Thursday, December 30, 2010

__Daerah Semporna__


Melahirkan generasi berilmu 

Melahirkan generasi baru di masa depan
‘Lilin dari itulah terpancar cahaya ketika didalam kegelapan’ – penulis al-Hindi

Usaha melahirkan generasi berilmu bermula dari rumah, rumah adalah institusi pendidikan terawal dalam pembentukan sahsiah dan peribadi mukmin. Individu yang lahir daripada keluarga mementingkan ilmu pengetahuan akan menghasilkan impak berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Tidak dinafikan ilmu penting dalam membentuk masyarakat kerana tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa ilmu.

Islam meletakkan ilmu sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan ummah sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa bergantung kepada sejauh mana penguasaan ilmu yang dicapai. Allah berfirman yang bermaksud:

"Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Surahal-Mujadalah,ayat11)

Islam sudah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia berteraskan ilmu. Ilmuwan serta cendekiawan Islam pengubah dunia seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi, al-Ibruni, al-Razi, Al-Farabi, al-Ghazali. Ibnu khaldun, al-Kindi, banyak menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Pembangunan ilmu dalam dunia Islam diakui sebagai pemangkin kepada zaman pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan tamadun yang gemilang di sana. 

Bangsa Eropah mengambil inisiatif besar menterjemah dan mempelajari pelbagai ilmu dari dunia Islam. Hari ini umat Islam tidak lagi mendahului umat lain dalam bidang ilmu dan pelbagai bentuk kepakaran. Kita bukan lagi dikenali sebagai bangsa pencipta bahkan sebagai pengguna kepada ciptaan orang lain. Hari ini sedikit umat Islam menguasai bidang yang kritikal bahkan kita ketinggalan dalam arus pendidikan berbanding bangsa lain. Bagi merealisasikan pembudayaan ilmu di rumah, usaha yang bersungguh dan berterusan perlu dilakukan antaranya, ibu bapa harus menunjukkan teladan kepada keluarga khususnya anak. Mereka perlu dipupuk dengan budaya membaca sejak kecil. Ibu bapa juga perlu menjadikan amalan membaca bersama anak sebagai rutin di rumah, selain sentiasa membawa mereka ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan baru. Ibu bapa juga patut menyediakan peruntukan kewangan khusus untuk tujuan itu.

Pengorbanan wang ringgit bagi membeli buku dan bahan bacaan bermanfaat untuk anak adalah pelaburan yang baik demi masa depan mereka. Menyediakan sudut khas atau perpustakaan mini di rumah. Ini bagi memupuk minat membaca anak di samping memberi galakan serta ganjaran bagi mereka yang gemar membaca buku ilmiah. 

               Akhirnya, untuk melahirkan bangsa yang maju, hebat dan dipandang tinggi maka pembudayaan ilmu yang seimbang iaitu ilmu fardu ain dan kifayah perlu diterapkan sejak dari kecil lagi. Perbanyakkan bahan bacaan dalam rumah semoga impian melahirkan modal insan dan pemikir kelas pertama menjadi kenyataan.

2 comments:

  1. saya baca entry yang ini, teringat customer sya yg datang sign aggrement semalam...

    customer tu dia apply housing loan..so, dia bertanya tentang peguam..sya kata, peguam tu pihak bank yang lantik..nanti kemudian baru peguam tel. dia...aduiii, sekali sya kena ceramah...ceramahnya mcm isu di atas jgk.

    Dia kata.....
    "Kita Malaysian ni suka ikut peraturan ciptaan barat..sepertinya pemimpin kita hari ini sudah tidak kreatif dlm menggubal undang2 sepatutnya...sepatutnya, saya sbagai peminjam ada hak untuk melantik panel guaman sya..mcm beli barang, sya ada hak utk beli barang yg saya suka...tapi, ini tidak..peraturan yg ditetapkan, membataskan hak saya.....


    Bila sya fikir balik,
    Betul jgk tu..undang2 kita skrng banyak yg copy paste dr negara luar..ilmu AlQuran dan hadis sudah kurang d guna pakai...Sebabnya, anak2 hari ini banyak belajar ilmu kehidupan dan kebaratan saja...sudah kurang ilmu akhirat...

    Pada Pendapat saya, mmg perlu d titik berat kan tentang ilmu..dalam masa yang sama, perlu terapkan keseimbangan dlm menuntut ilmu..maknanya baik akhirat, baik jgk ilmu dunia...InsyaAllah, berjaya dan bercahaya kehidupan mereka...

    ReplyDelete
  2. TQ,..Semoga komen ini dapat membuka minda sesiapa yang membacanya...Amin
    Satu kesedaran yang amat tinggi...
    sy kagum

    ReplyDelete