Sunday, December 26, 2010

Kenapa Saya Mencintai Ilmu Falsafah, Sedangkan Manusia Ada Tujuan Yang Tersendiri

Halaman 1

Alam itu adalah hiasan bagi ilmu dan didalamnya tersimpan seribu ilmu yang pasti manusia tidak mampu mengumpulnya. Sedangkan alam itu himpunan segala kehidupan ilmu yang digerakkan oleh manusia itu sendiri sedangkan manusia hanya sebahagian tahu menggerakkan ilmu itu, yang disalurkan kepada alam itu sendiri. Itulah manusia yang mencinta hikmah dan hidayah yang dirapatkan dengan ilmu falsafah. Memang saya akui tak semua manusia mencintai ilmu falsafah hanya manusia yang berjaya menguasai jiwanya sedalam-dalamnya kerana itu menjadi seorang ahli falsafah bukan mudah dilakukan kecuali ia pernah mengalami kesusahan hidup yang cukup dalam rasa manisnya dan pahitnya membuka jalan hidupnya yang banyak menghalang pintu hatinya.
Jalan manusia itu sungguh luas isinya, jika ia mencari nilai dirinya di atas perjalanan hidupnya dan dijelmakan hidup itu ke dalam pekerjaannya yang dilakukannya. Saya telah mengatakan dalam hidupku:
‘Aku Melihat diriku ini umpama sebuah negara sedang runtuh arahnya, tiada pegangan, tiada kepercayaan, tiada ilmu yang mencukupi dan tiada gagasan, saya cuba membina negara itu dengan cara mencari kesatuan hati dan akalku barulah terbina satu tamadun yang akan terbina jua’
Alam itu terus direnungi oleh manusia yang cintakan ilmu, alam itu tidak akan direnungi oleh manusia tidak cintakan ilmu, keduanya itu akan terus berlaku dalam diri manusia itu sendiri dalam perbezaan dan pendapat tentang kepercayaan kepada Allah SWT pasti berlaku samada Allah SWT itu Maha Pencipta dan sebaliknya.
Terbentuklah manusia terbahagi dua iaitu manusia berilmu dan manusia tidak berilmu, dua perbezaan akan mewarnai kehidupan alam itu sendiri begitu banyak manusia bebas meletak dirinya mereka hebat menguasai segalanya sedangkan mereka lupa keadaan itu sebenarnya, yang mana berkaitan dengan ‘anugerah’ menyentuh pasal anugerah setiap manusia menerima anugerah dari Allah SWT dalam peranugerahan itu kadang-kadang manusia lupa menggunakannya hinggakan peranugerahan itu mereka anggap merekalah yang sehebatnya sedangkan mereka lupa siapa yang menganugerahkan kepada mereka begitu aturcara manusia. Disinilah persoalan akan timbul pasti berlaku kepada manusia yang lupa pada dirinya tentang anugerah.
Manusia itu umpama suruhan dan hamba pada suruhan hidupnya hinggakan hidupnya dikuasai hatinya dan akalnya. Manusia terus dikuasai kedua-duanya, sedangkan manusia itu dianggap ‘diri’ dalam hidupnya yang mana didewasakan dan dimatangkan oleh umurnya dan perubahan hidup yang dinilai oleh tingkahlaku kesungguhanya dalam usahnya memikirkan apa yang berlaku dalam satu penemuan yang dilakukannya.

Halaman 2

Tak semua manusia cintakan ilmu falsafah sedangkan mereka tidak menyedarinya penting berfalsafah dalam kehidupan manusia itu sendiri. Manusia dilahirkan ke dunia ini adalah melahirkan beberapa tokoh, pemimpin dan pelbagai kelakukan manusia yang boleh dianggap pengubah dunia. Dan kelahiran ini akan meninggikan kederajatan manusia itu sendiri untuk memilih yang mana harus dilakukan sebagai ketua dalam hidupnya. Manusia itu perlu ada falsafah dan ilmu didalam dirinya, mungkin kita tidak merasai apa yang dianggap seorang pelaku ahli falsafah dan dianggap seorang perlaku ahli ilmu. Tapi saya setuju apa yang diperkatakan oleh Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang banyak membahaskan hal-hal ilmu falsafah dalam kegunaannya kepada akal manusia itu sendiri. Sebahagian besarnya manusia tidak memahami apa yang diciptakan ke atas dirinya yang mana pegangannya banyak dilatih dengan cara pengikut dari pengaruh Barat ataupun terdidik awal yang berkaitan dengan harta-harta yang mengajak manusia meninggirkan Maha Pencipta hinggakan kebanyakan manusia begitu jauh menilai isi-isi al-Quran sebagai pengasas utama dalam pembentukan manusia itu sendiri. Inilah saya inginkan bahasawanya manusia itu mula meninggirkan dirinya dengan Allah SWT hinggakan al-Quran itu hanya diamalkan sebagai budaya dalam kehidupan manusia sahaja tanpa dirujuk dan dihayati. Kita tahu, Nabi Muhammad SAW adalah pembawa kitab Al-Quran kepada manusia(seluruhnya) lemah jiwanya.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang cintakan ilmu daripada harta yang ada di dunia ini. itulah manusia sentiasa diingatkan supaya manusia melihat akan dirinya dalam keadaan yang berilmu dan yang berfalsafah. Sikap Nabi Muhammad SAW telah membuka seluruh manusia merasai kenikamatan dan hidayah yang ada didalam al-Quran. Dari seorang ahli Falsafah iaitu al-Ghazali mengatakan: ‘Aku pasti cari dia dimana-mana sahaja, aku boleh berhubung dengannya adalah melalui ilmu dan hati.’ Itulah dunia ini adalah pembantu kepada manusia yang berilmu suka rujuk kelemahan diri.
             Kenapa saya mencintai ilmu falsafah, sedangkan manusia ada tujuan yang tersendiri, dalam kehidupan itu pasti ada tujuannya perlu manusia cari dan cari asas-asas ilmunya bukanlah kerana harta yang terkumpul dan akhirnya kehendak hati susah mendalami oleh al-Quran. Kerana itu saya melihat ‘Manusia itu sebahagian besarnya terbentuk dirinya dari al-Quran dan sebahagian besarnya pula terbina oleh alam itu sendiri. Tapi manusia terus menidakkan keadaan itu dan akhirnya manusia selalu terhalang hidupnya untuk memilih yang terbaik dalam dirinya.’
            Manusia yang sentiasa ditengahkan antara langit dan bumi dan keadaan itu begitu seimbang antara hidupnya dengan manusia dan alam. Disinilah lahirnya pertemuan hidup ketika malam bertukar kepada siang begitu sebaliknya dan kemunculan hidup hanya diterbitkan melalui hidupnya dengan ilmu bukan berkedudukan ego dalam menakluki hidup tetapi kelakukan dirinya mencari nilai falsafah hidupnya begitu jauh dengan kebenaran. Ibnu Khaldun mengatakan ‘Manusia yang tahu nilai dirinya ketika ia bercampur dalam masyarakat berilmu bukanlah masyarakat yang pengikut’

Halaman 3

Socrates telah mengatakan ‘lebih baik itu lahir pada dirimu dan biarlah ilmu itu lahir dari diri kita sendiri’ maksudnya carilah ilmu dimana-mana jua, pasti Tuhan akan mendidikmu bukanlah kerana nafsu terjebak ingin tahu dan dikenali tetapi minat begitu dalam merasai nikmat-nikmat berilmu. Dia pernah berkata lagi,’Manusia yang lemah adalah manusia membebaskan dirinya dalam perbuatan yang bercanggah dengan manusia yang berilmu akhirnya dia jatuh dengan secara perlahan-perlahan dalam hidupnya tanpa ia sedar.’ Disinilah manusia terdidik dengan aturcara ia menguasai ilmu apa yang dicarinya…….

No comments:

Post a Comment