Thursday, January 6, 2011

Pengembaraan-Ku Di Sebuah Daerah - Lahad Datu




Di saat saya menyiapkan beberapa nota, pena dan bekalan untuk dibawah dalam pengembaraanku, terasa risau jiwaku untuk memikirkan apa yang akan berlaku dalam perjalanan ini. Tapi kulihat setika Masjid Semporna Ar-Rahman begitu tenang dan aman seolah ada manusia mendoakan saya semoga dapat menemui jalan kebenaran bila berada dinegeri orang dan teringat doa isteriku serta anak-anakku yang tidak sabar lagi untuk pulang kembali kepada kepada mereka(mereka berdoa kepadaku tentang pengembaraanku ini – mereka memesan tulisanlah apa ayah tulis pasti kami akan membacanya disaat kami meningkat dewasa nanti). Jauhnya berada dirantau orang seolah saya terasa jauh dari tanah kelahiranku iaitu Semporna, namun kekuatan yang ada minat mendalami mencari ilmu, saya mula menyedari manusia itu perlu mengubah dirinya sebelum mengubah orang lain. Di stesen Semporna disitulah ke stesen Lahad Datu yang berhampiran dengan rumah T.Y.T Tun Sakaran Dandai, juga berdekatan beberapa kedai minuman dan makanan, kedai belanja dan kedai membaiki kulit bangku kereta dan hiasan bangu rumah dan berdekatan dengan stesen bas semporna ke Kota Kinabalu iaitu bas ‘manis’ dan bas ‘Sabariah’ dulu bas ‘Diana’ singgah disini, tetapi bila ada kawasan yang sesuai lagi kawasan disitu agak sempat, terpaksa cari tempat lain.
Bermulalah pengembaraanku  ke Lahad Datu yang mengambil masa begitu lama lebih 3 jam untuk sampai ke Lahad Datu dan saya terpaksa meninggalkan Pekan Bernama Semporna untuk sementara waktu dan untuk meneruskan pengembaraan ini. kulihat wajah alam dan isinya semua sedang bekerja untuk ratapan manusia dan supaya manusia ingin belajar tentang kehidupan yang sebenarnya. Kata orang ‘pengembaraan tidak bererti seseorang itu membawa diri kerana kecewa ditempat sendiri, oh! Tidak, sebenarnya jika seseorang itu dianugerahkan oleh Allah SWT dalam kebolehan sesuatu perkara pasti dia akan memperolehi begitu banyak mendapat hikmah yang paling tinggi dalam hidupnya, dan hikmah itulah akan membawa seseorang hidup lebih jauh lagi, saya akui permulaan itu sering digambarkan permulaannya agak susah dan sukar mencari bagaimana pengembaraan itu dimulakan. Berada didalam perjalanan, saya cuba memikirkan perihal keadaanku bila berada ditengah perjalanan antara Semporna dan Lahad Datu terasa susah untuk mulakan catatan, apatah lagi keadaan dalam bas yang saya naiki sentiasa bergerak terus bergerak agak sukar untukku membetulkan apa yang saya fikirku dalam keadaan ini. Sedar tak sedar saya sudah berada di bahagian Pekan Kunak, dengan  kesibukannya dijalanraya yang luas ini teringat pula wajah indah yang berlabauh didalam pengembaraan ini, salah satunya adalah melihat manusia sedang menyentuh alam dengan sabar, tekun dan rajin memilih menilai apa yang dicari dicelah-celah tanah hinggakan hasilnya dijual ditepian jalan disimpang jalan antara Pekan Kunak dan Lahad Datu setelah berhenti nak makan tengahari, distulah saya melihat gelagak orang didalam bas sentiasa keadaan kepayahan dan tidak bermaya untuk bangun apatah lagi memahami pengembaraan ini. Setelah letih merenung usia alam ini, saya mula merasai kepayahan orang bertani asyik menjadi penyambut tetamu setelah ketibaan para penumpang simpang disini digerai seorang berbangsa Bugis mereka jual adalah buah-buahan termasuklah minum mineral dan makanan ringan. Saya mula masuk ke bas dan merehatkan diri sebelum membuat catatan lagi, saya melihat jam di handset Nokia(yang dibagi oleh adikku iaitu Suffian), dan semua pemumpang yang sebas dengan mula masuk setelah mengisi perut di sebuah gerai di Pekan Kunak.
Di saat inilah saya menulis, ‘Dan manusia dan alam sering memerlukan untuk menguasai sebuah kehidupan yang perlu dicatat dalam sehelai kertas putih supaya ia tidak hilang dalam ratapan kehidupan- ‘Wahai alam, aku disisimu yang tidak tahu apa-apa ada sedangkan aku sedang berjalan di tanah orang dan aku amat memerlukan arah jalanmu dan berikanlah sebuah kehidupan untukku wahai alam sesungguh budimu cukup dalam untuk membentuk diri manusia ini supaya tahu keagungan Allah SWT , wahai alam, engkau menyimpan peribadi Allah SWT amat tinggi nilainya dan jadikanlah aku sebagai manusia amat memerlukan didikan dari Tuhanmu supaya aku tidak tergolong kepada manusia yang sombong dan ego disisi Allah SWT….Amin’
Wajah alam Daerah Lahad Datu mula menjelma setelah melintas bukti yang ada disekelilingnya yang menghadap ke laut dipersisiran pantai timur Sabah, rumah-rumah singgahan iaitu rumah pendatang bersarang dikawasan paya bakau. Lautan luas menampakkan diri sebagai dialah paling luas antara ciptaan Allah SWT dengan tumbuhan yang menghijau pelbagai jenis, terlihat seanak kecil menolong seibu dikebun seluas seekar luasnya, terasa hati tersentuh ukiran hidupnya yang penuh pengertian hidup dalam hidup, sianak masih berumur 7 tahun sudah pandai menyentuh wajah seorang ibu yang sedang mencucuk tanam dan lalu dia membagi segelas air kepada ibunya sedang bekerja, inilah lukisan alam yang cukup istmewa bagiku bila bas berehat seketika nak menyejukkan enjim bas yang terasa panas dalam perasaan pemandu bas kami naiki. Lembu-lembu ditepian berjalan beriringan berjalan seolah meneruskan perjalanan hidup yang menjemput saya memahami arah jalan kemana lagi akan diperpergikan lagi selepas ini.  Dua jam  berada diruang jalan asing tiada teman hanyalah menulis sahaja terasa sepi dalam pengembaraan ini. Terpaksa kami meninggalkan hentian ini bersama ibu dan anak sedang bertani diatas tanah seekar luasnya menuju ke Lahad Datu, tak sampai beberapa jam kelihatan perumahan Muhibbah antara perumahan yang ramai penghuninya dan rumah-rumah persendirian meratap diri ditepian jalan merupakan rumah hak sendiri. Kesibukan pelbagai kenderan menjadi budaya diwaktu pagi dan petang apatah lagi diwaktu cuti – ‘Sabtu dan Ahad,’ masa itu emas, semua sudah berlaku berada disini mengubah tanggapan saya terus memahami budaya masyarakatnya setelah tiba di Lahad Datu sampai ke Stesen Utama dekat Pejabat Pos dan Supermarket serta jalan utama ke balai Polis.
Dengan keadaan yang penat sangat, saya mula menyewa hotel murah satu malam RM45 dimana hotel ini bersebelah dengan stesen utama kerana kawasan itu mudah mendapat makanan ikan bakar dan makanan tempatan ‘Putu, Segol dan latu inilah makanan tradisional bangsa saya. Berada disebuah daerah yang tidak asing seperti duduk di Semporna, apa yang menariknya paling ramai adalah sukukaum Bajau disini. Setelah berehat panjang, malam sudah menjelma dan menjemput saya merenung cahaya bersarang disisi alam yang singgah sebagai pelita malam. Suara maghrib membuka kata malam terdengar ditepian jendela bilikku, begitu sadunya dan merdunnya membuatkan saya terdiam dan menghayati suasana alam ketika malam sudah berada disisiku. Dan saya mula mensucikan diri dengan bersolat pada waktu itu, 35 minit bersujud pada Allah SWT, saya memohon doa kepada Allah SWT sambil berkata kepadanya: ‘Wahai Allah SWT, aku tetamu datang ke daerah orang tiada apa yang dibanggakan berikan kekuatan untuk menulis sejarahnya supaya ia tidak hilang dalam pengembaraanku ini….dan jadikanlah ia sebagai ratapan bagi manusia ingin tahu jalan hidup di Daerah ini…..Wahai Allah SWT, kerdilnya aku disisimu tiada harta yang ada, Cuma yang ada pada saya adalah seorang pengembara yang masih berada disisi alam.’ Malam sudah diserami cahaya dan asap meliar menandakan kedudukan ini, gerai-gerai sudah ada, lalu saya keluar dari bilik hotel dan membeli lawa bungkus untuk dimakan didalam bilik. Keriangan malam itu begitu indah untuk digambarkan sebagai satu kehidupan inilah hebatnya Daerah Lahad Datu bila ujudnya pasar makan ketika malam sepi. Melarat makan sendirian didalam bilik Hotel, sambil merenung lalau hidup yang dizamankan oleh manusia sedang berlabuh tanpa kesudahan terus menganggu ruang-ruang alam yang bertapak malam ini, terasa sepi tiada teman mengkungkung diri akhirnya selesa selepas makan tiada di atas kertas(bungkusan), saya merehatkan diri sebelum saya mencatat kisah pengembaraanku. Hariku sudah berada disini, jendela malam itu memberi saya ilham untuk mrenung hidup yang berada jauh. Inilah catatanku berada di bumi daerah Lahad Datu dan memahami sejarahnya.
Lahad Datu, timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, manakala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah. Darisegi ekonomi Lahad Datu merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan, Lahad Datu menjalankan perniagaan kelapa dan kopra atau kelapa kering. kini, ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman kelapa sawit, selain dari ekonomi lain. Darisegi Kedudukan Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa tempat seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Felda Sahabat. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2. Lahad Datu mudah dikunjungi melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu mempunyai sistem jalanraya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar yang lain. Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000. Manakala bagi jumlah penduduk ialah pada tahun 39,262(1980) , 118,096(1991) , 156,059(2000). Lahad Lahad mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan lahad datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan hutan simpan. Antara kawasan menarik yang terletak di sini ialah Hutan Simpan Lahad Datu ,Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Gua Madai. Di dalamnya terletak daerah kecil Tungku. Pada 23 April 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri mengumumkan lapangan terbang baru akan dibina di sini kerana lapangan terbang sedia ada tidak memenuhi piawaian keselamatan lapangan terbang antarabangsa atau 'Aviation Certification and Interoperability Office' (ACIO). Penduduk Lahad Datu kini melebihi 300,000 orang. Alternatif ialah di Silabukan, kira-kira 25 kilometer dari bandar Lahad Datu. Pilihan lain ialah Sandau, kira-kira 35 kilometer dari bandar Lahad Datu. Silabukan merupakan kawasan ladang kelapa sawit milik agensi kerajaan negeri Sabah dan lebih mudah proses tukar milik dilakukan. Silabukan juga terletak di antara Tungku, bandar Felda Sahabat dan bandar Lahad Datu, berhampiran kawasan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) serta Hutan Simpan Tabin dan dihubungkan dengan sistem jalan raya yang baik. Terdapat berbagai suku kaum yang mendiami Daerah Lahad Datu seperti suku Kaum Idahan, Melayu, Cocos, Suluk, Ubaian, Jawa, Cina, Bajau, Orang Sungai, Kadazan/Dusun, Murut, Bugis yang merupakan kaum bumiputera di sini. Selain itu, terdapat juga segelintir penduduk kaum Cina dan India yang membentuk populasi penduduk di Lahad Datu.
Berada dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan berlainan agama menjadikan penduduk di sini unik dan sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur. Perkongsian adap serta budaya yang diturunkan oleh generasi terdahulu turut dikongsi bersama di antara masyarakat yang ada di sini. Sebagai contoh, kaum cocos sememangnya terkenal dengan tarian cocos yang diwarisi sejak dahulu kala dan masih dilakukan oleh generasi pada hari ini semasa majlis kebudayaan atau acara-acara rasmi. Selain itu, kaum Idahan pula terkenal kerana warisan sarang burung hitam di Gua Madai yang turut menjadi sumber pendapatan kaum tersebut dari dahulu sehingga kini. Kependudukan atau taburan penduduk dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi serta kemudahan perhubungan sama ada jalan raya, sungai, laut atau udara. Pada awal pembukaan penempatan hanya tertumpu di sepanjang kawasan pantai dan pulau-pulau serta Bandar Lahad Datu. Pembangunan ladang-ladang kelapa sawit turut merancakkan lagi pertumbuhan penempatan baru seperti Bandar Baru Cenderawasih dan Bandar Desa Kencana–Sahabat 16. Perangkaan yang dibuat oleh Pejabat Daerah Lahad Datu pada tahun 2000 menjangkakan penduduk di sini adalah seramai 156,297 ribu orang dengan kadar pertumbuhan 3.5 peratus pada setiap tahun. Kampung yang terdapat di sekitar Lahad Datu adalah di sepanjang pantai dan sungai-sungai selain di kawasan bandar dan pekan sendiri. Bilangan kampung semakin bertambah dari hari ke hari di sebabkan oleh peluang pekerjaan yang semakin meningkat dalam mengusahakan ladang-ladang kelapa sawit yang banyak di sini. Terdapat beberapa buah kampung yang terbentuk didalam Mukim Segama, Silam, Bandar, Dam, Silabukan dan Tungku. Kesemua kampung-kampung yang ada di sini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dalam pembinaan rumah serta adat dan budaya yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Ada di antara kampung ini yang terletak di persisiran laut, di tepi sungai dan kawasan pendalaman. Pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk setempat adalah mengusahakan tanaman kelapa sawit atau menjadi nelayan tradisional. Tidak kira apa bentuk kehidupan yang dilalui oleh mereka, semangat muhibah di antara setiap kaum tanpa mengira batas agama tetap menjadi tunjang keutamaan masyarakat di Lahad Datu. Pejabat Daerah Lahad Datu merupakan pusat pentadbiran bagi daerah ini yang telah wujud sejak zaman kolonial lagi. Beberapa bangunan telah dijadikan pejabat daerah sementara sebelum mempunyai bangunan baru yang siap dibina pada tahun 1981. Pejabat daerah ini terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Lahad Datu untuk memudahkan setiap urusan dan perkhidmatan kepada masyarakat disini. Ketua Pentadbir Daerah diketuai oleh seorang Pegawai Daerah yang turut merangkap sebagai Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dan dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Pembangunan Luar Bandar). MDLD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1962 di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Antara lainnya, merupakan agensi penguat kuasa tempatan yang turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan perkhidmatan bandaran kepada masyarakat setempat. Di dalam Daerah Lahad Datu juga terdapat lebih kurang 81 orang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang merangkumi Mukim Silam, Segama, Bandar, Dam, Silabukan dan Tungku.
JKKK berperanan dalam memastikan kestabilan dan keharmonian kampung di bawah pentadbirannya dan sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan Pejabat Daerah dalam merangka agenda pembangunan kampung dan kemajuan masyarakat di kawasan luar bandar. Lahad Datu merupakan antara kawasan pertanian yang subur di Negeri Sabah. Kawasan tanahnya yang rata terutamanya di bahagian Lembah Segama, Tanah Tinggi Segama dan kawasan di sepanjang sungai kaya dengan tanah jenis alluvial. alluvial merupakan salah satu jenis tanah yang bersesuaian untuk melakukan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit.
Dianggarkan terdapat 283,316 hektar tanah yang sesuai untuk pertanian di Lahad Datu dan 229,000 hektar telah ditanami dengan pelbagai jenis tanaman. Kelapa sawit merupakan tanaman pertanian yang utama selain koko, kelapa serta tanaman buah-buahan. Tanaman getah dan kelapa hanya dilakukan di dalam jumlah yang kecil dan kebanyakan adalah sebagai aktiviti sara diri.
di samping itu, terdapat juga beberapa produk sampingan atau hiliran hasil dari pertanian khususnya minyak kelapa sawit bertapis.
Antara produk-produk sampingan adalah seperti shortening, cooking fats, vanaspati, marjerin, cocoa butter substitute, soap pornade, tining oil, minyak pelincir dan macam-macam lagi. Dianggarkan terdapat lebih kurang 20 buah kilang memproses minyak sawit mentah termasuklah Palm Oil Industrial Cluster (POIC) yang sangat sinonim di kalangan masyarakat di Lahad Datu dan sekitar Sabah. Unik dan menyeronokkan. Ini merupakan ungkapan yang amat bersesuaian kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi Tabin Wildlife Reserve Resort yang terletak kira-kira 50km dari Bandar Lahad Datu. Tabin Wildlife menawarkan suasana yang jauh dari kesibukan kota di mana pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi, flora dan fauna yang tidak terusik, spesies mamalia, burung dan serangga yang jarang ditemui malah ada yang semakin pupus kini. Antara mamalia yang boleh ditemui di Tabin ialah Borneo Pygmy Elephant, Sumatera Rhinoceros dan Tembadau. Aktiviti seperti jungle tracking merupakan aktiviti wajib kepada pengunjung yang datang ke mari. Mereka akan dibekalkan dengan buku rujukan untuk memudahkan mereka mengenal pasti tumbuhan, spesies burung dan juga haiwan yang ditemui ketika meredah belantara. Pakej night walk atau night drive juga disediakan untuk pengunjung yang ingin menjejak haiwan-haiwan yang hanya akan keluar pada waktu malam. Biasanya mereka akan diawasi oleh seorang pemandu pelancong yang berpengalaman di samping dibekalkan alatan seperti lampu suluh, kasut getah, kompas dan sebagainya. Pengunjung pasti akan terpesona dengan keindahan Air Terjun Lipad  dan Mud Valcano yang terletak di tengah-tengah hutan semasa ekspedisi meredah hutan dilakukan. Mereka boleh berkelah sebentar di kawasan tersebut sambil menikmati keindahan alam yang terbentang luas di sambil menghirup udara yang sungguh segar. Selain itu, terapi kecantikan juga boleh dilakukan di kawasan Mud Volcano tersebut dan pengunjung pasti akan berpuashati dengan hasilnya! Bagi mereka yang memilih untuk tinggal beberapa hari di Tabin, ia merupakan suatu keputusan yang bijak.
Terdapat 10 buah chalet jenis River Lodge yang menghadap sungai, 10 buah chalet jenis Hills Lodge di atas kawasan tanah tinggi dan kawasan Eco-Tent untuk backpackers yang ingin berkhemah sahaja. Setiap chalet diperbuat daripada kayu balak dan boleh memuatkan tiga orang dalam sesuatu masa di samping mempunyai kemudahan seperti anjung, katil, air panas dan penghawadingin. Namun begitu, suasana hutan yang begitu mendamaikan di samping bunyi air sungai yang mengalir dan kicauan burung dan unggas hutan pastinya akan lebih menyeronokkan dan membuatkan pengunjung seperti berada di alam yang lain! Walaupun berada di tengah-tengah kawasan hutan, makanan yang disediakan di Lipad Café memberi kemudahan kepada pelancong yang menginap di sini. Mereka boleh memilih apa sahaja juadah yang diingini kerana terdapat seorang chef yang akan melayanan daseperti seorang raja. Kawasan Café juga dihiasi dengan tanaman hutan semula jadi yang indah dengan pemandangan flora dan fauna, bunga-bungaan yang cantik dan jika bertuah, pastinya sekali-skala binatang seperti rusa, kijang atau gajah akan melintas dihadapan kawasan Café untuk mencari makanan. Tidak sukar untuk datang ke sini kerana terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk kesenangan pengunjung. Mereka boleh memilih untuk datang sendiri ke kawasan ini dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda atau apa sahaja kenderaan yang lasak kerana untuk sampai ke sini, pengunjung terpaksa melalui kawasan ladang kelapa sawit. Pemanduan yang lasak dan mencabar pastinya akan menyeronokkan perjalanan! Namun ada juga khidmat untuk mengambil pelancong dari lapangan Lahad Datu dengan kadar bayaran yang berpatutan.  
Siapa sangka, dari hanya sebuah perniagaan kecil-kecilan, kini empayar yang telah dibina sejak 20 tahun yang lalu semakin gagah berdiri. Walaupun hanya memproses dan membekalkan keropok ikan dan hasil laut, namun Manani Manhoe tetap berbangga dengan kejayaan yang dimiliki kini. Melalui perusahaan inilah, beliau dapat membesarkan anak-anaknya dan memberikan pendidikan serta kehidupan yang lebih sempurna kepada keluarganya. Mengimbas kembali saat-saat beliau mula membuat perusahaan keropok ikan ini, beliau ketika itu hanya membuat pasaran secara kecil-kecilan dan menghantar produk keropok ikannya di sekitar kawasan Kampung Cocos dan sekolah berhampiran. Usaha gigih dan semangat juang yang tinggi, membuatkan beliau dapat menepis segala dugaan dan akhirnya berjaya membina empayar perniagaannya sendiri. Beliau juga telah mengikuti lebih 20 buah kursus berkaitan dengan industri perikanan dan perusahaan produk makanan ringan yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Jabatan Perikanan Lahad Datu. Beliau menyertai kursus-kursus ini bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi pengalaman kepadanya tentang kaedah terbaik untuk mencapai keuntungan dan meluaskan sayap perniagaan. Malah, ada juga di antara peserta kursus dari sekitar Kudat, Kota Kinabalu, Beufort dan Tuaran yang datang ke bengkel perusahaan membuat keropoknya untuk belajar cara-cara memproses dan membuat keropok ikan. Antara produk yang terkenal di sini adalah keropok ikan parang, tambun, basung, udang dan sotong. Pelanggan boleh membeli produk yang dijual dengan harga serendah RM2.00 mengikut jenis dan berat produk yang menjadi pilihan hati. Jika tidak berkesempatan untuk membeli produk yang dijual di sekitar bandar Lahad Datu, pasar raya dan sekolah, pelanggan juga boleh datang ke bengkel memproses produk makanan ringan ini di Kampung Cocos. Sebut sahajalah Pembekal Usaha Murni, pasti orang kampung akan menunjukkan arah jalan yang betul untuk ke sana. Selepas 20 tahun mengusahakan perniagaan ini, beliau yang turut mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan Sabah di bawah Program Pembangunan Industri Hiliran ini berharap agar dapat memperluaskan lagi pasaran produknya.
Permintaan yang semakin banyak terhadap produk yang dijualnya menjadikan beliau bersungguh-sungguh untuk mempopularkannya sehingga ke luar negara. Melihat dari bentuk geografi, keadaan muka bumi yang unik dengan alunan tanah tinggi dari barat melandai sehingga ke timur dengan kawasan tanah yang subur menjadikan Daerah Lahad Datu kaya dengan sumber flora dan fauna. Keadaan ini turut ditambah dengan kekayaan sumber pantai dan lautnya yang dibarisi dengan hidupan pokok bakau, terumbu karang, pulau-pulau serta teluk dengan air yang sungguh bersih. Justeru, keunikan bentuk muka bumi inilah yang menjadikan daerah ini kaya dengan sumber alam dan penduduknya bebas untuk melibatkan diri dalam apa juga bidang yang diminati. Aspek perikanan di Lahad Datu pula merupakan suatu sumber pendapatan utama bagi sesetengah penduduk yang tinggal di kawasan persisiran pantai. Lahad Datu sendiri mempunyai kawasan penangkapan ikan marin seluas 3,666 km persegi. Ini merupakan kawasan yang keempat terluas di Sabah selepas Kudat, Semporna dan Kinabatangan. Perikanan marin juga turut menjadi penyumbang utama dalam sektor perikanan di Lahad Datu di mana terdapat lima jenis ikan utama yang mempunyai nilai komersial seperti ikan kerapu (Serranidae), merah (Lutjanidae), ketambak (Lethrinidae), sulit (Caesionidae) dan batu (Labridae) serta bermacam-macam jenis hidupan laut. Malah udang harimau yang ditangkap di sini juga turut menjadi antara bahan kawalan yang dijaga oleh Kastam Diraja Malaysia dan tidak boleh dieksport keluar negara. Hasil pemasaran hasil laut adalah bergantung kepada nelayan itu sendiri sama ada ingin menjualnya di pasar, dijual kepada peraih atau dieksport ke luar negara jika mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan.  
Sumbangan perikanan yang tinggi dalam sektor perikanan disebabkan oleh faktor semula jadi di mana potensi yang besar dihasilkan oleh ikan terumbu karang. Malah jika ditinjau di sekitar pasar ikan Lahad Datu, didapati lebih 50 peratus hasil tangkapan ialah ikan terumbu karang yang banyak didapati di sepanjang Pantai Silabukan, Pantai Bagahak, Pantai Bakapit, Pantai Tungku sehinggalah ke Pantai Tambisan. Selain itu, nelayan-nelayan di sini turut meluaskan tangkapan hasil laut sehingga ke kawasan sekitar Pulau Sangkar, Pulau Baik, Pulau Laila dan sepanjang pantai Silam. Mereka juga dibenarkan untuk mengeksploitasikan sumber perikanan di perairan laut Semporna dan Kunak yang mempunyai terumbu karang yang luas dan sumber perikanan yang banyak bagi membantu mereka melipat gandakan hasil tangkapan. Perikanan di darat pula kurang menyerlah akibat daripada saingan ikan laut yang kuat. Namun, masih terdapat juga segelintir penduduk di sekitar Lahad Datu yang mencuba untuk mengusahakan ikan air tawar dan ternakan udang harimau. Mereka ini mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan Lahad Datu serta beberapa agensi swasta yang lainnya untuk menggalakkan sektor ternakan ikan darat. Lahad Datu mempunyai sebuah lapangan terbang yang boleh menampung kapal terbang jenis Fokker Friendship (Fokker 50) di mana turut boleh memuatkan sehingga 50 orang penumpang.
Terdapat empat penerbangan dalam sehari dari Lahad Datu-Kota Kinabalu-Lahad Datu. Perkhidmatan yang kerap memudahkan pengunjung untuk berkunjung ke Lahad Datu terutamanya pada musim cuti. Perkhidmatan pengangkutan udara ini dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dan turut menyediakan perkhidmatan Twain Otter mengikut keperluan pelanggan. Manakala, perhubungan melalui jalan air pula adalah melalui pelabuhan di Lahad Datu yang boleh menampung kapal-kapal besar dan merupakan antara pelabuhan terbesar di Sabah. Pada tahun 2000 sahaja, pelabuhan ini telah berjaya mengendalikan 2,855,000 tan kargo berbanding 2,037,641 pada tahun 1998. Komoditi-komoditi yang biasanya dikendalikan ialah kargo am, gas oil, baja beg, baja hambur, minyak sawit dan habuk biji sawit. Bagi minyak sawit dan habuk biji sawit, ia biasanya dieksport keluar negara. Jalan raya berturap dan jalan kampung juga menjadi antara nadi perhubungan penduduk di Lahad Datu dengan kawasan sekitarnya. Terdapat lebih kurang 42 batang rangkaian jalan raya berturap di Lahad Datu meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Kenderaan ringan seperti kereta, van dan kereta pacuan empat roda serta kenderaan berat seperti lori dan treler juga boleh menggunakan jalan raya yang telah disediakan. Bagi kawasan kampung, kebanyakan jalan batu kelikir dibina dan jalan tanah merah pula dibina di semua kawasan ladang kelapa sawit sebagai jalan penghubung.  Bekalan elektrik pula adalah di bawah kawalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang merupakan pembekal utama tenaga elektrik di Lahad Datu.
Mengikut perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Air Lahad Datu, kapasiti pengeluaran air bersih di Lahad Datu adalah kira-kira 558 juta liter sehari pada tahun 2000. Namun ia dijangka akan meningkat dan melonjak naik dengan lebih tinggi pada masa kini kerana permintaan dan pendedahan tentang kegunaan sumber air bersih dalam kehidupan. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan masyarakat di luar bandar juga turut mendapat kemudahan dan keselesaan untuk menjalani kehidupan seharian. Pembinaan sekolah, hospital, balai polis, balai bomba, perpustakaan, deretan kedai, pejabat pentadbiran daerah, masjid dan rumah sembahyang juga melengkapkan kehidupan masyarakat di sini.   Setiap kemudahan yang disediakan digunakan dengan baik dan dikongsi dengan adil dan saksama oleh setiap kaum. Kita sering kali dihidangkan dengan pelbagai berita yang kurang menyenangkan dan pendedahan tentang penyakit-penyakit yang sering kali melanda masyarakat walaupun di usia yang muda. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kelemahan masyarakat Malaysia yang tidak gemar beriadah dan menjaga kesihatan sementara masih muda. Lantaran daripada sikap sambil lewa tersebutlah, pelbagai jenis penyakit yang tidak diingini seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis dan macam-macam lagi mudah menyerang mereka. Bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama agensi swasta yang lainnya telah menggariskan beberapa perkara yang boleh meningkatkan tahap kesihatan penduduk dan mewujudkan masyarakat yang kekal hidup sihat sepanjang masa. Antara perkara yang harus dititikberatkan untuk menjaga kesihatan kita ialah dengan melakukan aktiviti riadah yang boleh mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Bagi masyarakat di sekitar Lahad Datu sendiri, mereka beruntung kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan, pusat rekreasi, padang bola sepak, gelanggang tenis, badminton serta sepak takraw untuk melakukan aktiviti riadah pada masa lapang. Kemudahan yang telah disediakan ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Pengisian masa lapang dengan aktiviti riadah dan sukan sedikit sebanyak membantu masyarakat untuk kekal sihat. Selain itu, ia juga turut membantu mengeratkan hubungan di antara penduduk melalui perlawanan atau pertandingan sukan yang dianjurkan di peringkat kampung, daerah dan sebagainya. Tidak kira muda atau tua, mereka akan sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat masing-masing dalam sukan yang dipilih dan membawa kemenangan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Semangat seperti inilah yang diperlukan untuk menjadikan masyarakat di negara kita sentiasa kekal hidup sihat, aktif dan bertenaga. Pusat khidmat kesihatan setempat yang terdapat di Lahad Datu ialah Hospital Lahad Datu, Sabah. Dahulunya ia dikenali sebagai Anne Hospital sekitar tahun 1960-an. Walaupun hanya mempunyai beberapa blok bangunan untuk menempatkan pejabat serta unit-unit sokongan perubatan dan wad, ia tetap mampu menjadi salah sebuah pusat rujukan kesihatan masyarakat pada ketika itu. Seiring dengan perubahan masa dan kemajuan serta pembangunan sosioekonomi di Daerah Lahad Datu, hospital ini turut mengalami beberapa perubahan seperti penambahan blok tambahan untuk menampung keperluan serta justifikasi skop perkhidmatan yang sentiasa tinggi.
Bilangan penduduk semakin bertambah dari ke hari ke hari, justeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga harus mempertingkatkan khidmat dan kualiti hospital untuk keselesaan penduduk. Sebuah bangunan hospital baru yang berkapasiti lebih besar telah dibina pada tahun 1999 dengan jumlah katil sebanyak 268 buah untuk menggantikan bangunan lama yang sedia ada. Berkonsepkan Turnkey projek, ia telah menelan kos pembinaan sebanyak RM200 juta dan telah siap sepenuhnya pada 13 Januari 2002 dan mula beroperasi pada April 2002.  Sehingga kini, penduduk setempat dan masyarakat dari luar masih lagi menggunakan khidmat yang disediakan di hospital ini walaupun terdapat banyak klinik swasta disekitar Bandar Lahad Datu. Visi yang ditekankan kepada seluruh anggota kerja hospital Lahad Datu adalah untuk menjadi pusat perawatan utama di Daerah Lahad Datu dengan memberikan kesihatan yang adil, saksama dan cekap. Selain itu, ia turut berjanji akan menyediakan teknologi yang sesuai dan serasi dengan pelanggan serta mengutamakan kualiti, inovasi dan menghormati setiap insan untuk membentuk kehidupan yang lebih bermutu. Di Lahad Datu sendiri, terdapat lebih kurang 15 buah pra-sekolah, 41 buah sekolah rendah, 10 buah sekolah menengah, sebuah pusat latihan vokasional pertanian, tiga buah sekolah agama Islam dan 12 buah sekolah Agama Islam Rakyat. Melalui pusat pendidikan inilah, anak muda di Lahad Datu dan kawasan berdekatan mendapat pendidikan yang sempurna sejak dari umur enam tahun lagi. Salah sebuah sekolah yang popular di Lahad Datu adalah Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu yang terletak kira-kira 13km dari Pekan Lahad Datu. Misi sekolah ini adalah melaksanakan pendidikan teknik dan vokasional pertanian yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah serta berketerampilan. Ini bagi memenuhi aspirasi individu, masyarakat dan negara yang cemerlang lagi terbilang. Sekolah Teknik Lahad Datu turut memainkan peranan yang penting dalam memberi peluang pendidikan teknikal dan vokasional kepada murid-murid bagi mencapai kecemerlangan di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain membentuk sahsiah dan keperibadian para pelajar, sekolah ini turut menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkualiti  dan berketerampilan untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Generasi muda yang berilmu dan bercita-cita tinggi sangat diperlukan untuk meneruskan kegemilangan negara dan memperkenalkan negara kita di persada dunia sebagai salah satu negara yang maju dan cemerlang dalam aspek ekonomi, pentadbiran, politik dan lain-lain.  
Perpustakaan Awam Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu telah di naik taraf sebagai perpustakaan cawangan besar pada Mei 2002. Ia mempunyai bangunan sendiri yang berkeluasan 1,979.94 meter persegi dan menelan kos sebanyak RM4 juta. Perpustakaan ini menawarkan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan buku, pertanyaan rujukan, Internet dan menaip (“Word Processing”) untuk setiap pengguna. Selain itu, variasi pelbagai jenis buku turut disediakan seperti buku-buku ilmiah, fiksyen, non-fiksyen, rujukan umum, koleksi majalah, pakej pendidikan dan keratan akhbar.  Setiap bahan bacaan yang ada dibekalkan oleh Perpustakaan Negeri Sabah setiap tahun untuk memudahkan pengguna mendapatkan kemudahan bahan bacaan yang terkini dan berinformasi. Perpustakaan ini turut mendapat keistimewaan sebagai salah sebuah perpustakaan yang terpilih dalam Program Universal Service Provision (USP) di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Program ini dilancarkan bagi merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar. Melalui program ini, KTAK yakin ia akan dapat membantu meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat kepada masyarakat di kawasan luar bandar tidak kira kecil, muda, remaja dan generasi tua. Pendedahan yang akan diberikan oleh pihak kementerian bersama beberapa agensi swasta yang lain seperti Maxis Sdn Bhd adalah melalui talian Internet yang diberikan di samping kemudahan komputer, mesin pencetak dan mesin pengimbas. Pengguna boleh menggunakan kemudahan yang telah disediakan secara percuma dan boleh mempelajari aplikasi komputer dengan mendapatkan bantuan daripada petugas perpustakaan yang ada di sana. Berada seminggu di Lahad Datu, terasa asing diriku hanya berjalan kaki ditepan jalan dilorong-lorong kedai buku dan kedai makan, kulihat suasana kehidupannya begitu sibuk terutama dibahagian stesen Teksi dekat Maybank dan kesibukan dipasar utama yang menghadap ke laut. kulihat setika corak kehidupan sebelum saya meninggalkan Daerah Lahad…..  

No comments:

Post a Comment