Monday, December 27, 2010

Semporna - kelahiran-Ku

__Satu Catatan__
Menikmati Keindahan Semporna


________al-Hindi


Catatan 1
Semporna umpama mutiara dilautan biru, saya mula merasai kehebatan dan keagungan dengan keindahan yang ada padanya membuatkan saya terasa kagum dengan alam semulajadinya darisegi kepulauan dan keunikan pesta ‘Regatta Lepa’ serta penduduknya yang rajin berusaha ini jelas bila saya sering membuat kajian ke pekan ini. Disinilah saya banyak membuat catatan hidup tentang kehidupan masyarakatnya dan budayanya.
Semporna merupakan sebuah daerah di Pantai Timur Sabah yang dikelilingi laut Pulau Boreno dan mempunyai 49 pulau dan mempunyai jumlah kampung yang ada adalah berjumlah 121. Memang sesiapa yang elawati pekan ini akan terasa bagaikan berada dikampung dikelilingi oleh orang-orang berkampung yang masih mengekalkan budaya al-kampung, inilah saya katakan berada di pekan begitu mempesonakan dan mempunyai hidupan yang penuh klasik yang tersendiri hinggakan kita mahu mengkaji budaya mereka. Ku'angkat penaku untuk mencatat kehidupan mereka yang sering mengubah coark pemikiranku dari subuh hinggalah ke senjanya pasti saya terasa letih dan akhirnya saya berehat di sebuah gerai iaitu pasar ikan disitulah saya duduk berjam-jam melihat gelagak mereka. Dan saya katakan disini ‘Pekan Bernama Semporna’ menjadi kawasan nadi dalam penduduknya yang banyak menyimpan warisan yang perlu dikaji dengan kedudukannya yang begitu baik untuk dikunjungi dan saya menganggap ‘Semporna adalah ufuk Timur Mentari kerana disinilah cahaya datang lebih awal dari daerah lagi di sebelah pantai timur Sabah’ dalam peristilah ‘Semporna’ dipercayai berasal daripada dialek bahasa Bajau atau perkataan Melayu yang bermaksud Sempurna iaitu damai, aman dan tenang.
Dalam rujukan saya dalam beberapa buku dari karya-karya Barat, yang pernah menakluki Pantai Timur Sabah khasnya Semporna dan menulisnya. Catatan sejarah menunjukkan Semporna dijajah oleh Belanda dan Inggeris sebelum ia merdeka sepenuhnya apabila Sabah menyertai Malaysia pada 1963. Daerah itu pada masa lalu dijadikan penjajah sebagai pusat pentadbiran dan kewangan yang diterajui oleh kaum cina. Sejarah menunjukkan kaum Bajau merupakan  masyarakat pertama menduduki pulau-pulau utama disekitar Semporna di samping menjadi agen pengembangan agama Islam di Borneo termasuk ke beberapa kepulauan Sulu.
Untuk Sampai ke Semporna terdapat dua laluan iaitu darat dan udara. Penerbangan dengan pesawat dari Kuala Lumpur mengambil masa dua jam setengah. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Dari lapangan terbang Tawau perjalanan akan dilalui dan sepanjang itu terlihat tanaman sawit bagaikan permaidani hijau meratap seluruh permukaan muka buminya dengan itu singgah sekejap menikmati buah-buahan yang ada ditepi jalan sebelamu ke simpang tiga iaitu Pertemuan Simpang – Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan ke Kota Kinabalu. Dan untuk menuju ke Semporna mengambil masa kira-kira sejam menggunakan jalan darat. Semporna juga dihubungkan dengan jalan darat dari Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinbalu iaitu  Bandar-bandar utama. Pengunjung juga boleh menggunakan laluan darat dari kota Kinabalu. Kapal terbang akan mendarat di Tawau selepas menempuh penerbangan selama 45 minit.
Semporna sering menjadi sebutan lidah-lidah pengkaji dan penyelidik khasnya dari negara timur iaitu Jepun dan Korea dan negara-negara Barat iaitu USA, Dermak, Amerka Latin serta Asia Barat. Mereka menganggap Semporna adalah sebuah daerah yang banyak spsesis hidupan laut yang cukup unik dan kedudukan kepulauannya yang terletak ditengah-tengah lautan yang membiru dan yang menghijau dasarnya yang cukup memghiburkan dan menenangi jiwa, cukup sesuai membuat kajian yang berterusan.  
Aset pertama Semporna ialah kedudukannya yang menghadap laut yang menjanjikan panorama indah menyaksikan matahari terbit dan terbenam diufuk horizon. Semporna merupakan daerah paling awal disinari matahari di Malaysia. Bersesuaian dengan kedudukannya ditepi laut pula, aktiviti laut menjadikan Semporna terkenal di negeri Sabah.
Catatan 2
Di Semporna terlihat subuh diwaktunya menyinari suara alam tercipta kehidupan sebenarnya sudah segar di pekan kecil ini sejak pagi, serata penduduknya sudah menyentuh suasana hidupnya samaada dipermukaan darat dan permukaan laut semua bergerak mencari nilai diri dan sinar matahari mula merangkak dan menggalah serta meninggi diri dihadapan semua makhluk yang ada diwaktu itu meradap ke celah ufuk timur. Terlihat wajah diri meratap waktu untuk mngembara ke pelusuk seluruh daerah ini ingin melihat keindahan Semporna hinggakan saya dan keluarga amat terhibur melihat keadaan alam semulajadinya.
Kepada Pencinta alam, pengembara dan jurugambar, ini detik paling manis dalam hidupnya di mana detik itu merupakan waktu yang tidak boleh dijual beli. Cahaya merah bersulam kekuningan melintasi Pulau Bum-Bum yang landai berhadapan dengan Semporna. ia merupakan saat terbaik untuk merakamlan panorama alam.  Gelagat mereka ini sama seperti yang dilakukan oleh pengembara ditengah-tengah benua Australia yang merakamkan cahaya berkilauan ke dalam kamera yang terpancar dari beberapa sudut gunung Batu Uluru di Alice Spring.
Jika berada dilautan, langit begitu terang membuatkan langit-langit di Semporna sentiasa membiru dan menghijau, ini menambah suasana harmoni dalam lensa fotografi. Langit yang membiru itu pula menerjah ke permukaan laut yang diadun dengan airnya yang menghijau sejernih Kristal. Di permukaan air kebiru-biruan itulah tersorok di dalamnya lagun-lagun baru karang dan habitat semulajadi bersama kehidupan laut yang pelbagai. Disitulah letaknya Pulau Sipadan dan Ligitan iaitu antara pulau-pulau yang menyimpan khazanah  alam dasar laut yang paling indah di negara ini. keadaan ini diperakui ‘Tabung Perlindungan Hidupan Liar mengikttiraf Pulau Sipadan dan Ligitan sebagai satu Khazanah marin yang terbaik di dunia.
Mereka berkata: ‘There is no other spot on the surface of the planet thas has more marin life than this island’       
Kerana daya tarikan itulah Semporna dan Sipada mempersonakan penyelam scuba dari seluruh yang menyifatkan kawasan tersebut sebagai syurga dunia tropika yang tidak akan lepas daripada kunjungan.
Catatan 3
Di Pekan Semporna, Kehidupan yang sudah bermula sejak awal pagi menyaksikan orang ramai sibuk dengan urusan seharian. Dan saya dan keluarga bersama menikmati keadaan sebenarnya bila berada disitu anak-anak saya selalu bertanya tentang perkara-perkara yang baru, lalu isteri saya memberitahu tentang perkara yang sebenarnya, katanya ‘Orang yang sedang pekerja itu adalah orang sentiasa mempunyai kesungguhan mencari makanan untuk hidup’ kesibukan diwaktu pagi di pasar ikan Semporna sentiasa diiringi oleh anak-anak kecil yang suka memjual sayur dan ikan kerana membantu keluarga sebahagian kecil mereka tidak mempunyai pendidikan seperti anak-anak lain. Mereka boleh dilihat beraput di tepi pelantar di pasar-pasar seni kecil.  
Di daerah kecil ini, seolah menceritakan kepada saya tentang kehidupan dan budayanya pada alam semulajadinya begitu megagumkan saya sebagai penulis yang banyak memberikan ilham kepada saya terus menerokai persejarahan kehidupan orang-orang Semporna. Menyebabkan saya dapat menikmati segala pengalaman di pulau-pulau yang ada disekitarnya. Di sana seseorang boleh menyusuri suasana muka bumi yang pelbagai termasuk hutan bakau dengan flora dan fauna serta hidupan di dalamnya. Lautan yang luas, menyebakan begitu banyak nelayan Semporna menguasahakan tanaman popular iaitu ruampair laut(agar-agar). Rumpair laut merupakan eksport utama Semporna. ia dieksport ke Hong Kong dan Jepun.
Catatan 4
Semporna juga terkenal sebagai pusat penghasilan mutiara hitam yang cukup terkenal. Kunjungan pelawat ke daerah Sabah itu kurang lengkap jika tidak menyusuri perkampungan air di pulau-pulau yang berselerak di sekitar Semporna. pelbagai pengalaman baru bakal ditempuhi di sana daripada membuat perahu di laman hinggalah kepada cara menghidupkan api di dapur. Walaupun kehidupan penduduk di Semporna Nampak serba kekurangan, rata-rata penduduknya masih tersenyum girang, tatkala menerima kehadiran tetamu. Semporna dihuni oleh tiga komuniti utama di daerah itu. Suku kaum Bajau merupakan penduduk paling ramai. Selebihnya ‘Palauh’ dan pendatang asing dari beberapa negara jiran Filipina dan Indonesia.
Mereka mewarnai kehidupan dan budaya masyarakat  Semporna. Orang Bajau ialah penduduk asal di Pulau Omadal, Bum-Bum, Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan di daratan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan, peniaga dan bekerja dalam sektor swasta. Orang ‘Palauh’ pula umpama gipsi laut hanya berumah di atas air, mereka tinggal di dalam sampan dan bot-bot kecil nelayan. Mereka bergantung hidup sepenuhnya kepada hasil laut. Bagi pendatang asing pula kebanykan mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan kehidupan mereka menumpang. Mereka membina penempatan kecil dipinggir laut antaranya di perkampungan Bangau-Bangau. Jumlah mereka mebcecah ratusan ribu dan ia dikatakan menjadi punca masalah social di Semporna, Bagaimanapun pada masa yang sama ia menjadi tarikan kepada pelawat yang suka mengunjungi Semporna.  
Catatan 5
Salah satu peristiwa penting pada setiap tahun di Semporna ialah Regatta Lepa-lepa. Lepa-lepa  merupakan perahu warisan masyarakat bajau. Lepa adalah pengangkutan utama di Semporna sejak beberapa abad lalu. Lepa dalam bahasa Bajau bermaksud perahu. Selain sebagai alat pengangkutan utama, lepa-lepa adalah cara komunikasi utama penduduk daerah ini. alat pengangkutan ini tidak sahaja digunakan untuk membawa keperluan  harian tetapi juga dijadikan alat bagi pengembangan agama di kepulauan Borneo. Sungguhpun lepa-lepa jarang dikaitkan dengan penentangan Bajau terhadap Belanda dan Inggeris semasa kuasa kolonial itu menjajah Borneo tetapi ia merupakan pengangkutan yang banyak membantu.
            Unsur-unsur Islam seiring diterapkan  pada lepa-lepa . ukiran pada lepa-lepa juga terdapat di mimbar-mimbar masjid dan nisan-nisan orang Islam. Lepa-lepa diperbuat daripada kayu seraya. Kayu jenis lain jarang digunakan. Memandangkan bentuknya yang unik berbanding dengan perahu-perahu lain yang terdapat di negara ini bahkan di dunia lepa semakin mendapat tempat di Semporna. Beberapa alas an yang dikemukakan  kenapa muncung haluan lepa-lepa terjojol di hadapan sama seperti konsep reka bentuk kapal-kapal modern ini. muncung itu bertindak sebagai pemecah ombak  sebagai tempat berdiri memantau kedudukan ikan dan menghalang  geseran dengan batu karang. Keunikan bentuj perahu itu menyebabkan warisan Semporna itu harus terus dipelihara. Seni pembuatannya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
            Aktiviti-aktiviti budaya pula semakin tampil mendedahkan keindahan lepa dan mahu warisan itu tidak menjadi warisan masyarakat bajau semata-mata tetapi juga tinggalan masyarakat Malaysia amnya. Insiatif untuk mempertahankan warisan terus ditingkatkan sehinggakan pesta lepa-lepa diadakan saban tahun bagi menghargai kepentingan lepa dalam masyarakat Bajau. Pesta itu begitu meriah dan diwarani dengan pelbagai warna sambulayang  yang menjadi bendera keramaian masyarakat  Bajau. Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta pula amat tinggi. Mereka tidak hanya berkampung selama tiga hari tiga malam di Semporna tetapi juga berpesta dengan persembahan pakaian dan tarian igal-igal iaitu satuy tarian tradusi Bajau. Tarian itu diiringi pula dengan pukulan gong dan gendang yang menecah suasana sepi pekan itu saban hari.

3 comments:

  1. abg hadi, sya baru hbs baca smpi catatan ke-2...nti sya smbng lg catatan seterusnya pagi ni, insyaAllah...

    Nway, very nice entry, make me feel proud being sempornarians..

    ReplyDelete
  2. harap lps ni ltk gambar sekali ye..nampak menarik sikit

    ReplyDelete
  3. harap lps ni ltk gambar sekali ye..nampak menarik sikit

    ReplyDelete