Saturday, January 1, 2011

Catatan Dari Daerah semporna

Pengembaraan-ku di Pekan Kunak

Pada tahun era 1980-an, saya mengunjungi Pekan Kunak sebanyak 5 kali dan diketika itu Kunak dianggap Pekan koboy kerana bangunan-bangunannya masa itu diperbuat daripada kayu papan begitu banyak dan amat sikit bangunan-bangunan bersimen dan terdapat juga pelatar-pelatar dalam proses buah minyak sawit. Dengan tidak hairan kedudukannya dikelilingi oleh penanaman pokok sawit, terdapat juga pelabuhan, persingggahan kapal-kapal dari luar negara dan dalam negara  dan penempatan perumahan kayu untuk penduduk disini masih ada  sampai sekarang. 

                                                                Peta Pekan Kunak
                                                               Pelabuhan Pekan Kunak
Dulunya ia diekenali sebagai pelabuhan BAL (Borneo Abaca Ltd) di mana ia digunakan sebagai tempat pemungguhan minyak kelapa sawit mentah oleh pihak company untuk export kini pelabuhan Kunak telah dinaik taraf dengan kos sebanyak RM 45 juta dan siap sepenuhnya pada Oktober 2007 dibawah seliaan Sabah Port Sdn.Bhd anak Syarikat Kumpulan Suria Bhd. Kini fungsinya telah ditambah lagi sebagai hub pinti masuk export minyak  yang uatam di Sabah pembinaan laluan pelabuhan berkembar yang baru sejauh 17 meter disini juga, akan menambahkan lagi, kapasti pelabuhan sehingga 45,000 DWT berbanding infrastrktur industri minyak sawit di Pekan Kunak juga sekaligus menjadi daerah Pekan Kunak sebaris dengan daerah Lahad datu sebagai hub POIC di negara ini.

                                                  Panorama Sekitar Pekan Kunak awal 90-an

                                                            Sekolah Agama Pekan Kunak

                                                                    Dewan Kunak

                                                              Hospital Pekan Kunak

                                                             Masjid Pekan Kunak

                                                               Pejabat Pekan Kunak

                                                                     Stesen Pekan Kunak
                                                           Pelatar Minyak Sawit


Tapi selepas tahun era 2000, Pekan Kunak berubah wajah baru dengan pembangunan berterus begitu banyak pembinaan telah terlakar di atas pemimpin yang meneruskan pembangunan ataupun mengubah  wajah pecan Kunak terbinalah hospital, masjid, sekolah, stesen minyak perumahan untuk penduduk tempatan. Dengan ini, era tahun 2000 adalah langkah utama sejajarnya dengan wawasan Negeri Sabah yang diperuntukan berapa juta untuk membangun sector pembangunanya dan membaiki pulih jalanraya yang menghubungi jalan utama iaitu dari Semporna ke Lahad Datu merupakan kedudukan Pekan Kunak yang tersusuk ditengah dua daerah ini(Semporna dan Lahad Datu). Dan perjalanan dari Pekan Kunak mengambil 1 jam 45 minit ke Semporna dan perjalanan dari Pekan Kunak ke Lahad Datu mengambil masa 2 jam lebih.
Pekan Kunak, bila dilihat pekan kecil tapi pekan ini merupakan pekan yang tersendiri darisegi pembangunannya begitu cepat hinggakan ia dianggap oleh penjajahan sebagai tempat pemunggahan Minyak Sawit mudah menempatkan minyak sawit disebelah pantai timur Sabah, yang masih digunakan hingga kini.
Banci Penduduk Dan Perumahan Daerah Kunak Tahun 2000.
Di bawah adalah statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000:-
Tempat Kediaman; Didiami = 5,372, Kosong = 1,029, Jumlah = 6,402
Dengan isi rumah berjumlah 5,568.
Penduduk (Hari Banci); Lelaki = 13,641 orang, Perempuan = 11,273 orang, Jumlah = 24,907 orang.
Pentadbiran Mukim Dan Kampung
Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.
Senarai kampung 'Mukim Pangi Mukim Madai' Kampung Airport Bt. 10 Kampung Cenderawasih Kampung Getah Kampung Giram Kampung Hampilan Kampung Jaya Baru Kampung Kadazan Kampung Kansuri Kampung Mostyn Kampung Pangi Kampung Pangi Hujung Kampung Pengkalan Kampung Sapang Air Kampung Selamat Kampung Skim Kokos Kampung Sungai Atas Kampung Sungai Langgas Kampung Telaga Tujuh
mukim madai Kampung Asli Baru Kampung Cina Kampung Dasar Baru Kampung Dasar Lama Kampung Kabog Kampung Kunak Darat Kampung Kunak Jaya Kampung Kunak Tiga Kampung Lormalong Kampung Madai Kampung Ulu Madai
Pembangunan Ekonomi
Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak. Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak
Koko
Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko.
Perikanan
Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000



No comments:

Post a Comment