Friday, December 24, 2010

Daerah Bernama Semporna


Rahsia Sebuah Kampung  Bernama ‘Kampung Ayer’
‘Kampung Ayer’ Semporna Pusat Kelahiran Pemimpin Daerah Semporna Yang Berstatus Sultan Dan Menteri Ahli-ahli Yang Berhormat, Ulama dan Penghulu serta Penglima Tetapi Bertarap Setinggan. 

Photo : Semporna

Ramai tidak mengetahui sejarah asal-usul Kampung Ayer yang mana dikatakan kampong ini adalah penempatan kedua selepas perpindahan daripada Pulau Omadal. Penghijrahan beramai-ramai ini telah mengubah arah hidup kehidupan mereka dari segi politik, ekonomi, social, agama dan budaya. Penempatan ini adalah penempatan yang pertama sebelum berlakunya penghijrahan ke tanah besar sepertimana yang berlaku dizaman sekarang ini. 
Sejarah Sabah atau North Borneo banyak dipengaruhi oleh masyarakat Kampung Ayer baik dari sudut sosial, ekonomi, agama. Perniagaan dan politik, parti kemerdekaan Sabah sendiri wujud di Kampung Ayer Kudat setelah perbincangan diadakan oleh masyarakat Kampung Ayer dalam satu majlis kenduri disana bagi membentuk Pertubuhan Kebangsaan Sabah(U.S.N.O) yang diketuai oleh bapa kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Datuk Haji Mustapha. Dalam rancangan menghidupkan Parti Kemerdekaan Sabah Semula dimulakan juga dari Kampung Ayer Semporna di rumah Allahharham Haji Abdul Salleh Khatib Ali@Khatib Gururani oleh Anak Allahyarham Tun Datuk Haji Mustapha iaitu Datu Haji Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha pada 26hb. September 2007 yang hamper terbakar baru ini salam satu kebakaran besar yang mengorbankan 4 nyawa pada 15hb.Disember 2009. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penduduk dan peneroka asal kampong Ayer iaitu Abdullah Sani Hj Abdul Salleh, dia melihat perkembangan keadaan sebenarnya apa yang berlaku terhadap Kampong Ayer yang mana dianggap satu penempatan banyak melahirkan ramai pemimpin, ulama dan ahli fikir serta ilmuwan.

Tetapi daripada lebih 100 perkampungan dan penempatan awal atau perkampungan yang mempunyai tuan yang bergelar KETUA KAMPUNG dan mempunyai P.JKKK tiada satu pun berstatus sah mengikut undang-undang atau akta Tanah Kerajaan Negeri Sabah, ini bererti semua kampong ini terus berstatus ‘STATUS SUATTER’ atau ‘SETINGGAN’(Penempatan haram) mengikut pandangan BANGSA PENYEWA dan pihak Kerajaan Negeri Sabah. Bukan ke ini, amat mengejutkan kita, bagi DAERAH SEMPORNA yang diwakili oleh dua orang MENTERI KABINET di Peringkat Negeri (Datuk Nasir Tun Sakaran) dan Peringkat Nasional (Datuk Seri Shafie Apdal) kedua-duanya juga berasal dari KAMPUNG AYER SEMPORNA, namun kawasan yang mereka wakili adalah kawasan ‘Squatters’ atau ‘Setinggan’ sejak 46 tahun 46 kita mencapai KEMERDEKAN.’ Datuk Shafie dan Datuk Nasir perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini supaya masyarakat persisiran yang mereka wakili terus terbelah masa depanya, pemberian bantuan beribu-ribu dan berjuta-juta pun tidak memberi makna kepada bangsa dan masyarakat ini jika ‘Dignity’ mereka masih masih dianggap HARAM dan SETINGGAN oleh pihak luar atau bangsa lain dan lebih sedih serta amat memalukan jika mereka dianggap P.T.I (Penempatan Tanpa Izin) di Tanah Air sendiri.

‘Ramai tidak mengetahui istimewanya ‘Kampung Ayer Semporna’ berbanding Perkampung Ayer  di Kampung Sembulan, Kampung Petagas, Kampung Air Tuaran, Kampung Kota Belud, Kampung Air Kudat, Kampung Air Beluran, Kampung Air Sandakan, Kampung Air Lahad Datu, Kampung Air Kunak dan Kampung Ait Tawau, dimana Kampung ayer Semporna dikatakan pusat ramai melahirkan Pemimpin Daerah Semporna yang berstatus sulitan dan menteri ahli-ahli yang berhormat tetapi bertarap setinggan.’  

Kampung Air dianggap sebagai penempatan kedua selepas Pulau Omadal kerana penempatan ke tanah besar dalam perpindahan beramai-ramai yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di Pulau Omadal ke Tanag Besar telah membawa perubahan amat besar khasnya kaum suku kaum Bajau  itu seniri  hinggakan kampung Air dianggap kampung ramai melahirkan tokoh pemimpin berwibawa dan Imam. Tidak semua tahu sejarah sebenarnya Kampung Air misalnya Tun T.Y.T Sakarani, Datuk Sapie Hj Apal, Datuk Nasir anak kepada Tun Sakarani, Tuan Hj Wahab Ibnu Said, YB Abdillah Abdul Hamid,  YB Hj. Salleh Kalbi, YB Dato Samsu baharun Hj Abdul Rahman, Hj Abdul Razak Bin Hj Palah, YB Basri Bin Hj Tarrai, Noraidah Hj Abdul Salleh, Hj Ispal Hj Addok, Imam Jayari, Imam Penghulu Hindi, Penglima Uddang, Penglima Jaji. Kini Kampung air telah dianggap penempatan warisan bangsa dan negara di Pantai Timur Sabah khasnya Semporna. 

Disinilah saya dilahirkan iaitu Kampung Ayer Semporna, kampong ini penuh dengan sejarah yang tersendiri dan mulanya tapak kedudukan Pekan Semporna disini. Memang diakui keindahan alam semulajadinya  Semporna khasnya Kampung Ayer cukup indah alamnya ketika subuh dan ketika senja dimana hadapannya kedudukan Kampung Ayer terus dianugerah sumber alam cukup tinggi nilainya. Lautannya yang membiru dan menghjiau serta dasar-dasar lautan yang bersih sampaikan dasar pasir boleh dilihat begitu jelas ketika mentari ditengahari, ini ditambahkan dengan kepulauan yang terkenal keunikan dan  perkampungan yang berkedudukannya di atas pasir cukup mempesonakan. Jika seseorang datang ke Semporna sudah pasti ia akan terasa ruangnya untuk berfikir tentang Semporna pasti ia menilainya Semporna. Pada umumnya, Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar(282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu ‘Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia. Keindahan alam semulajadinya yang sebahagian dari pulau-pulaunya dikelilingi oleh terumbu karang telah menjadikannya yang terunggul di rantau ini dan sebagai tempat tarikan pelancong yang digemari. ‘Tong Talun’ adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti ‘Hujung Hutan’ dalam istilah suku kaum Bajau Semporna. Orang yang betanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Penglima Uddang, Penglima Sallehangni dan Penglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Oleh kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi dan diselubungi oleh hutan belantara diawal penemuannya, maka nama Tong Talun telah ditukar dengan nama Semporna yang membawa pengertian ‘tempat yang aman atau damai sehinggalah sekarang.


Photo: Kampung Ayer, Semporna

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai(T.Y.T)


Datuk YB Datuk Shafie Afdal, Penglima Hindi Bin Imam Basarani(ayah - penulis al-Hindi)
dan Hj Abdul Razak Bin Hj Palah


Datuk Penglima Jakarullah Bin Baraluddin


Datuk Basalie Hj Andul


                                                      Photo: YB Datuk Samsu Baharu Bin Imam Misuari

 Lorong 1 – Kampung Look Air Masjid di terokai oleh keluarga Penglima Jakarullah Bin Baraluddin (Mantan Ketua bahagian USNO 1) yang dihuni oleh beberapa perumahan perkampungan masyarakat dari Kampung Tangal, walaubagaimanapun separuh lorong ini telah lenyap oleh kerana satu kebakaran telah berlaku ‘Gudang Pekan Semporna 1980an  kecuali masyarakat Brunei dari keluarga Tuan haji Mahmud Hj manusur (Mantan anak menantu Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Harris Salleh) dan Encik Sukarno Bin Haji Mansur, Encik Ibrahim Haji Sakilan (Ketua Kampung) keluarga Encik Ideris Annah(Penyelia Mukim Dun Bugaya) dan Puan Sitti Hajar Bin Jaji(PJKKK Kampung Air) dari suku kumpulan kaum Simunul. Lorong ini masih kekal dihuni oleh keturunan penduduk asal penerokannya telah wujud antara tahu 1930an-1960an.

Lorong 2 – Kampung Air Look Wanni atau juga dikenali Lorong Las Vegas diterokai oleh keluarga Haji Ispal dan Lajim Addok (ketua Bahagian PBS Sulabayan) serta  keluarga haji Abdul Hamid Tunngal dari Pulau Denawan, ini lorong ini telah banyak bertukar tangan. Wujud antara tahun 1930an-1960an. Penempatannya  masih dimiliki oleh keluarga Abdul Aziz haji Abdul Hamid dan Haji Abdillah Abdul Hamid mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan semasa kerajaan Parti Berjaya.

Lorong 3 – Kampung air look Eibah juga dikenali Lorong Abdullah Sani diterokai oleh Tuan haji Abdul Salleh Bin Khatib Gupurani dari Kampung Tangal Pulau Bum-Bum. Lorong ini masih kekal dihuni oleh penduduk asalnya dari keturunan Haji Abdul Salleh Khatib Gupurani. Encik Salleh Hj Abdul Salleh, Noraidah Hj Abdul Salleh, wujud antara tahu 1900-1960an, kecuali beberapa rumah yang berpindah tangan dan terdapat beberapa penempatan sementara. Walaubagaimanapun lorong ini adalah salah satu pempatan terawal masyarakat Kampung Air di mana pada asalnya terdapat rumah Rehat Kerajaan (Rest House) yang telah dijadikan Sekolah Tabika Kampung Air Semporna. Sementara kemudahan awam yang dibina dilorong ini adalah milik persendirian seperti Pembinaan Jambatan, pembinaan tiang letrik dan paip Air oleh keluarga Encik Abdullah Sani Hj Abdul Salleh (Setiusaha Agung Ex-USNO Sabah) dari yang boleh dimasuki oleh kenderaan dan kereta sehingga ke rumah masing-masing sejauh 150 meter. Permohonan rasmi untuk pengangan Geran C.L telah dikemukakan ke Jabatan Tanah Semporna oleh penduduk lorong ini.

Lorong 4 – Kampung Air Logpond juga dikenali sebagai Kampung Air - Penglima Hindi dan Abdul Razak, diterokai Tuan Haji Penglima Hindi Bin Basarani dan Haji Abdul Razak Bin Palah bersama haji Abdul Wahab Ibnu Said kesemuanya dari Kampung Tangal dan Pulau Selakan Semporna. Lorong 4 juga pernah dihuni oleh keluarga Haji Apdal Bin Maulana dan keluarga Datuk Haji Safari Hj Amir. Wujud antara tahun 1930an-1960an. Lorong ini juga boleh dimasuki oleh kenderaan dan kereta ke rumah masing-masing sejauh 60 meter. Tun Sakaran Dandai juga adalah penghuni lorong ini walaubagaimanapun kediaman asalnya telah musnah dalam kebakaran barau-baru ini iaitu 15hb.12.2009.

Lorong 5 – Kampung Air Bangkau atau dikenali Kampung Air Haji Badiri dan Basalie diterokai oleh keluarga Otoh Diki, Oto Heyah dan Saudara Turing dari keturunan Cina Sitangkai (bagi Masyarakat tempatan mereka dikenali keturunan ‘Lannang’) keluarga Haji Badiri Bin Ibnu Salleh dan keluarga mantan YB DUN Bugaya Datuk Baslie Abdul Hamid dari Kampung Tangal Pulau Bum-Bum Semporna hamper semua Kasawan lorong ini musnah dalam kebakaran (15hb.12.2009) kecuali kediaman lama mantan YB Basalie Haji Hamid.

Lorong 6 Kampung Air Look Sumil dikenali Kampung Air Haji Abdul Salleh dan Hajjah Nujum diterokai oleh Tuan Haji abdul Salleh Khatib Gupurani (dari keturunan Legasi Magindora) dan disertai oleh keluarganya Tuan Haji Jun Lahu, Haji Hasan Barani, Hj Yunus Kuddin, Puan Sugaila Imam Misuari, Haji Abdul Jalil, hj Purang, hj Bakoko dari Kampung Tangal Pulau Bum-Bum antara tahun 1960an penempatan ini telah bertambah antara tahu 1970an hingga 1980an dengan kedatangan keluarga Haji Mutalib Omar(suku Iranun Tungku) dan Haji Anuar@Antonio(Suku Sibutu).

Lorong 7 – Kampung Air Look Pampang dikenali sebagai kampong Air Hj. Lakani diterokai oleh Tuan haji Lakani Bin Penglima Ripah dari Kampung Tangal Pulau Bum-Bum bersama keluarganya dan beberapa kumpulan dari kampong Gusung Melana Pulau Bum-Bum antara 1970an-1980an juga Cikgu Amirul dan En. Bastani seterusnya keluarga Cikgu Yakob Ulangutan suku Simunul dan keluarga Tuan Haji Basri dari suku Sikubung dan Ubian.

Lorong 8 – Kampung Look batu dikenali sebagai Kampung Air KK diterokai oleh keluarga KK Lais yang mempunyai keturunan suku cina (Lannang) dari Kampung Tabak-Tabak Pulau Bum-Bum yang wujud antara tahun 1970an hingga 1980an beliau telah berhijrah ke kampong Seri Melor, Budaya walaubagaimanapun beberapa keluarganya masih bermustautin dikawasan ini.

Lorong 9 – Kampung Air Rest House di kenali sebagai Kampung Air Hj bakti diterokai oleh Haji Bakti Bin Amuali (mantan Ketua Bahagian Parti Berjaya) yang terletak berhampiran kediaman Pegawai Daerah Semporna dimana beliau adalah penduduk dan pemilik asal kawasan Tanah Kampung Bangau-Bangau Semporna (Tong Talon) dan seterusnya berhijrah ke kampong Bantayan Senallang. Keturunan Tuan Haji Bakti Bin Amuali adalah diantara keturunan penduduk asal Tong Talon (Nama asal Pekan Semporna bagi kawasan sebelah Utara pekan Semporna).
Lorong 10 – Kampung Air look, juga dikenali Kampung Air look Cikgu Jalil kawasan ini pada mulanya adalah penempatan pekerja-pekerja kayu balak namun diterokai oleh keluarga Haji abdul Jalil bin Palah dan Tuan Mentek juga kumpulan oleh keluarga Utoh Angkie yang wujud antara tahun 1960an-1980an dimana terletaknya satu perumahan Nam Hing yang dihuni oleh pekerja pekerjanya bagi pangkalan kayu balak. Penempatan Kampung Air dengan penerokaan oleh beberapa masyarakat pelarian perang Philipines selatan 1970an. Kawasan ini juga dihuni oleh keluarga isteri kepada YB. Haji Salleh Kalbi wakil Rakyat Parlimen Silam, Lahad Datu.

Lorong 11 – Sementara itu terdapat beberapa penempatan di atas tanah yang dikenali sebagai Kampung air, Penghulu Jaji termasuk dalam kawasan Kampung Air yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Jaji merupakan pertama Daerah Semporna sebelum diambil–alih oleh Penghulu Hindi Basarani dari Kampung Tangal dan keluarga Datuk Penghulu Abdullah Bin Uddang (mantan ketua Daerah Semporna) dan masih dihuni oleh keturunannya di kampong Air.        

                Perhjirahan masyarakat dari Pulau Bum-Bum ke Pekan Semporna yang telah berlaku sekian lama maka adalah tidak adil bahawa mereka dianggap sebagai masyarakat setinggan kerana penghijraan itu telah berlaku sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. Kumpulan masyarakat persisir inilah telah membina satu penempatan masing-masing mengikut undang-undang di mana majoritinya peneroka asal berdaftar dengan pihak Pejabat Tanah dan Majlis Tempatan Semporna sebelum membangun pembinaan penempatan  di pekan Semporna dengan memegang dokumen pene,patan atau dikenali sebagai T.O.L (Temporary Ordinary Land) dan ada diantar mereka yang telah memohon tanah berkenaan berstatus GERAN C.L atau P.L yang masih menunggu proses seterusnya dari pihak jabatan tanah. Pada umumnya, sejarah perjalanan Kampong Air, Semporna ramai tidak mengetahui khasnya anak-anak muda zaman sekarang ini, dan apa yang ada dalam kelebihan Kampung ini dimata para penyelidikan, sering dibincangkan dan diperdebatkan dan ‘Kampung Air’ telah menjadi tempat banyak melahirkan para pemimpin bertaraf sultan, ulama dan penghulu seolah tempat ini sebagai rumah yang amat mulia dan suci hatinya lihatlah perkembangan dan kemunculan anak-anak watannya misalnya Tun Sakaran Dandai mantan TYT Negeri Sabah yang tinggal di kampung Air Lorong 4(USNO-UMNO), YB Datuk Shafie Afdal - Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia ke Timbalan Menteri Pertahanan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ke Menteri Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari Kampung Air Lorong 4 (UMNO),  YB Datuk Nasir Tun Sakaran – Menteri  di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari Kampung Air Lorong 4, Mantan YB Bugaya Datuk Basalie Hj Andul hamid Setiausaha Kerja Barisan Nasional Sabah dari Kampung Air Lorong 5 (UMNO), Mantan Timbalan Menteri Luar Bandar Bandar YB Abdillah Abdul Hamid dari Kampung Air, Lorong 2 atau Kampung Air Look Wanni (Parti BERJAYA dan PKR), dan beberapa pemimpin lain yang yang pernah berkhidmat terhadap masyarakat daerah ini seperti mantan YB. Marasal KK Lais dari Kampung Air Lorong 8 atau Kampung Air Rest House(PBS), YB Dato Samsu baharun Hj Abdul Rahman Mantan MP Lahad Datu dari Kampung Air Lorong 6 atau Kampung Air Sumil(UMNO) dan YB Hj. Salleh Kalbi Ahli Parlimen Lahad Datu dari Kampung Look 10 (UMNO),  Tidak kurang juga beberapa ahli politik terkenal daerah ini yang lahir dari kampong ini seperti Tuan Hj Wahab Ibnu Said(Parti BERSIH) dari Kampung Air Lorong 4, Hj Abdul Razak Bin Hj Palah (Parti PRS) dari Kampung Air Lorong 4, haji Mahmud Hj. Manusur (Parti BERJAYA) dari Kampung Air Lorong 1, Noraidah Hj Abdul Salleh (BARISAN SABAH) dari Kampung Air Lorong 3 atau (calun dari golongan Wanita Pertama daerah Semporna bagi Parlimen Semporna 2004), Hj Ispal Hj Addok (AMT Parti PBS) dari Kampung Air Lorong 2, Abdul Aziz Hj Abdul Hamid(Parti Keadilan) dari Kampung Air Lorong 2 dan Abdullah Sani Hj Abdul Salleh dari Kampung Air Lorong 3, Semporna. Pencapaian mereka ke tahap yang amat tinggi sehingga ada yang menjadi TYT (Tuan Yang Terutama Negeri Sabah) atau Sultan Sabah, menjadi Menteri Kabinet dan mencipta sejarah Negara khasnya Negeri Sabah untuk menjadi orang No.3 orang menteri penuh yang masih memegang jawatan serta berkuasa menentukan masa depan Kampung Ayer, Semporna. Penghulu jaji merupakan Penghulu Pertama Daerah Sebelum diambil-alih oleh Penghulu Hindi(Seorang berketurunan Khatib Sarahari Imam Salamat yang kuat pada agama) Bin Basarani dari Kampung Tangal dan Keluarga Datuk Penglima Abdullah Bin Unddang. Imam Jayari dan banyak lain. Mungkin ramai tidak mengetahui terdapat sungai-sungai yang mengalir didasar kedudukan kampung Kampung Air dan dimana sungai ini alirannya mengalir dari perkuburan orang-orang Islam yang terdekat dengan Balai Polis dan perkampungan orang-orang Cina kini sudah diruntuh rumah penempatan orang-orang Cina, jadi tanah tersebut telah diambil-alih oleh Pejabat Daerah untuk pembangunan. Cerita ini disampaikan oleh ayah saya sendiri iaitu Penghulu Hindi dmana ia memberitahu saya, katanya ‘Dibawah kulong(bawah) rumah kita terdapat sunga-sungai mengalir dimana sungai-sungai tepat betul dengan rumah kita. Dari sungai itu alirannya  berpunca dari perkuburan.’ Memang saya akui, kalau ada kematian dari keluarga belah ayah ataupun belah ibu pasti akan dimandikan dirumah ayah ketika itu samada dari keluarga jauh ataupun keluarga dekat. 
Ibu pejabat Bahagian Parti Kemerdekaan Sabah USNO bagi daerah Semporna pada tahun 1960-an terletak di Kampong Air Semporna di tapak Madrasah kampong ini yang telah melahirkan pemimpin hebat dan ternama serta termasyur di negeri ini dan juga negara ini. Di mana kedudukan kampong Ayer ini dapat kita bahagikan beberapa loronng-lorong utama iaitu Tun Sakaran Bin Dandai Mantan TYT Negerai Sabah yang tinggal di Kampung ayer ‘Lorong 4’ (USNO-UMNO), Dato’ Nasir Tun Sakaran Menteri di Jabatan Ketua Menteri dari Kampong Air Lorong 4’ (USNO-UMNO) Dato’ Shafie Hj Apdal Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dari kampong Air. ‘Lorong 4’ (UMNO), manta YB Bugaya Dato’ Basalie Hj. Abdul Hamid Setiausaha Kerja Barisan Nasional Sabah dari Kampung Air Lorong 5 (UMNO), mantan Timbalan Menteri Luar Bandar YB Abdillah Abdul Hamid dari Kampung Air Lorong 2 atau Kampung Air Look Wanni(Parti BERJAYA dan PKR) dan beberapa pemimpin lain yang yang pernah berkhidmat terhadap masyarakat daerah ini seperti mantan YB. Marasal KK Lais dari Kampung Air Lorong 8 atau Kampung Air Rest House(PBS), YB Dato Samsu baharun Hj Abdul Rahman Mantan MP Lahad Datu dari Kampung Air Lorong 6 atau Kampung Air Sumil(UMNO) dan YB Hj. Salleh Kalbi Ahli Parlimen Lahad datu dari Kampung Look 10 (UMNO) mereka semua berasal dari kampong ini dan pernah menjadi remaja serta belia kampong ini satu ketika dulu walaupun mereka telah berhijrah dari kampong ini namun rumah asal mereka masih kekal di kampong ini bagi mengekalkan identity asal mereka terhadap satu perkampungan yang dianggap mempunyai ‘sentimental value.’ Tidak kurang juga beberapa ahli politik terkenal daerah ini yang lahir dari kampong ini seperti Tuan Hj Wahab Ibnu Said(Parti BERSIH) dari Kampung Air Lorong 4, Hj Abdul Razak Bin Hj Palah (Parti PRS) dari Kampung Air Lorong 4, haji Mahmud Hj. Manusur (Parti BERJAYA) dari Kampung Air Lorong 1, Noraidah Hj Abdul Salleh (BARISAN SABAH) dari Kampung Air Lorong 3 atau (calun dari golongan Wanita Pertama daerah Semporna bagi Parlimen Semporna 2004), Hj Ispal Hj Addok (AMT Parti PBS) dari Kampung Air Lorong 2, Abdul Aziz Hj Abdul Hamid(Parti Keadilan) dari Kampung Air Lorong 2 dan Abdullah Sani Hj Abdul Salleh dari Kampung Air Lorong 3, Semporna. Pencapaian mereka ke tahap yang amat tinggi sehingga ada yang menjadi TYT (Tuan Yang Terutama Negeri Sabah) atau Sultan Sabah, menjadi Menteri Kabinet dan mencipta sejarah Negara khasnya Negeri Sabah untuk menjadi orang No.3 orang menteri penuh yang masih memegang jawatan serta berkuasa menentukan masa depan Kampung Ayer, Semporna.

Pengwartaan Kampung Air, Semporna    
Bila saya melihat dan mengkaji kertas kerja yang dilakukan oleh Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh salah seorang anak kampong ini, memperjuangkan hak asal-usul ‘Perkampungan Air Semporna’ yang berkaitan dengan ‘Laporan Khas Dan Cadangan’ – Kampung Ayer Semporna. Di mana saya dapati tindakannya ini harus dipertimbangkan bukan saya setuju dalam hal ini, kerana ini adalah mengekalkan satu tempat pernah menempatkan semua pemimpin, para ulama dan ilmuwan yang berjaya mengangkat diri anak watan ke peringkat yang lebih tinggi. Seharusnya pihak tertentu yang lebih tahu haruslah memberi ruang untuk berfikir supaya kedudukan ini dijadikan ‘Perkampungan Kekal atau Kampung Warisan’ harus dipertahankan kita semua yang masih berada diperkampungan tersebut. Apa yang disampaikannya adalah dokumen itu berulang-ulang say abaca dan begitu jelas ia samapikan apa permasalahan masyarakat Persisir Pandai di Negeri Sabah dan masa deapannya bagi penyelesaian menyeluruh, walaubagaimanapun ianya bukanlahkajian ilmiah yang dibuat secara terperinci tetapi boleh digunapakai sebagai bahan rujukan generasi akan datang, mengkaji sejarah, social, ekonomi, politik perkampungan ini yang telah diterokai oleh masyarakatnya bagi mengekalkan budaya warisan bangsa. Keadaan ini, saya mula memasuki hal yang diperjuangkan oleh beliau yang masih bermustautin di kampong ini sehingga tarikh peristiwa kebakaran besar 15hb, Disember 2009 yang mendorong beliau untuk mengabadikan sejarah dan profile Kampung Air sebagai tetapan generasi akan datang. 
              Usul ini telah diterima oleh pihak Majlis daerah Semporna (local Government) secara sebulat suara tanpa bantahan dan telah meluluskannya dalam satu resolusi bagi pengwartaan ‘Kampung Air Semporna.’ Pada tahu 1996, perlantikan beliau sebagai Ahli Council Daerah Semporna telah ditamatkan uang menyebabkan pihak saya gagal untuk menyuarahkan masalah Kampung Ayer bagi maksud ‘Pengwartaan’ rancangan itu tertanggu selama 12 tahun. Pada tahun 2008-2009 rancangan mewartakan Kampung Ayer Semporna timbul semula dan saya difahamkan pihak pentadbiran daerah telah membuat keputusan bahawa Kampung Ayer harus dikekalkan sebagai Kampung Warisan. Kampung Ayer telah menjadi warisan masyarakat pesisir pantai sekian lama, menurut rekod pengujudan Kampung Air boleh dilihat melalaui pengujudan masjid lama Kampung Ayer iaitu  Masjidul al-Rahman Bertarikh 1937 menunjukan perkampungan ini lebih awal dari tarik berkenaan dan terbahagi kepada 10 lorong penempatan berpusat yang wujud secara berperingkat-peringkat antara 1887-1980an. 9 lorong jambatan atau wharf dan 1 look atau teluk di Kampung Ayer Semporna telah wujud secara berperingkat mengikut peneroka masing-masing yang majoritinya dari Pulau Bum-Bum Semporna dan masyarakat Simunul, Sibutu dan Brunei. Peneroka awal penempatan Kampung Ayer adalah penduduk asal Daerah Semporna yang datang dari Kampung Tangal Pulau Bum-Bum majoritinya adalah keturunan Legasi Magindora atau keturunan Khatib Sarahari Bin Imam Salamat di lorong 3,4,5,6,7,9 berkongsi penempatan bersama masyarakat Brunei lorong 1, China Lannang Lorong 6, Simunul dan Sibutu di lorong look 10 dan sebahagian kecilnya suku-suku keturunan Philippines. Penghijraan besar-besaran kumpulan ‘Islander’ masyarakat pulau berhijrah ke ‘Mainland’ tanah besar adalah disebabkan negara ini telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 semata-mata untuk menyahut pembangunan negara.

2 comments:

  1. good..:) its help me too much in my school assignment... tq... :)

    ReplyDelete
  2. boleh tak minta rujukan kamu dapat dari mana ? tq

    ReplyDelete