Monday, November 18, 2013

Melihat Wajah Kerana Pensil
Tangan Peganganya

Aku cuba angkat papan sebuah lukisan begitu kosong agak putih keadaannya seolah suci dari kotoran, aku cuba fikirkan apa yang papar di kertas putih ini, mencari pensil yang hilang ketajamannya dari semalam aku cuba melakarnya dengan kemampuanku.

Aku cuba angkat keadaan itu ke alam nyata berlakar seolah aku berdiri tanpa tujuan hanya melukis kerana ketenangan mula datang memahat sentuhan dalam kedukaan dan mula ketabahan hidup membentukku terus menghasilkan lukisan ini sepanjang malam walaupun temanku dulu meninggirkan dalam hidupku kini aku lakarkan dengan buah pemikiranku yang realiti dan nyata. 
Lukisan Kanan
bermula satu renungan akan berlaku masa ketika gelisah,
tiada teman yang bersuara,
aku cuba membayangkan wajahku,
pada sepi tiada cermin,
membentuknya kecualilah hati,
melakarnya,
mungkin aku hanya membayangnya,
dihujung pensila berlakar,

Mencari Tuhan

Mencari Tujuan Itu Tersimpan Makna
Dari-Nya Allah SWT



Satu kehidupan yang dibiarkan dari Allah SWT
telah memberikan jalan kepada manusia,
indahnya itu adalah akhlak pada-Mu
tiada bandingnya

Sedaun itu tak bersuara
Angin itu layu terbang bersama irama sadu yang terpaut dengan kecintaan pada Maha Pencipta, 
Terlihat cahaya datang memancar merata ke pantai walapun ombak menusuk ke pantai bagaikan berenang-renang. tersandar renungan luas yang menanti yang mungkin bakat berlaku mengungkap kerana rahmat Tuhan yang datang tanpa jemu mengikat jiwa manusia terluka kerana ingin mencari ubat pada perindu yang terbair jauh yang terduduk dalam kelayuan tanpa tujuan. 
Suara alam itu diam kerana ia bersopan kerana man usia suka menyentuhnya tanpa jemu-jemu kemana perginya awan pasti hujan berada dipinggiran waktu. mengikat jiwa yang risau yang mungkin tersuku-suku bahagian perasaan dan hati membelah kerinduan pada Tuhan mungkin mati dalam hati yang sukar diubati. manusia amat agung bila ia berilmu, dari ilmu ilmu manusia akan dirajakan sebagai petunjuk jalan yang lurus hidupnya. tiada hidup sesat hidupnya, dari satu ke satu jutaan hidupnya akan manusia berilmu. 

Catatan Perjalanan
Terima Kasih Pada Allah SWT
Engkau Berikan Rahmat Keindahan Alam
Semporna
Seni-seni alam cukup menusik kerinduan,
lautnya terang selembut angin berlalu,
sungai mengalir lesu,
terlayar hanyut sentiasa menyentuh kecintaan,
pada Tuhan
 ruang langit yang putih,
melihat laut bersandar luas,
menyimpan ketenangan hati,