Jadikanlah pagi itu cermin untuk bertemu dengan Allah
Dari Penulis
Setiap hari kita sering bercermin untuk menampakkan dan menampailkan diri sebagai hamba yang sering dihormati dan disegani serta disayangi. Bila kita sahaja keluar daripada rumah pasti kita akan terlihat kerenah manusia dengan tabiatnya begitulah selera kita pada diri kita sendiri, bila kita menunggu, menaiki kereta, menaiki bas, menaiki motor, tumpang kereta kawan, naiki lori pelbagai kerenah manusia pasti kita lihat setiap pagi dan setiap petang serta macam-macam kita lihat.
Namun, kita sebagai hamba sering diletakan sebagai pesuruh kepada manusia kita kenal supaya kita berada dalam ketenangan dan penuh keceriaan bukanlah menunjukkan penampilan kita sebagai manusia yang mulia. Kita selalu berada dalam perjalanan untuk pergi ke mana-mana sahaja di pagi itu kita lihat wacana diri ketika diri kita dalam gelisah dan risau takut tak sampai dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah dengan cara membaca ayat-ayat al-Quran dan tarik nafas perlahan dalam tiga kali hembus dengan baca bismillah….kerana Allah SWT.
Tekanan dalam keadaan pagi nak turun ke pejabat cukup merisaukan ketika kita berada kesesatan kereta di tengah jalan terutamanya kehidupan di kota-kota besar, disinilah kita berperang dengan perasaan dan disinilah tertanam perasaan dengki kepada diri sendiri hinggakan orang lain dipersalahkan tanpa sebab akhirnya perasaan dengki yang ada diri kita tadi terkena pada orang lain. Keadaan ini terus melarut dengan kelewatan kita disebabkan kita berperang sendiri dengan perasaan dan akhirnya kita telah dikalahkan oleh perasaan dengki kita sendiri. Sebenarnya diri kita boleh didamaikan dengan mendengar lagu-lagu alam dan lagu-lagu yang mempunyai berusurkan kecintaan, kesayangan dan keagamaan dengan ini hati kita akan damai dan tenang menerima teguran orang……
Sebenarnya cermin manusia yang terbaik adalah melihat alam seolah ia melihat pada Allah…setiap pagi dan setiap petang….sebab itulah manusia perlu dicermin dengan kesucian dan kemulian…setiap pagi dan setiap petang….
No comments:
Post a Comment