Tuesday, December 21, 2010

Semporna - Bagaimana Melahirkan Seorang Pemikir

'Manusia akan tahu tentang dirinya, bila ia berusaha terus berusaha mencari nilai diri tanpa mengharapkan orang disekelilingnya' petikan karya al-Hindi iaitu 'Pengembaraan al-Hindi'

           Saya melihat tentang diriku dalam kehidupanku yang sebenarnya begitu kerdil disisi Allah SWT hinggakan saya kagum melihat ciptaan-Nya dan kejadian-Nya, keluasan alam ini yang penuh dengan ilmu serta persoalam dalam hidupku. Saya akui sebagai manusia biasa pasti menemui kelemhan dan kelebihan, dua keadaan ini akan mencorakkan kehidupan manusia samaada ia menemui kelemahannya ataupun menemui kelebihannya bergantunglah dengan daya usahanya dalam meningkatkan dirinya dalam hidupnya. Manusia sebenarnya diciptakan oleh Allah SWT adalah suruhan dan utusan tidaklah lebih daripada itu 'itulah alam ini adalah tempat sementara sahaja' untuk manusia. Dalam perjalanan saya lalui dalam dunia penulisan, saya selalu memikirkan bagaimana melahirkan seorang pemikir didalam masyarakat. sebelum, mendalami dunia penulisan, saya sentiasa dikembangkan hidupku dengan menghayati karya-karya agung salah satunya buku 'Muqaddimah' karya Ibnu Khaldun, dikatakan seorang tokoh ilmuwan Islam yang agung dalam 'bapa ilmu sosiologi ataupun 'The father of sociology', disinilah saya menghabiskan masaku mendalami buku ini, ketika menunggu keputusan SPM, dari hasil itu, saya didapati buku ini cukup unik dan luarbiasa kerana banyak asas-asas kehidupan dalam dunia bermasyarakat, bertamadunan dan melahirkan manusia yang terus berilmu serta pembina tamadun. Tambah pula, banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Khaldun yang amat jarang dilakukan oleh manusia lain iaitu menyingkap adanya undang-undang yang berpengaruh terhadap fenomena sosial kemasyarakatan yang terjadi di atas alam ini. Setelah bertahun-tahun saya mendalami buku ‘Muqaddimah’ karya Ibnu Khaldun, telah membuatkan saya terus menghuraikan corak pemikiran Ibnu Khaldun dengan memahami pelbagai negeri-negeri di Malaysia – dari Perlis hingga ke Sabah, ini bersesuaian dengan pekerjaan saya sebagai seorang penyelidik yang banyak menerokai pelbagai sudut politik, ekonomi, social, agama, wajah manusia, tabiat dan akhlak, kedudukan, bahasa, corak kehidupan dalam mereka berfikir. Ibnu Khaldun telah mengatakan dalam bukunya ‘Muqaddimah’
‘Sejarah membuat kita faham akan hal-ehwal bangsa-bangsa  terdahulu yang merefleksi diri dalam perilaku kebangsaan mereka. Sejarah membuat kita mengetahui biografi para nabi serta Negara dan kebijaksanaan para raja. Sehingga menjadi sempurnalah faedah mengikuti jejak historis bagi orang yang ingin mempraktekannya dalam persoalan agama dan dunia.’
Memikirkan tentang sejarah dan peristiwanya
Penulisan sejarah memerlukan sumber yang beragam dan pengetahuan yang pelbagai sumbernya. Ia juga memerlukan perhitungan tepat dalam menilai sesuatu perkara yang difikirkan sebagai bahan bukti dan diasaskan sebagai sumber rujukan dalam menjalankan sesuatu penemuan yang seseorang, ia lakukan melalui ketekunan. Keadaan ini membawa ia kedalam kebenaran dan menyelamatkannya dari pelbagai kesalahan. Sebab apabila catatan sejarah mereka cuma di dasarkan kepada bentuk nukilan dan tidak didasarkan pada pengetahuan yang jelas tentang prinsip-prinsip yang ditarik dari kebiasaan, tentang fakta-fakta politik yang fundamental, tentang watak peradaban dan tentang segala hal-ehwal yang terjadi di dalam kehidupan social manusia serta selanjutnya apabila sejarah tidak diperbandingkan antara materinya yang gaib dengan materinya yang nyata antara yang baru dengan yang kuna, pasti akan ditemukan batu penghalang, ketergeliciran dan kekhilafan di dalam berita sekarah tersebut.      
Dalam kajian saya, Ibnu Khaldun begitu rajin dan tekun dalam pekerajaannya sebagai penyelidik dalam melakukan penyelidikan dan pengamatan yang berkaitan dengan huraian manfaat besar historigrafi(ilmu sejarah) dan memukakan pengertian segala bentuk metode historiografi dan secara sepintas menyebutkan kesalahan para sejarawan. Termasuklah peradaban dan ciri-cirinya yang hakiki, menghurai sejarah, generasi dan negara orang-orang Arab sejak terciptanya alam hingga kini termasuklah  sejarah bangsa Barbar dan Zanatah, yang merupakan bagian dari mereka khususnya kerajaan dan Negara-negara Maghribi. Saya melihat buku ini berisi sejarah-sejarah dunia yang berlaku di atas tamadun-tamadun yang pernah muncul sebagai tamadun yang disegani dan runtuhnya sesebuah tamadun kerana rakyat yang lemah menguasai pelbagai ilmu. Ia member alasan dan sebab ke dalam peristiwa-peristiwa pelbagai negara. Ternyata ia menjadi berjana bagi filsafat dan wadah bagi sejarah untuk ratapan.
Memikirkan tentang sejarah generasi silam, generasi pertengahan dan generasi akan datang
Saya beranggapan alam ini merupakan tempat manusia hidup bermasyarakat, berilmu, menghimpu hidup benar ataupun hidup palsu, ini kitaran manusia sentiasa berulang dalam corak kehidupan mereka, ini jelas apabila saya banyak melihat aktiviti-aktiviti itu berlaku dizaman ini. sememangnya manusia punya corak sejarah masing-masing untuk melahirkan dirinya sebagai yang terbaik, tapi persoalannya ‘terbaik’ macam mana harus kita lihat darisudau dalaman dataupun dari sudut luaran. Dalam ‘terbaik’ adalah manusia sentiasa diadabakan dengan ilmu yang berterus bukanlah disandarkan dengan kemewahaan dunia. Dalam hal ini, saya tidak mengabaikan sesuatu pun yang berkenaan dengan asal-usul generasi dan negara, sinkronisme bangsa-bangsa abad permulaan, sebab-sebab perubahan dan varisai di abad-abad lampau serta perkumpulan-perkumpulan keagamaan. Juga yang berkenaan dengan Negara dan millah, kota dan desa, mulia dan hina, banyak dan sedikit, ilmu pengetahuan dan keahlian, mata pencarian dan kerugian, kondisi umum yang berubah-ubah, hidup mengembara dan menetap, peristiwa actual yang akan datang ini berlaku dalam peradaban.

3 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Tahniah Abg Hadi, selamat datang ke alam blogger..

    tidak banyak yg boleh sya perkatakan tentang isinya,maklumlah mungkin sya masih cetek ilmu :)..

    apa pun, isi penulisan mmg penuh dgn unsur seni dan sastera..dmana amat baik. cuma mungkin ada, sedikit2 penggunaan kata ganti diri.kena guna bahasa sastera jgk tu kali...ehehhee..

    untuk persembahan yg lebih baik, mungkin boleh buat dlm perenggan...jadi, pembaca lebih mudah ingat fakta2 yg disampaikan...
    tapi sbgai perenggan awal, ini sudah cukup baik :) ..

    rajin2 update blog, insyaAllah sya akan selalu kunjungi laman maya ini...klo rajin, tulis lah pasal visi 2050 tu k.

    Ringan kan minda, lapangkan hati..selamat berkarya!

    ReplyDelete
  2. *perenggan - maksud sya yg pendek2...ehehehe

    ReplyDelete