Thursday, December 23, 2010

Kekuasaan Dalam Seni

Menduakan apa-apa yang berkaitan dengan Tuhan telah dengan halusnya dielak oleh kaum Muslimin pada setiap masa dan tempat. Tiada masjid yang mengandungi apa-apa yang cuba menggambarkan atau yang menyekutukan Yang Maha Esa. Masjid sememangnya dari dulu merupakan sebuah bangunan yang kosong. Dinding dan silingnya dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran atau corak-corak Arab yang abstrak. Corak-corak ini direka dari daun, bunga dan tangkai yang diubahsuai sifat-sifat semulajadinya dan dengan itu diabstrakkan serta diulangi secara simetri untuk mengelakkan dari pendapat yang menggambarkan Tuhan.
Corak-corak juga mengandungi bentuk-bentuk geometri yang secara tidak langsungnya menunjukkan penafian bahawa alam itu menyerupai Tuhan. Corak-corak ini direka supaya dapat diubasuai dan ditokok-tambah bagi menunjukkan gambaran yang tidak terhad yang mana kesinambungan  bentuk-bentuknya menggerakkan imaginasi kita kea rah yang tiada penghujungnya. Ia melahirkan ‘ide pengertian’ yakni kesinambungan yang tak terhad dan meminta imginasi melahirkan kesinambungan yang menjangkaui setiap dinding, jalurm bahagian depan atau lantai. Imaginasi akan gagal setiap kali untuk melahirkan kesinambungandan dalam prose situ, member bahan tersebut satu perasaan keindahan tentang ketidakperian satu aspek tentang kekuasaan.
Kesemua seni dalam Islam dibentuk bagi mencapai satu kepuasan dalam kekuasaan ilahi sebagai satu prinsip terunggul dalam keindahan. Kesenian Islam menjadikan proses mereka corak sebagai mengubah sifat-sifat semulajadi, kesemuanya tidak boleh dibangunkan dan tidak berupa dan kesemuanya cuba nerentasi kenyataan kuasa semulajadi gravity dan pautan, eleman-eleman semulajadi jirim, udara dan cahaya, air dan warna, irama dan lagu, firasat dan pengertian, pendeknya tentang semua yang semulajadi dan beruapa kepada corak-corak terapung dan berterbangan bagi mencadangkan ketidakperian. Sepanjang pengetahuan saya, kekuasaan dalam kesenian Islam tidak pernah mengenali apa-apa yang berkecuali yang layak dipertimbangkan.    

2 comments:

  1. betul lah...bahasa abg hadi mmg agak sukar difahami bg mereka yg tidak berjiwa seni..atau paling ringkas yg tidak punya "passion" dlm memahami karya org..

    Alhamdulillah, sya masih mampu faham..
    betul tu, sgala yg nyata dan x nyata dlm dunia adalah cukup abstract utk di mengertikan..hukum alam, setiap satu itu ada hubung kaitnya..tp kerna batasan kekuasaan, hanya Allah swt yg maha esah faham dan tahu tentang isinya alam..

    ReplyDelete
  2. terima kasih....kerana membaca karya abg adi, semoga ia memberi hidayah kepada sesiapa yang membacanya....

    ReplyDelete