik Secara Perbandingan: Model Asimilasi  

12.30 -2.00 pagi -              makan tengahari
                                           (Daftar masuk penginapan)
2.00 - 5.30 petang -            Sessi Pleno 2 - Pembentangan kertas kerja
                                           4. Perpaduan Melalui kesenian: Satu Tinjauan Paradidma Baru
                                           5. Hubungan Etnik di Malaysia Dari Perspektif Islam
                                           6. Dari Persekutuan Tanah Melayu ke Merdeka:
    Perjuangan ke Arah Kemerdekaan    1948-1957
                                           7. Identiti bahasa Masyarakat India Malaysia.
6.00-8.00 malam -                  makan malam
8.30 - 11.00 malam - 
                                           Sessi Pleno 3 - Pembentangan kertas kerja
                                           8. Kandungan Media dan Representasi sosial masyarakat Malaysia.
                                           9. Komunikasi Media dan perpaduan Nasional, Potensi dan kekangan
                                           10. Ilmu Komunikasi dan Warisan dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia.

Ahad - 12 Disember 2010
7.00-8.00 pagi -                 sarapan
8.00-10.30 pagi -               Sessi Selari 4A(sidang pendidikan)
                                           Sessi Selari 4B (sidang Identiti)
10.30 - 11.00 pagi -           Minum pagi
11.00 - 1.00 tengahari -    Sessi Selari 5A(didang bahasa)
                                           Sessi Selari 5B (Sidang Sastera)
1.00 - 1.30 petang            Majlis penutup(Pengerusi MPN)

1.30 Petang                       Bersurai
                                          makan Tenghari

1.00 tengahari -                 Ucapan T.Bhg Profesor Datuk Dr Zainal Kling
                                          (Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya)
                                          Ucapan Penutup oleh:
                                          Y.Bhg Prof Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin
                                          (Timbalan Pengerusi MPN)
1.30 tengahari
                                          Bersurai dan Makan Tengahari

Catatan I
Saya telah memohon mengikuti satu 'Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa' dengan saya dikehendaki melapor diri di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. pada tarikh 11 hingga 12 Disember 2010. dengan ini saya telah diterima masuk untuk mengikutinya selama 2 hari(sabtu dan Ahad). terpaksa tanya Encik Hassain Ab.Rahman dan Encik Shamruddin (sepejabat dengan saya), mereka banyak membantu saya menunjukan tempat tersebut. mereka kata naik monorail dari KL sentral ke Chow Kit - tempatnya berhadapan dengan Hospital.  

Catatan 2
Sebenarnya persiadangan ini pada mula saya amat takut kerana persidangan melibatkan beberapa tokoh-tokoh ilmwuan, prof2, pensyarah dari pelbagai IPTA seluruh negara, tetapi semangat saya begitu tinggi dalam encari ilmu hinggakan saya merasai apa yang berlaku dalam persidangan amat mengagumi kerana dapat mengenali beberapa tokoh dan ahli pemikir, selama ini saya hanya tahu mereka tercatat dalam buku-buku karya mereka pelbagai tajuk dan pengisian termasuklah politik, ekonomi, sosial, agama, ilmu Falsafah, Sastera, bahasa dan banyak lagi.   

Catatan 3
Selama saya mengikut program-program yang dijalankan, saya terasa kagum bagaimana mereka membahasakan beberapa topk yang berkait dengan 'Plural Society' kepada peserta yang hadir dalam majlis tersebut, dengan itu saya bantak mencatat apa mereka bincangkan.

Catatan 4
Berkenalan beberapa profesor salah satunya Prof Dr, Zulkifly Bin Muda dari Universiti Terengganu dimana saya dengan prof seduduk dan semeja serta sebaris dengan para profesor yang hadir majlis ini. dan banyak lagi saya dapat berkenalan adalah Profesor Datuk Dr Zainal Kling, Profesor Dr Ooi Keat Cin, Profesor Dr Azizah Hamzah, Profesor Dr Wan Hashim Wan Teh, Profesor Dr Teo Kok Seong, Profesor Emeritus Dato Mohamed Ghouse dan banyak lagi.

Catatan 5
Saya sempat juga berbicangan dengan Profesor Dr Zulkify yang berkaitan dengan ilmu falsafah, pesanannya pada saya 'dalamilah ilmu falsafah sedalam-dalamnya, tak semua orang minati ilmu tersebut hanya orang-orang tertentu..'awak ni masih muda' saya kagum(Profesor Zulkify) dengan dalam usia muda sudah minat Ilmu Falsafah dan Ilmu Sosiologi.

*Penghargaan
Kluster sejarah, Warisan dab Sosio-Budaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang menjayakan persidangan ini antaranya:
- Sekretaruat Najlis Profesor Negara(MPN)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)
- Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan(KPKK)
- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN)

Serta kepada semua pembentang kertas kerja dan para peserta.......

Catatanku mengikut bersama...'Pemikir Negara'
'Setiap orang perlu tahu akan kekuatan dirinya dan kekuatan itu adalah akalnya(penguasa ilmu) 
dan hatinya(penguasa al-Quran dan al-Hadis), darinyalah manusia akan menjadi manusia yang berpengaruh.'
dari al-Hindi 

No comments:

Post a Comment